Bagaimana Merangka eBiz Anda?
Assalamualaikum,
Jika anda berminat untuk memulakan Perniagaan Internet atau katakan anda baru saja memiliki Perniagaan Internet maka anda tentu akan berusaha untuk mempromosikannya agar dikenali ramai. Namun percubaan anda itu mungkin berhadapan dengan masalah atau tidak mendapat sambutang, kenapa?
Perkara pertama yang perlu kita lihat dan kaji di sini ialah tentang “Perancangan”. Adakah anda telah merancang sebaik-baiknya untuk Perniagaan Internet anda tersebut? Kegagalan mungkin berpunca kerana anda tidak merangka plan pemasaran internet anda. Pemasaran Internet adalah agak rumit tetapi tidaklah terlalu sukar dan ia sudah tentu adalah lebih dari sekadar meletakkan teks keyword di laman web anda. Cuba kita perhatikan contoh plan pemasaran internet di bawah ini :
- Plan strategik
- Analisa situasi
- Analisa pelanggan
- Fokus pada produk dan pasaran
- Posisi produk
- Strategi harga
- Lokasi produk
- Promosi
Perkara 1: Plan Strategik
Apabila mempromosikan bisnes internet anda, beberapa perkara perlu dipahat di minda. Tanyakan soalan ini kepada diri anda “Saya mempunyai kelebihan dalam bidang apa?”. Anda perlu mencari jalan untuk membezakan perniagaan anda dengan mencari kelebihannya berbanding dengan saingan-saingan anda.
Perkara 2: Analisis Situasi
Secara asasnya, ini berkenaan dengan mendalami tentang pasaran yang anda ceburi. Ini boleh dicapai menerusi pelbagai kajian dan pembelajaran, menjalankan satu analisa niche dan analisa tentang persaingan anda. Lebih banyak anda tahu tentang niche yang anda ceburi dan bagaimana untuk berjaya di dalamnya, maka keadaan anda akan jadi lebih baik.
Perkara 3: Analisis Pelanggan
Secara ringkasnya, langkah ini memerlukan anda mengetahui lebih lanjut tentang pelanggan anda. Bagaimana anda akan berjaya untuk mempromosikan perniagaan anda terhadap orang yang anda tidak kenal? Anda mungkin boleh menggunakan fungsi Survey, Poll atau forum untuk mendapatkan maklumat ini. Adalah menjadi satu kelebihan jika sekiranya anda mampu mengetahui’ serba sedikit tentang pelanggan atau subscriber anda. ‘Targeted Buyer” penting kerana ia memudahkan anda menyediakan produk-produk yang sememangnya mengikut kehendak mereka dan mereka sentiasa menantip-nantikan pelancaran produk dari anda.
Perkara 4: Tumpuan terhadap produk dan pasaran…
Langkah ini memerlukan anda menguruskan pasaran anda dan menjadikan produk atau perniagaan anda lain dari yang lain. Ini selalunya dirujuk sebagai ‘Unique Selling Point‘ atau USP. USP ini memang penting bagi memastikan produk anda lebih unik dari para pesaing anda.
Saya akan menjelaskan secara lebih terperinci mengenai USP ini di post yang lain.

Perkara 5: Branding atau Posisi Produk…
Apabila seseorang itu mendengar nama sesebuah syarikat, beberapa perkara akan melayang di minda. Apabila seseorang menyebut nama syarikat atau perniagaan anda, apa yang sepatutnya terbayang di kepalanya? Baiklah, jika kita sebut PERODUA, maka sudah tentu perkara pertama yang kita nampak ialah Kereta atau kita sebut TM maka akan terbayang di dalam fikiran kita Streamyx yang merupakan salah satu produknya. Jika seseorang menyebut Abooain maka akan terbayang bahawa produk yang sentiasa di bawa oleh Abooain adalah produk-produk Resell Right, Master Resell Right atau Private Label Right. Ini yang dikatakan branding dan ia satu perkara yang harus diambil kira oleh anda.
Anda harus tahu bagaimana untuk meletakkan perniagaan anda dalam minda pelanggan anda. Jika anda masih belum memikirkannya, fahamkan diri anda tentang pemasaran 4P:
- Product
- Position
- Promotion
- Price
Perkara 6: Strategi meletakkan harga
Ini merupakan satu dari 4P yang disebutkan di atas. Anda perlu tahu bagaimana untuk meletakkan harga yang bersesuaian ke atas produk atau servis anda. Salah satu cara yang baik ialah dengan melakukan ‘survey’ ke atas harga produk/servis saingan anda. Jika anda masih baru dalam perniagaan ini, anda harus memberikan harga diskaun sebagai promosi pembukaan, mungkin setengah harga atau sebagainya.
Perkara 7 : Posisi produk
Ini pula adalah P kedua dalam prinsip pemasaran 4P, ia adalah lokasi fizikal di mana produk/servis anda ditawarkan. Ya, jika anda berniaga di internet maka lokasinya adalah di Internet. Di internet pula dimanakah lokasi anda di ebay? di blog? minisite? atau sebagainya
Perkara 8: Promosi melalui Internet
Ini adalah berkenaan cara untuk mempromosikan perniagaan anda di Internet. Terdapat pelbagai cara untuk melakukannya termasuklah melalui forum, iklan, enjin carian, artikel, blog, PPC atau sebagainya manakala secara offline pula melalui akhbar, flyer, brochure dan sebagainya. Lakukan kajian terhadap semua itu dan pilihlah yang anda terbaik untuk anda.
Diharapkan maklumat yang diberikan di atas sangat bermanfaat dan membantu anda merangka plan pemasaran internet anda sendiri.
Popularity: 7% [?]
No related posts.












.gif)



Wahh… Penerangan yang ringkas dan padat. Memang benar saudara abooain… Kita perlu merancang sebelum melangkah. Jika sekali tersilap langkah, susah untuk memperbaikinya.
‘Unique Selling Point‘ memainkan peranan penting jika anda menghasilkan sesebuah produk juga… Jika tidak, pelanggan yang melawat minisite akan terkapai-kapai tentang produk yang sedang dipromosikan ataupun produk anda akan menjadi terlalu umum…
Best ni kalau saudara abooain terangkan lebih lanjut tentang USP… =)
info yang bagus. Teramat rugi kalau kita tak praktikkan apa yang dibicarakan pada post ini.Thanks bro!!
.-= Afzai Afandi´s last blog ..Ajaib Yang Belum Kita Lihat =-.
Bagus artikel ni bro..kadangkala kita tidak tahu perkara apa yang perlu dibuat utk menjadi IM ni.So dengan artikel ni, saya rasa dapat membantu ramai newbie diluar sana termasuk saya.
Tapi perangkaan ebiz perlu selari dengan perancangan masa kita. Bahagikan masa. bila semua dah dirancang, disiplin pula diperlukan untuk kita lakukannya dengan sempurna/lebih baik.
Semoga artikel ini mampu membantu kita semua merancang setiap gerak kerja yang kita lakukan di dalam perniagaan.
@Ummu_Abdullah : Insya-Allah, saya cuba usahakan untuk menerangkan tentang USP.
@Afzai – Bereh bos….
macam dah belajar ekonomi balik dah..haha..klu nak berniaga mmg kena rancang panjang!klu tak..bungkus la alamtnya..huhuh
.-= farahaznil´s last blog ..Email sampah ! =-.
salam,
rupa-rupanya dalam berniaga ni wajib ada perkara-perkara asas nie…kalau ada produk je,harga juga kena la berpatutan..nak promosi lagi….banyak gak keja tu…kalau takde sambutan lagi la….kena cari partner nak buat JV la kalau gini,cari nama-nama hebat dalam internet…ngan En. Abooain leh ke??gurau je….hehehe….
.-= Hafizi´s last blog .. =-.
Kadang2 perancangan dah bagus, tetapi apabila menjalankan apa yang dirancangkan, Sesat jalan plak. Ini yang susahnya dalam perniagaan internet.
Apepun, thx for the tips.
.-= aktechpage.com´s last blog ..GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda =-.
Tapi apa yang penting semangat tu..jangan lah fikir bila dah jatuh akan jatuh terus..banyak juga sy tgk rakyat malaysia terutama masyarakat melayu..ntah lah..rmi yg ikut je semua program..tp xberjaya2 pun..tgk org yg sama shj..haizz
dan lumrah dalam bisnes di dunia relaiti juga…bila fail 1 bisnes..tukar bisnes lain..then tukar dan tukar lagi..smpi bila la nak mcm tu..sepatutnya dorang perlu identify apa yg buat bisnes dorang jd mcm tu..tp dah lumrah org melayu..semuanya nak cepat kaya..betul x?hi hi hi
.-= farahaznil´s last blog ..Pertandingan komen terbaik abooain . =-.
Salam Tuan Abooain.
Betul tu. Setiap point yang diterangkan memang penting dan perlu diambil kira…
P/S: Post pertama saya dalam blog Tuan
.-= Shukor´s last blog ..Akhirnya…Ebook Rahsia Pengurusan Masa Dilancarkan! =-.
Orang Jepun menggunakan prinsip “kaizen” dalam berbisnes. Peringkat permulaan bisnes adalah peringkat paling mencabar seperti mana binaan bangunan tinggi yang memerlukan “piling” yg kukuh sebelum dapat dinaikkan tingkat 2 tingkat 3 dan seterusnya.
Maka, berbisnes sememangnya tidak ada istilah cepat kerana bisnes bukannya mencari juara pecut tetapi mencari juara marathon yang mampu bertahan lama dengan satu2 bisnes yang dilakukan.
Yup, amat bersetuju dengan pendapat bos Afzai…..
Piling yang kukuh akan menentukan keteguhan sesuatu bangunan, kalau tak kukuh memang lambat laun bangunan tersebut akan runtuh. Begitu juga dengan perniagaan kalau berniaga just suka-suka atau ikut trend atau teruja dengan income orang lain rasa-rasanya tak ke mana……..
Tidak ada istilah cepat dalam bisnes kalau ada gak mungkin rezeki xtra yang diberikan Allah s.w.t namun secara asasnya macam mencari juara marathon…. pendapat yang bagus!
Terima di atas pendapat rakan-rakan yang lain yang tidak kurang hebatnya….seperti farahaznil, aktechpage, Hafizi, Shukor
Salam,
Saya teringat cara orang German & Jepun bekerja,motto yang mereka gunakan boleh memotivasikan mereka menjadi cemerlang….tak kira bidang apa yang mereka buat,mereka akan pastikan ada motto yang menaikkan semangat,dari segi penghasilan produk,kualiti kerja,sikap dan sebagainya….adakah kita ada motto tertentu??jika ada..apa yg boleh meningkatkan kualiti kita??Adakah kita berdisiplin??Adakah kita sanggup berusaha keras??
Jangan hanya buat biz tapi kepentingan lain diabaikan…Servis sebelum dan selepas jualan memang penting bagi mewujudkan satu perniagaan yang baik….apa pula pendapat anda??
betul sangat Hafizi…
bila kita ada misi/moto, kita takkan lari daripada landasan dan akan sentiasa termotivasi…
Sebab tu syarikat-syarikat besar akan pastikan org2nya tahu misi mereka supaya semua bekerja ke arah tu…
Jom plan keje kite jom…!