Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Pasaran + Tawaran + Trafik + Backend

Submitted by on 12/05/2009 – 11:16 am9 Comments

Assalamualaikumu,

Hari saya ingin menyentuh tentang 4 kompenan utama yang digunakan oleh hampir keseluruhan Usahawan Internet tempatan atau luar negara.

Pasaran + Tawaran + Trafik + Backend

Komponen #1 : Pasaran / Market

Setiap perniagaan sama ada online atau offline pasti memerlukan kepada kajian pasaran. Ini bagi memastikan anda mampu mendapatkan pelanggan yang berpotensi (potential customer) dan sekaligus produk yang dijual juga mendapatkan sambutan. Oleh itu, kajian pasaran adalah amat penting sebelum anda memulakan sebarang perniagaan – khususnya Perniagaan Online. Apa yang perlu dititik-beratkan dalam kajian kita ialah :

  1. Keperluan pasaran kepada satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi
  2. Keperluan untuk menjana pendapatan sampingan
  3. Pasaran popular

Pasaran yang baik ialah pasaran yang mempunyai permintaan yang tinggi dari kalangan pengguna internet dan anda mampu untuk menyediakan produk kepada mereka serta berhasil untuk mendapatkan keuntungan darinya. Anda perlu mencari pasaran yang kukuh agar perniagaan anda nanti stabil dan produk yang ditawarkan juga mendapat sambutan – jika tidak anda kemungkinan akan rugi atau gagal.team

Anda perlu memilih niche yang tersendiri tetapi dalam masa yang sama perlu melihat sama ada niche pilihan anda tersebut mempunyai potensi atau akan mendapat sambutan. Baiklah, contohnya jika dan menyertai mana-mana forum tempatan, di dalam forum tersebut anda akan dapat melihat pelbagai masalah yang membelenggu ahli terutama Newbie di antaranya masalah hendak bina minisite, nak cari templat segera, nak cari grafik murah atau sebagainya. Maka anda mungkin boleh menyediakan pelbagai produk informasi, teknikal atau grafik bagi memenuhi kehendak mereka itu.

Kita perlu tahu bahawa setiap permintaan akan menghasilkan niche tetapi tidak semestinya niche itu mampu menghasilkan permintaaan atau pasaran. Anda tidak boleh mencipta market anda sendiri jika ia tidak mendapat sebarang permintaan. Ini boleh mencetuskan “Cold Market” atau pasaran menjadi beku kerana tersalah memilih niche – ia akan mengakibatkan anda kerugian atau tidak berapa untung.

Kesimpulannya – tentukan pasaran terlebih dahulu, pastikan kehendak dan permintaan pasaran kemudian barulah anda mencipta produk atau mencari produk yang diperlukan oleh pasaran tersebut. Ini lebih selamat!

Kompenan #2 : Tawaran

Mungkin ramai yang menyangka bahawa produk mereka adalah sinonim dengan tawaran yang diberikan. Mungkin dari sudut luaran offeria memang begitu tetapi sebenarnya tidak. Ingat, “Pelanggan sebenarnya bukan ingin membeli produk semata-mata tetapi ingin membeli penyelesaian kepada masalah mereka“. Oleh itu anda perlu titik -beratkan tentang konsep yang mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh prospek anda – itulah tawaran anda.

Fikirkan tentang produk yang mampu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh prospek. Kita sering mendengar masalah Newbie ialah pembinaan minisite. Mereka sudah tentu bermasalah apabila ingin membina sendiri minisite. Anda perlu melihat cara untuk menyelesaikan masalah mereka itu dan sediakan jalan penyelesaiannya. Ok, jalan penyelesaiannya ialah sediakan minisite pasang siap atau templat kerana ia sememang telah siap tersedia untuk digunakan dan menjimatkan kos. Tawaran anda untuk menyelesaikan masalah yang sering menghantui Newbie itu akan menambat hati mereka – letakkannya sebagai objektif utama anda! Perlu fokuskan kepada penyelesaian masalah, keistimewaan, kelebihan yang bakal diperolehi oleh prospek anda.

Contoh kedua : Anda ingin menjual video cara untuk membina minisite, maka anda perlu menulis apakah keistimewaan yang terdapat di sebalik pakej video anda tersebut dan fokuskan kepada jalan penyelesaian yang mampu diselesaikan oleh pakej video anda itu. Anda mungkin boleh :

  1. Beritahu betapa mudahnya belajar membuat minisite menggunakan video tutorial
  2. Video memberikan kemudahan seperti play, stop, rewind dan sebagainya, ini akan lebih membantu mereka untuk memahami satu-satu topik yang dipelajari.
  3. Proses membina sesuatu minisite juga lebih cepat dipelajari berbanding dengan ebook
  4. Prospek anda boleh membeli pakej video dengan segera dan dapat mendownloadnya pada bila-bila masa saja
  5. Pakej video juga mungkin boleh disediakan dalam bentuk CD atau DVD dengan sedikit kos penghantaran
  6. Mendapat bonus yang berkaitan
  7. Mendapat bantuan atau support
  8. Money back Guarantee (jika ada)
  9. dan sebagainya.

Biar dimana sekalipun sasaran market anda, letakkan produk anda sebagai satu jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi prospek dan anda perlu pasarkannya sebagai produk yang mampu menyelesaikan masalah.

Kompenan #3 : Trafik

Trafik sudah tentu merupakan salah satu kompenan yang terpenting kerana tanpanya sapa nak beli trafikproduk anda? Heh, pelanggan tu…..anda perlu cari pelanggan!

Tarik trafik ke website anda – seumpama sebuah kedai runcit jika tidak ada pelanggan maka anda akan kerugian begitu juga dengan perniagaan online jika tak ada trafik maka produk anda juga tak ada orang nak beli. Oleh itu anda perlu menarik trafik ke website kerana anda memerlukan kepada pelawat. Apabila ramai pelawat yang melawati website anda maka kemungkinan mereka akan berminat dengan tawaran anda dan bertukar menjadi seorang pembeli pula – ini dikatakan pelanggan berpotensi.

Beberapa strategi yang boleh membantu menarik trafik ke website anda sama yang percuma atau berbayar :

  1. Affiliate Marketing
  2. Forum Marketing
  3. Pay Per Click
  4. Social Networking
  5. Viral Marketing
  6. dan sebagainya

Saya akan terangkan strategi di atas secara lebih lanjut di dalam post saya yang seterusnya – (merupakan petikan dari point yang terkandung di dalam ebook saya “Modul Asas Perniagaan Internet“.

Kompenan #4 : Backend

Back hand Backend merujuk kepada jualan “follow up” yang dilakukan selepas jualan induk anda (front-end). Di antara front-end dan backend juga ada terselit satu jenis tawaran lagi yang dikenali sebagai upsell atau midlevel.

Apabila seseorang pembeli berminat dengan tawaran anda dan mereka akan klik pada butang order untuk melakukanback pembayaran tetapi sebelum mereka tiba di laman pembayaran, mereka akan di bawa ke satu halaman lagi yang mengandungi tawaran kedua. Pada halaman ini anda akan di’offer‘ untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RMXX jika anda ingin memiliki produk yang kedua pula – ini dikatakan Upsell. Satu lagi versi upsell dikenali sebagai One Time Offer (OTO), kebiasaan pelanggan hanya akan bertemu dengan halaman OTO ini sekali sahaja atau anda diberikan tempoh masa yang tertentu untuk membuat pilihan. Sebaik sahaja anda meninggalkan halaman OTO ini atau anda ‘refresh’ halaman OTO tersebut maka ia akan luput selama-lamannya (sebenarnya ada cara lain untuk mengembalikannya).

Emph, sebenarnya kalau hendak diterangkan tentang terma backend ni memang panjang berjela-jela le post blog ni……saya cuma nak jelaskan di sini ialah strategi backend ini memang tidak sekali-kali dilupai oleh kebanyakkan IM sama ada di Malaysia atau seluruh dunia.

Anda pasti akan melakukannya selepas memasarkan produk pertama anda – ia memang penting. Kadang-kadang produk induk kita tidak memberikan pulangan atau hasil yang memuaskan, maka di situlah bermulanya peranan backend. Anda perlu melakukan ‘follow-up’ kepada para pelanggan yang telah membeli produk anda (biasanya mereka ini terkumpul di dalam senarai email atau mailing list). Kebiasaan pelanggan apabila telah membeli satu produk dari anda, mereka ini akan menunggu produk-produk atau tawaran anda seterusnya………….itu pun jika tawaran anda menarik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

9 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge