Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

MANFAATKAN PLR & MRR!!

Submitted by on 02/12/2008 – 11:10 pm4 Comments

Assalamualaikum,

Saya percaya ramai yang menawarkan produk MRR / PLR akhir-akhir ini sama ada sebagai produk jualan atau bonus eksklusif bagi setiap produk affiliate yang mereka sertai. Malah produk yang ditawarkan bukan produk sembarangan kerana sebahagian besar masih baru di pasaran dan berbaloi untuk memilikinya. Ini sebenarnya satu tawaran 2+1 yang mana disamping dapat produk yang dibeli anda juga mampu memiliki produk-produk terkini lain yang ditawarkan oleh setiap Affiliate Marketer yang bermacam-macam, pilih saja!

Namun masih ramai juga yang tidak mengetahui apakan sebenar produk MRR / PLR ini dan bagaimana untuk memanfaatkannya. Jangan biarkan produk tersebut terbiar sahaja di dalam hardisk anda kerana ia mungkin hanya membebankan hardisk anda atau mengurangkan kapasiti space sahaja.

Jadi untuk mengelakkan dari menjadi ‘sampah’ di dalam hardisk anda maka anda sepatutnya memanfaatkan produk MRR / PLR anda tersebut. Produk Master Resell Right merupakan produk yang boleh diual semula kepada umum sama ada dalam bentuk yang sudah diubah-suaikan atau tidak. Kebiasaan anda boleh mengubah-suai semula content surat jualan atau minisite (tertakluk kepada terma produk) dan jualnya semula dalam keadaan berbeza dari produk asal.

Saya ada terima pertanyaan dari seorang sahabat :

“Kini saya ada soalan sedikit mengenai MRR/PLR. Selain diberikan hak untuk menjual semula bahan2 MRR/PLR, bolehkah kita menambah atau membuang (mengedit) sebahagian artikel tersebut mengikut kesesuaian yang kita inginkan? Bolehkah kita menterjemah bahan2 tersebut tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan nama penulis asal. Jika boleh dilakukan rasanya produk2 MRR yang diterjemahkan dlm BM pasti akan HOT di pasaran.”

Baiklah, anda sebenar boleh menjadikan produk MRR / PLR tersebut sebagai produk yang ‘unik’ sebelum dijual atau diberikan secara percuma kepada prospek anda. Ubah-suai terlebih dahulu minisite seperti terjemahkannya ke dalam BM terlebih dahulu dan sebagainya.

Anda boleh juga menjadikan produk MRR untuk membina ‘List‘ anda sendiri dengan memberikannya secara percuma tetapi ber’Opt-In‘ (tertakluk kepada terma & syarat). Ini akan memudahkan kerja membina list anda sendiri dan sila pastikan produk tersebut adalah produk yang terkini bukan produk lapuk. Jika sekiranya produk tersebut telah lapuk tetapi dilihat masih ‘relevan’ dengan keadaan semasa maka anda boleh memberi ‘wajah baru’ kepada produk tersebut dengan mengubah-suai produk tersebut dari sudut minisite, surat jualan, grafik dan sebagainya (tertakluk kepada terma & syarat). Jangan lupa untuk merujuk kepada setiap ‘Lesen’ yang disertakan dalam setiap produk kerana lain produk lain pula terma & syaratnya. Cuba lihat salah satu ‘Lesen’ atau Terma yang telah saya ambil dari produk MRR :

“Rights: You can sell this Software with transferable Master Resale Rights, give as a bonus, Include in a paid membership site, include in a package with other products or sell in Ebay Auctions.

But You have NO RIGHTS to giveaway this software absolutely free or modify the software in any way without written permission from us.”

Jika dilihat kepada syarat di atas, anda dibenarkan untuk memindahkan lesen MRR ini kepada orang lain, berikan sebagai bonus produk anda, letakkan dalam laman keahlian berbayar, pakejkan bersama produk lain dan menjualnya di laman Lelong / eBay. Manakala anda dilarang pula untuk memberikan secara percuma produk tersebut atau mengubah-suai perisian / produk tanpa kebenaran bertulis dari pihak pencipta produk.

Ok, manakala bagi produk Private Label Right (PLR) lagi ‘advanced’ berbanding produk MRR kerana anda bukan sahaja dibenarkan mengubah-suai surat jualan, minisite atau grafik malah anda dibenarkan pula untuk mengubah-suai produk itu sendiri, meletakkan nama anda sebagai tuan punya produk atau mengubah-suai artikel atau kandungan produk tersebut (tertakluk kepada tema dan syarat). Malah anda boleh menterjemahkan sesebuah produk PLR itu ke dalam Bahasa Melayu agar ianya dapat membantu mereka yang lemah dalam BI dan dapat pula memberikan informasi kepada mereka. Oleh itu produk PLR adalah lebih menguntungkan berbanding produk MRR kerana faktor-faktor di atas dan ianya boleh menjadi produk anda tanpa sebarang masalah. Namun kebiasaan harga bagi produk PLR adalah lebih mahal dari produk MRR malah boleh menjangkau sehingga melebihi $200 bagi lesen PLR manakala Lesen MRR hanya $47 sahaja.

Cuba perhatikan lesen bagi salah satu produk PLR :

“[YES] You may giveawaythis report, provided you do NOT giveaway the source document and source graphics. It MUST be converted to PDF format before distributing. Recommended – use the provided squeeze page to build your list.

[YES] You may resell this product.

[YES] You may sell/pass resell rights/master resell rights to this product

[YES] You may edit/rename the title of this product with your own

[YES] You may edit the graphics

[YES] You may edit the included squeeze page

You may NOT sell or giveaway private label rights (NON-transferableprivate label rights)

You may NOT claim the copyright to this product unless you’ve modified it substantially (at least 80%)”

Cuba perhatikan keizinan yang diberikan bagi salah satu produk PLR tersebut, anda telah diizinan untuk memberi produk PLR tersebut secara percuma kecuali ‘bahan mentah‘ yang disertakan bersama-sama produk seperti dokumen dalam format Word, OpenOffice atau Indesign, bahan grafik yang boleh diubah-suai dalam format .psd (Adobe Photoshop). Anda digalakkan untuk membina Squeeze Page jika sekiranya ingin memberikannya percuma. Anda juga dibenarkan menjual semula produk, berikan lesen MRR / RR kepada orang lain, mengubah-suai, menjenamakan semula produk mengikut kehendak anda, ubah grafik dan minisite dan ubah laman Squeeze.

Anda dilarang pula untuk menjual atau memberikan lesen PLR kepada orang lain dan anda tidak boleh mengaku produk anda sebagai produk anda melainkan anda telah mengubah-suai produk tersebut sehingga 80%!!!

Produk PLR akan disertakan dengan bahan mentah atau source bagi tujuan pengubahsuaian sama ada pada grafik seperti minisite, cover dan sebagainya serta artikel dan sebagainya.

Bagaimana? Sudah jelas? Insya-Allah, saya akan keluarkan satu produk yang telah saya ubah-suaikan dari satu produk PLR untuk membantu para Newbie membina Perniagaan Online sendiri. Mungkin produk informasi mungkin juga tidak ……. nantikan!

Saya syorkan bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Online cari satu produk MRR atau PLR yang sesuai ubahsuai produk tersebut agar bersesuaian dengan suasana negara kita seperti terjemahkannya ke Bahasa Melayu kerana amat ramai mereka yang ‘lemah’ penguasaan dalam Bahasa Inggeris……. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

4 Comments »

  • jedi79 says:

    Penjelasan yang clear lagi jelas bagi newbie dan saya insya Allah akan sahut cadangan abooain untuk cari satu produk MRR atau PLR dan terjemahkan ke bahasa kita, Bahasa Melayu

  • admin says:

    Wah, bersemangat jedi79 ni, bagus, bagus ….. Mindset dah betul tu, sekarang ke step kedua iaitu Niche – pilih Niche yang mendapat sambutan ramai, kemudian baru ke step 3 – 6. 6 elemen penting ini saya belum ceritakan mungkin di post yang lain.

    Ok, jedi79 teruskan hasrat murni anda itu!!!

  • Julius says:

    Hmm…baru saya sedar PLR ni banyak kelebihan. Thanks sebab bagi banyak tips untuk manfaatkan PLR ni. Kalo mcm tu, bolehlah saya start projek menterjemah PLR ke B. malaysia…ataupun, kumpulkan semua produk PLR yg saya ada kemudian jualkan semula…agak2 ade sambutan ke?

  • admin says:

    Yup, memang ramai yang tak tahu tentang kelebihan produk PLR ni ……. jika tahu, memang banyak kelebihannya. Itu sebab PLR ini dikenali sebagai produk EMAS!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge