Pengiklanan Facebook
Assalamualaikum,
Tahukah anda bahawa keahlian di Facebook sekarang telah pun mencapai lebih dari 600 juta orang ahli. Hanya dalam sekelip mata sahaja Facebook kini telah menjadi raksasa Internet – dan sudah tentu platform pengiklanan di situ amat lumayan! Bagi sesetengah IMer yang sudah biasa dengan dunia PPC tradisional seperti Google Adword, Bing PPC dan YSM, Facebook mungkin akan menjadi sedikit kejutan buat mereka.
Minda para pengguna Facebook sangat berbeza dari pengguna laman sosial yang lain apatah lagi sekarang dunia dilanda dengan demam Facebook. Semua orang memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Facebook, tanpa mengira bangsa, umur, jawatan, negara dan sebagainya.
Para pengguna FB ini tidak bergantung sepenuhnya pada pencarian yang biasa dilakukan seperti mereka menggunakan enjin carian. Saya berikan contoh, jika anda mencari sesuatu melalui enjin cari, anda biasanya akan menaip kata kunci jawapan terhadap sesuatu masalah. Contohnya, anda mungkin menaip “bagaimana cara menurunkan berat badan”. Jadi pencarian tersebut mensasarkan iklan yang berkaitan dengan kata kunci ‘kehilangan berat badan’ dan ia hampir pasti merupakan penyelesaian bagi para pencari tersebut.
Pengiklanan Facebook (FB Ads) pula amat berbeza sama sekali kerana ia berfungsi dengan melakukan semacam penyaringan terhadap pelawat yang bersesuaian dengan sasaran demografi. Anda dengan mudah boleh mengklasifikasikan pencarian prospek anda, contohnya demografi prospek berdasarkan umur sekitar 15 – 25 tahun, lelaki yang sudah berumur atau remaja yang tinggal di Asia atau sebagainya.
Itulah perbezaan utama di antara Facebook dan carian tradisional melalui pakcik Google atau seumpamanya; Carian tradisional tersebut berasaskan pemasaran “permission based” manakala Facebook pula berasaskan “Interruption based“.
Jadi bagaimana cara memulakan pemasaran Facebook dengan lebih efektif?
- Mulakan dengan imej yang menarik perhatian
Aspek yang paling penting dalam pengiklanan Facebook adalah imej. Imej anda harus mampu menarik perhatian dan dalam masa yang sama relevan dengan apa yang anda jual Cuba cari beberapa imej berbeza, unik dan menarik. Contoh, jika anda sedang menjual produk makanan seperti kek, anda mungkin boleh menggunakan gambar mulut sedang terbuka, gambar kek atau sebarang gambar yang unik tetapi relevan dengan produk anda.
- Split Test
Split test adalah salah satu cara untuk mengetahui keberkesanan imej, headline, iklan dan tawaran anda tersebut. Fungsi Facebook yang unik tersebut, membolehkan anda mendapat banyak data tentang bagaimana iklan anda mampu berfungsi dengan baik tanpa memerlukan anda mengeluarkan belanja yang besar. Jika anda hanya mendapat satu klik sahaja dari setiap 1,000 – 10,000 pelawat, anda tentu mampu mengetahui yang mana iklan yang berfungsi dengan baik atau tidak, tanpa perlu membayar klik yang terlalu banyak.
Di Facebook anda mampu menguji beberapa iklan dalam satu masa. Tidak seperti PPC tradisional melalui enjin carian, di mana anda biasanya hanya boleh menguji dua iklan sahaja. Di Facebook, anda boleh menguji sebanyak lima iklan pada masa yang sama.
- Memilih Target Sasaran Prospek
Pemilihan sasaran atau target memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan pengiklanan anda. Lebih spesifik anda boleh mensasarkan penonton anda, lebih baik. Anda boleh mensasarkan prospek anda di ruangan borang demografi. Anda boleh mensasarkan pengiklanan anda berdasarkan lokasi geografi, jantina, pendapatan, taraf perkahwinan dan banyak lagi. Anda perlu berhati-hati, sasaran berdasarkan demografi sahaja mungkin tidak akan memberikan anda ROI yang anda perlukan.
Untuk mencapai ROI yang baik, anda perlu target menggunakan keyword atau kata kunci. Fokus pada kata kunci ini akan menjadikan sasaran lebih spesifik dan dengan ini ROI akan lebih terbukti keberkesanannya.
Perhatian: Saya hanya berkongsi sedikit maklumat tentang pengiklanan Facebook dan saya bukan seorang pakar….jika anda ingin mengetahui secara lebih terperinci atau ingin belajar selok belok cara untuk melakukan pengiklanan Facebook, nantikan pada 3 Mei 2012 nanti. Anda boleh lihat di sini nanti: http://www.abooain.com/teknikfbo





Teknik FB Ads memang berkesan. Namun, pengguna perlu tahu bagaimana mengurangkan kos dan memaksimumkan keuntungan.