Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Lawan Sikap Buruk Kita!

Submitted by admin on 25/04/2010 – 10:45 amOne Comment

Assalamualaikum,

Saya sering menerima email dari rakan-rakan Internet yang bertanyakan cara untuk mengekalkan momentum dalam dunia Perniagaan Internet. Ada sesetengahnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam‘ pada mulanya – akhirnya apabila dah mula 2, 3 bulan semangat tu dah hilang apatah lagi jika berhadapan dengan pelbagai masalah terutama sekali apabila berkaitan masalah teknikal atau tak dapat jualan!

Memang tension atau jemu adalah salah satu penghalang yang mampu meluntur semangat dan menghalang pertumbuhan dan produktiviti anda dalam Perniagaan Internet. Boleh dikatakan ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan saya sendiri pun ada kalanya berhadapan dengan tension (tetapi tidak jemu). Apa yang penting ialah sikap kita berhadapan dengan perasaan negatif tersebut yang merupakan salah satu emosi manusia yang  sentiasa menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

Namun kadang-kadang tension dan stress mampu membongkarkan bakat lain yang tersembunyi di dalam diri kita. Ada satu lagi sikap yang mungkin dimiliki oleh kebanyakkan dari kita iaitu sifat negatif atau berfikiran negatif. Perkara-perkara negatif ini yang sering dikaitkan dengan rasa takut dan lemah seringkali disebabkan oleh takut gagal atau pengalaman traumatis masa lalu.

Oleh itu tension, stress dan negatif apabila terhimpun di dalam satu masa boleh menyebabkan kesan yang besar dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. Ia membawa kesan buruk pada perniagaan anda terutama bagi Newbie yang mungkin akan berhadapan dengannya apabila keseorangan dan membiarkan perasaan tersebut berakar umbi di dalam diri tanpa sebarang usaha untuk menghalangnya.

Memang le tension, stress atau jemu adalah sifat semulajadi manusia, ini tidak bermakna anda tidak berdaya melawannya. Bagaimana hendak melawannya? Tengok sini jap :

  1. Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif - Menghabiskan masa anda dengan orang-orang yang telah berjaya atau sering menghubungi mereka apabila anda berhadapan dengan sebarang masalah. Anda mungkin boleh mendengar pengalaman mereka menghadapi situasi seperti anda itu dan cuba praktikkan pengalaman mereka dalam kehidupan anda. Mengelilingi diri anda dengan orang-orang yang berfikiran positif akan membolehkan anda untuk mendapatkan kepercayaan lebih bagi menyampaikan idea-idea anda dengan penuh keyakinan dan bersemangat kerana anda disokong oleh pandangan positif yang anda dengari.
  2. Rehat - Setiap orang memerlukan rehat sekali-sekala, saya tidaklah berada di depan PC 24 jam. Ada masa kita berehat, membaca Quran, buku, menonton TV, mendengar tazkirah, bergurau, bermain dengan anak-anak dan sebagainya. Jika anda merasa tertekan, cuba untuk melarikan diri dari kerja anda itu untuk satu atau dua hari dan luangkan masa sendirian. Anda juga mungkin boleh mengurut, berbekam, joging, senaman atau sebagainya. Jika gaya hidup atau kerjaya anda tidak membolehkan anda untuk melarikan diri selama berhari-hari, cubalah untuk rehat untuk 15-30 minit dengan melakukan kerja yang mampu membuat anda gembira dan tenang.
  3. Menulis - Saya apabila boring melakukan sesuatu kerja online, saya akan cuba membaca bagi mendapatkan idea untuk menulis di blog saya ini. Anda juga mungkin boleh melakukan sedemikian, cuba tulis di blog anda untuk sebarang tajuk. Anda mungkin mampu meluahkan segala-gala masalah anda atau melepaskan tension di blog anda itu.
  4. Allah s.w.t - Solat hajat dan berdoa kepada-Nya serta berzikir bagi mengurangkan sebarang masalah luaran dan dalaman anda! Ini paling best dan terbaik…..

Mungkin sebenarnya banyak lagi cara atau teknik untuk mengelak stress, tension atau jemu ini tetapi disebabkan saya bukan pakar motivasi maka setakat itu je le….boleh rujuk pada pakar motivasi seperti Datuk Dr.Fadhilah Kamsah atau sebagainya

Paling penting – tanpa stress, tension dan fikiran negatif, anda dengan mudah mampu fokus pada kerja-kerja anda. Anda kini boleh mencapai matlamat anda tanpa halangan atau alasan. Memenangi pertempuran melawan stres dan fikiran negatif dan anda mempunyai peluang yang cukup baik untuk berjaya dalam kehidupan peribadi dan Perniagaan Internet anda!

Jumpa lagi,

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 19% [?]

No related posts.

Facebook comments:

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled