Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,483 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Tip

Minisite : Penting!

Submitted by on 16/04/2009 – 11:14 am4 Comments | 459 views

Assalamualaikum,

htmlMinisite merupakan perkataan yang mungkin masih asing lagi bagi sesetengah Newbie walaupun ia cukup sinonim di kalangan Usahawan Internet. Biasanya perkataan Website sahaja yang sering didengari dan menjadi sebutan sebelum ini.

Di dalam dunia Perniagaan Internet, perkataan “Minisite” secara umumnya merujuk kepada website yang kecil atau mini, direka untuk menjual produk – sama ada ebook atau produk digital yang lain, produk fizikal, perkhidmatan online dan sebagainya. Kebiasaan minisite mempunyai 1 hingga 5 mukasurat, iaitu halaman utama, halaman pengesahan atau tempahan, halaman bantuan, halaman terima kasih, halaman download, halaman terma dan syarat, halaman FAQ dan sebagainya. Semuanya itu mengikut kesesuaian produk atau keadaan.

Terdapat beberapa komponen penting di dalam proses pembikinan sesebuah minisite namun spesifikasi sebenar bergantung kepada kretiviti seseorang atau kesesuaian. Biasanya sesebuah minisite terdiri dari 2 komponen utama iaitu header dan footer, namun sesebuah minisite boleh juga ada header tetapi tanpa footer atau sebaliknya. Di antara bahagian yang terpenting ialah surat jualan yang digunakan untuk menerangkan produk jualan yang ditawarkan dalam sesebuah minisite. Di bahagian akhir minisite pula terdapat butang tempahan atau order button, yang merupakan bahagian yang akan diklik oleh pelanggan apabila mereka ingin membeli produk yang ditawarkan. Kebanyakkan minisite mempunyai eCover, yang merupakan satu grafik yang direka untuk menggambarkan produk yang dijual tersebut seperti sebuah produk fizikal.

Contohnya, jika anda menjual ebook maka eCover mestilah kelihatan seperti sebuah buku fizikal (hardcover atau paperback) atau pelbagai jenis bentuk yang kelihatan seperti buku sebenar. Jika anda menawarkan produk berbentuk laman keahlian maka imej atau eCover yang sesuai ialah gambar kad keahlian atau kotak 3D bagi produk berbentuk perisian atau sebagainya.

Ecover merupakan salah satu komponen yang terpenting mengikut kesesuaian sesebuah produk yang ditawarkan. Ia mampu menarik perhatian pelawat anda dengan pelbagai jenis bentuk dan rekaan grafiknya. Kebiasaan eCover direka menggunakan Adobe Photoshop iaitu fungsi tambahan atau add on yang direka khas untuk Photoshop. Boleh dikatakan semua Action Script hanya boleh digunakan dengan Photoshop sahaja. Jika anda tidak memiliki Photoshop, maka anda masih mempunyai alternatif lain iaitu :

  1. Menggunakan perisian khas
  2. Bina secara manual
  3. Menggunakan perisian percuma seperti GIMP
  4. Mengupah designer profesional untuk membinanya

Header juga merupakan komponen terpenting di dalam sesebuah minsite walaupun ada segelintir Internet Marketer tidak menggunakannya pada minisite mereka (termasuk saya pada sesetengah produk). Namun peranannya memang tidak boleh dinafikan dalam proses menarik perhatian para pelawat minisite anda. Ia juga akan menampakkan minisite anda lebih profesional dan hebat.

Header mengandungi beberapa maklumat ringkas mengenai produk anda – nama produk dan tag-line (ringkasan mengenai produk anda), imej ecover dan susunan grafik yang menjadikan header tersebut lebih menarik hasil dari gabungan warna, kesan khas dan sebagainya.

Saya berikan contoh, jika anda seorang yang pakar dalam bidang masakan dan ingin mengeluarkan sebuah ebook mengenai “Nasi Dagang Kampung” . Maka header anda sudah tentu sesuai diletakkan gambar seorang wanita sedang memasak di dapur atau imej nasi dagang berada di dalam periuk atau pinggan. Tulisan pada header pula mungkin boleh diletakkan begini : Nasi Dagang Kampung : Resepi Turun Temurun Sejak 100 Tahun!

Jangan bina header anda terlalu besar! Header yang terlalu besar kemungkinan akan menyebabkan headline (tajuk surat jualan anda) tidak dapat dilihat pelawat melainkan mereka terpaksa “scrolling” browser mereka ke bawah terlebih dahulu. Ini akan menyusahkan pelawat! …… kerana Headline juga mempunyai peranan yang amat besar!

Header biasanya berukuran sekitar 780×200, 780×150, 780×100, 700×200, 700×150 dalam ukuran pixel.

Footer juga berukuran seperti di atas cuma ketinggian separuh dari header, lebih kecil dan compak. Kebiasaan mengandungi nama produk, logo, imej produk dan notis copyright.

Akhir, sekali ialah butang order yang merupakan tempat yang menjadi perhatian pelawat yang terpenting kerana mereka akan ke situ jika ingin membeli produk anda. Butang order boleh diletakkan bersama eCover produk anda bersama text “Call To Action” seperti “Klik Di Sini!”. “Sila Dapatkan Segera Di Sini!” dan sebagainya. Ia mengikut kreativiti anda sendiri!

Jika anda seorang yang terlalu sibuk atau malas nak berdepan dengan kerja-kerja teknikal, maka anda boleh membeli templat pasang siap dan grafik minisite segera. Ia hanya memerlukan sedikit pengubah-suaian untuk menjadikannya lebih unik.

Namun jika itu juga tidak mampu dilakukan maka pilihan terakhir ialah dengan mengupah para designer profesional membinaya untuk anda. Kebiasaan pakej yang ditawarkan sekitar RM170 – RM350 dan harga tersebut tidak sama. Pakej yang ditawarkan kebiasaan telah lengkap termasuk header, footer, eCover dan kadang-kadang banner tambahan untuk tujuan promosi.

….yang pasti – Mini Site tidaklah bermaksud Mini Income!

p.s – Tahukah anda? Akhir-akhir ini minisite berasaskan WordPress semakin mendapat tempat! Minisite berasaskan WordPress ini seperti yang dimaklumi memang mempunyai beberapa keistimewaan. Ia sudah tentu mesra SEO, mempunyai pelbagai jenis plugin yang mampu memudahkan banyak kerja anda nanti dans sebagainya……….

Insya-Allah, saya akan melancarkan pakej Template Minsite biasa dan berasaskan WordPress tidak lama lagi…. nantikan!

Website cadangan :

www.websitejualan.com
www.binaminisite.com
www.headerscreator.com
www.graphicstoolseries.com/webcoversv2
www.graphicstoolseries.com/diygraphics

bansem1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tags: , , , , , , , , ,

Facebook comments:

4 Comments »

  • Julius says:

    Terima kasih atas perkongsian…minisite merupakan medium terbaik untuk memberikan fokus 100% promosi terhadap 1 jenis produk. Dengan minisite, kita akan dapat fokus tentang apa yg kita jual dan tumpuan pelawat juga adalah 100%, tanpa dipengaruhi produk lain. Dengan itu, keinginan untuk membeli dikalangan pelawat juga tinggi! Fokus sangat penting, maka minisite adalah pilihan yang terbaik!

  • shuk says:

    Aku sokong seratus peratus. Memang minisite penting dan boleh dijadikan projek permulaan untuk seseorang yang hendak berjinak dengan internet marketing. Lebih mudah lagi sekarang banyak template available samada kita beli atau dapat secara percuma.

    Aku sendiri pun guna minisite dengan tujuan untuk buat maintain bulanan bagi internet MLM yang aku join. Alhamdulillah meet my purpose untuk maintain bulanan walaupun niche yang aku pilih tak banyak orang cari kat google. Digabungkan dengan kaedah SEO, walau dah berbulan tak buat apa2 pun, but still meet my purpose

    shuk’s last blog post..Satu suku 2009 dah lepas………

  • Saya rasa minisite berasaskan wp ni pasti mendapat permintaan yg tinggi kerana terdapat banyak kelebihannya..

  • admin says:

    Julius & Shuk, jika dilihat minisite mungkin ia kecil dan mini dari sudut fizikal tetapi hasil yang mampu diberikan memang besar!

    Elyas, memang ia memudahkan kerja namun terpulang kepada individu ….. saya akan lancar tidak lama lagi dengan pakej yang berbaloi!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge