Lawan Sikap Buruk Kita!
Assalamualaikum,
Saya sering menerima email dari rakan-rakan Internet yang bertanyakan cara untuk mengekalkan momentum dalam dunia Perniagaan Internet. Ada sesetengahnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam‘ pada mulanya – akhirnya apabila dah mula 2, 3 bulan semangat tu dah hilang apatah lagi jika berhadapan dengan pelbagai masalah terutama sekali apabila berkaitan masalah teknikal atau tak dapat jualan!
Memang tension atau jemu adalah salah satu penghalang yang mampu meluntur semangat dan menghalang pertumbuhan dan produktiviti anda dalam Perniagaan Internet. Boleh dikatakan ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan saya sendiri pun ada kalanya berhadapan dengan tension (tetapi tidak jemu). Apa yang penting ialah sikap kita berhadapan dengan perasaan negatif tersebut yang merupakan salah satu emosi manusia yang sentiasa menjadi sebahagian dari kehidupan kita.
Namun kadang-kadang tension dan stress mampu membongkarkan bakat lain yang tersembunyi di dalam diri kita. Ada satu lagi sikap yang mungkin dimiliki oleh kebanyakkan dari kita iaitu sifat negatif atau berfikiran negatif. Perkara-perkara negatif ini yang sering dikaitkan dengan rasa takut dan lemah seringkali disebabkan oleh takut gagal atau pengalaman traumatis masa lalu.
Oleh itu tension, stress dan negatif apabila terhimpun di dalam satu masa boleh menyebabkan kesan yang besar dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. Ia membawa kesan buruk pada perniagaan anda terutama bagi Newbie yang mungkin akan berhadapan dengannya apabila keseorangan dan membiarkan perasaan tersebut berakar umbi di dalam diri tanpa sebarang usaha untuk menghalangnya.
Memang le tension, stress atau jemu adalah sifat semulajadi manusia, ini tidak bermakna anda tidak berdaya melawannya. Bagaimana hendak melawannya? Tengok sini jap :
- Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif - Menghabiskan masa anda dengan orang-orang yang telah berjaya atau sering menghubungi mereka apabila anda berhadapan dengan sebarang masalah. Anda mungkin boleh mendengar pengalaman mereka menghadapi situasi seperti anda itu dan cuba praktikkan pengalaman mereka dalam kehidupan anda. Mengelilingi diri anda dengan orang-orang yang berfikiran positif akan membolehkan anda untuk mendapatkan kepercayaan lebih bagi menyampaikan idea-idea anda dengan penuh keyakinan dan bersemangat kerana anda disokong oleh pandangan positif yang anda dengari.
- Rehat - Setiap orang memerlukan rehat sekali-sekala, saya tidaklah berada di depan PC 24 jam. Ada masa kita berehat, membaca Quran, buku, menonton TV, mendengar tazkirah, bergurau, bermain dengan anak-anak dan sebagainya. Jika anda merasa tertekan, cuba untuk melarikan diri dari kerja anda itu untuk satu atau dua hari dan luangkan masa sendirian. Anda juga mungkin boleh mengurut, berbekam, joging, senaman atau sebagainya. Jika gaya hidup atau kerjaya anda tidak membolehkan anda untuk melarikan diri selama berhari-hari, cubalah untuk rehat untuk 15-30 minit dengan melakukan kerja yang mampu membuat anda gembira dan tenang.
- Menulis - Saya apabila boring melakukan sesuatu kerja online, saya akan cuba membaca bagi mendapatkan idea untuk menulis di blog saya ini. Anda juga mungkin boleh melakukan sedemikian, cuba tulis di blog anda untuk sebarang tajuk. Anda mungkin mampu meluahkan segala-gala masalah anda atau melepaskan tension di blog anda itu.
- Allah s.w.t - Solat hajat dan berdoa kepada-Nya serta berzikir bagi mengurangkan sebarang masalah luaran dan dalaman anda! Ini paling best dan terbaik…..
Mungkin sebenarnya banyak lagi cara atau teknik untuk mengelak stress, tension atau jemu ini tetapi disebabkan saya bukan pakar motivasi maka setakat itu je le….boleh rujuk pada pakar motivasi seperti Datuk Dr.Fadhilah Kamsah atau sebagainya
Paling penting – tanpa stress, tension dan fikiran negatif, anda dengan mudah mampu fokus pada kerja-kerja anda. Anda kini boleh mencapai matlamat anda tanpa halangan atau alasan. Memenangi pertempuran melawan stres dan fikiran negatif dan anda mempunyai peluang yang cukup baik untuk berjaya dalam kehidupan peribadi dan Perniagaan Internet anda!
Jumpa lagi,
Popularity: 8% [?]
No related posts.












.gif)



Dalam diri seseorang manusia sememangnya ada sikap negatif, tetapi kita janganlah sentiasa berfikiran negatif dalam semua perkara…
dugaan dan cabaran adalah lumrah kehidupan seorang manusia di dunia ini, hadapilah dengan tabah dan tenang selalu…
.-= aktechpage.com´s last blog ..MyeBuzz.net: From Blogger to Bloggers =-.