JOINT VENTURE (2) – 3 Kelebihan!
Assalamulaikum,
Saya telah menceritakan tentang kelebihan dan kepentingan Joint Venture serta peranannya di dalam Perniagaan Internet di dalam post saya sebelum ini – Joint Venture (1). JV Marketing sememangnya terbukti mampu memberikan pulangan dan kelebihan dari sudut keuntungan yang berganda kepada para Usahawan Internet. Oleh itu, teknik ber’JV’ ini merupakan salah satu teknik terpenting kerana ia merupakan gabungan perniagaan anda dengan perniagaan orang lain yang terbina atas dasar usahasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dan mungkin diluar skop perniagaan anda sendiri.
Walaupun banyak faktor kelebihan Joint Venture ini, namun saya akan fokuskan kepada 3 perkara pokok sahaja atau 3 alasan terbaik yang pada pendapat saya benar-benar dapat menghuraikan maksud dan tujuan utama dari setiap JV Marketing yang dilakukan. Tiga faktor tersebut ialah pengabunggan sumber, merebut peluang dan memaksimumkan keuntungan.
- Penggabungan sumber -Persepakatan di antara dua perniagaan merupakan satu perkara yang terbaik dilakukan oleh dua orang usahawan internet yang berlainan. Ini merupakan salah satu keuntungan terbesar yang berlaku di antara kedua-duanya yang boleh ditawarkan kepada orang ramai. Anda mungkin mampu mengabungkan 2 sumber yang berlainan untuk satu pemasaran sahaja. Usahasama di antara dua orang usahawan atau lebih ini mampu memberikan manfaat dari sudut sumber (resource) yang terdapat pada setiap rakan JV tersebut. Ini mampu memberikan keuntungan yang maksimun dan lebih memberikan pilihan kepada para pembeli. Proses JV ini juga berkemungkinan mampu memberikan lebih banyak dana, lebih sumber, lebih menjimatkan dan sebagainya. Perkongsian mailing list atau senarai email masing-masing juga merupakan salah satu faktor terbaik yang mampu memberikan pulangan berganda kepada proses JV ini kerana masing-masing mungkin mempunyai pelanggan yang berpotensi. Sebagai seorang usahawan internet yang bijak dan berstrategi sudah tentu mengetahui tentang potensi dan kualiti list masing-masing dan anda sudah tentu mampu merebut peluang keemasan ini.
- Merebut Peluang – Melalui JV ini juga anda bukan saja mampu bekerjasama dengan para usahawan yang bijak dan berstrategi malah anda akan juga memperolehi peluang-peluang perniagaan yang mungkin tidak pernah anda miliki. Contohnya, penggabungan di antara dua sumber ini mungkin mampu membuka peluang untuk anda menggunakan pelbagai teknik pemasaran yang baru dan mahal. Anda juga mungkin akan berkesempatan untuk meningkatkan lagi jumlah senarai email, perkakasan, sumber baru bagi meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet. Paling penting, anda akan meraih kepercayaan para pelanggan rakan JV anda untuk memberikan kepercayaan kepada anda pula. Satu teori yang menguntungkan – hanya dengan satu pelaburan sahaja anda anda mampu mengaut pelbagai peluang keemasan yang muncul di depan anda.
Saya percaya hasil dari Joint Venture ini mampu mewujudkan hubungan dua hala yang kukuh dan profesional di antara dua usahawan internet yang sama atau berbeza niche mereka. Persepakatan ini juga mampu membuka peluang untuk kedua-dua usahawan membina satu institusi atau team yang stabil dan mempunyai para pelanggan berpotensi. Semakin ramai orang yang mempercayai anda, semakin cerah peluang mereka untuk melakukan perniagaan dengan anda – inilah salah satu kesempatan terbesar yang kita tidak mahu terlepas.
-
Memaksimunkan Keuntungan – Objektif dari setiap perniagaan ialah ‘mendapatkan wang‘ inilah adalah asas dalam setiap perniagaan iaitu keuntungan (ke ada yang nak rugi?). Oleh itu jika anda melakukan JV bermakna objektif JV tersebut adalah untuk mendapatkan ‘lebih banyak wang‘ atau ‘lebih banyak keuntungan’! Joint Venture memberikan peluang untuk menarik lebih ramai pelanggan, memiliki audien yang besar sekaligus memberi peluang untuk memiliki rangkaian pelanggan yang besar dan hasilnya ia mampu memaksimunkan keuntungan.
Jika kita lihat semua faktor di atas pasti ianya saling berkaitan di antara satu sama lain. Kesimpulannya satu je, anda ingin menjadi Usahawan Internet yang berjaya? Nasihat saya, jangan ketepikan sekali-kali teknik JV ini di dalam perniagaan anda! Anda bukan sahaja mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya malah mungkin mampu membantu rakan JV anda menjadi seorang usahawan yang berjaya juga! Adios!
Popularity: 9% [?]
No related posts.


.gif)









.gif)



saya paling setuju tentang join venture dapat memaksiumkan kentungan. sebab cara atau teknik mailing list yang akan effect jualan nanti. ada yang mailing list sikit tp taktik mail yang tarik pembeli. ada yang mailing list ribu ribu tapi jualan ciput je. so jv mmg dapat maksimumkan keuntungan anda!
[...] Joint Venture 2 [...]