Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Kredibiliti Online – v1

Submitted by on 19/10/2009 – 11:02 pm5 Comments

Assalamualaikum,

1134418_manApa khabar semua? Rasanya dah lama saya tidak mengulas tentang sebarang isu yang berkaitan dengan Perniagaan Internet kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa projek. Hari ini rasanya saya hendak menyentuh tentang kepentingan membina Kredibiliti sebagai Usahawan Internet. Saya pernah menyentuh tentang kepentingan kredibiliti Online di dalam pos saya sebelum ini iaitu dalam kategori Tip, Formula & Informasi. Anda boleh rujuk semula post-post saya sebelum ini namun saya mungkin tidak menyentuhnya secara terperinci berbanding dengan hari ini.

Apakah sebenar kredibiliti online tersebut? Kredibiliti boleh saya simpulkan sebagai ‘tahap kualiti kepercayaan’ pada seseorang. Nilaian terhadap tahap kepercayaan seseorang oleh orang luar.

Kebanyakkan Newbie pada hari ini beranggapan bahawa untuk membina kredibiliti online secara cepat dan pantas ialah dengan cara melakukan ‘Joint Venture’ atau JV dengan individu yang telah mempunyai tahap kredibiliti yang baik. Teknik ini mungkin betul dan mampu memberikan hasil namun tidak semua usaha dari teknik tersebut akan berjaya kerana anda sendiri juga memerlukan tahap kredibiliti yang baik dan boleh dipercayai sebelum meraih kepercayaan ‘partner’ anda itu! Dengan kata lainnya, anda sendiri perlulah memiliki kredibiliti yang baik sebelum melakukan ‘proposal’ untuk JV tersebut., jika tidak ‘rakan JV’ anda mungkin akan meragui tahap kredibiliti online anda – kerana ia juga turut melibatkan kredibiliti mereka di mata pelanggan-pelanggan mereka nanti.

Kredibiliti adalah salah satu elemen terpenting di dalam proses membina Perniagaan Internet kerana di internet tahap kepercayaan amat dititik-beratkan kerana ia melibat transaksi atau proses jual beli di alam maya. Seseorang yang belum pernah membeli produk di internet sudah tentu berada di dalam situasi yang ‘ragu-ragu’ untuk membeli dengan seseorang yang mereka tidak tahu siapakah empunya produk tersebut. Ini kerana di dunia Internet kita tidak kenal di antara satu sama lain, tidak pernah berjumpa, tidak tahu perwatakan seseorang, macam mana ekspresi wajah dan sebagainya. Satu-satunya cara untuk menilai tahap kepercayaan seseorang usahawan internet ialah tentang apakah yang dikatakan oleh mereka tentang diri mereka, apa orang lain kata tentang mereka atau sebarang maklumat yang disebarkan di website, blog atau di forum-forum tentang diri mereka.

Tahap kredibiliti adalah satu perkara yang perlu dibina dan dijaga agar ia terbina atas landasan yang baik dan sentiasa dipelihara agar tidak tercalar. Jika anda sengaja mencalarkan kredibiliti anda dengan tindakan yang tidak bermoral atau di luar batasan maka amat sukar untuk menarik balik kepercayaan rakan-rakan atau pelanggan anda. Oleh itu berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan bagi memastikan kredibiliti anda tidak tercalar.

Saya akan cuba mengupas tentang Kredibiliti Online ini untuk beberapa siri post yang akan datang yang meliputi beberapa tajuk utama :

  1. Proses membina kredilibiti online
  2. Kepentingan ‘Branding’
  3. Menggunakan saluran Networking untuk membina kredibiliti
  4. Menggunakan produk Resell Right untuk membina kredibiliti

Semoga perkongsian ini nanti mampu membantu anda untuk membina kredibiliti sebelum mendirikan perniagaan internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

5 Comments »

  • Sy mmg amat bersetuju sekali dgn Abooain. Dlm bisnes internet kredebiliti adalah perkara pertama harus dititik beratkan utk sesiapa pun lebih-lebih lg rakan-rakan kita yg baru. Sy sendiri mengambil masa setahun untuk membina kredibiliti saya (walaupun nama sy tak besar pun tp sy masih berpuas hati) di forum. Saya telah mulakan langkah membina kredibiliti ini di forum. Kini, Alhamdulillah, boleh lah saya katakan org lebih percaya kpd saya jika saya ada menawarkan sesuatu.

  • I like this article… lot of things can learn it…

  • aizat kamal says:

    satu peringatan bermakna dari Abooain… :)

  • admin says:

    @ Khairul – Yup, saya memulakan perniagaan internet dengan membina kredibiliti di forum WangCyber sebelum saya melancarkan koleksi ebook percuma bagi mendapatkan list. Alhamdulillah, mendapat kepercayaan dari kalangan orang ramai.

    @ Aizat & Actechpage – terima kasih semua dan insya-allah saya akan cuba tulis artikel yang kedua pada minggu ini pula.

  • Afzai Afandi says:

    ramai yg terlepas pandang akan kepentingan perkara ini.kredibiliti akan memudahkan segala urusan kita di internet.pelawat atau pelanggan akan meletakkan kepercayaan kepada kita berdasarkan kredibiliti kita.peringkat awal mmg sedikit menyukarkan tetapi bila dah dikenali…msti mari

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge