TEKNIK MENULIS SURAT JUALAN -1
Assalamuaalaikum,
Saya ada menerima pertanyaan dari beberapa orang Newbie tentang persoalan Perniagaan Internet sama ada berkaitan dengan pembinaan website, blog, grafik, kepentingan autoresponder, produk mrr/plr dan sebagainya. Jawapan bagi sesetengah persoalan tersebut telah pun saya jawab secara personal melalui email atau YM tetapi saya rasa adalah lebih baik persoalan tersebut dijawab dan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan Newbie yang lain. Mungkin ada di antara para pembaca sekalian boleh bertukar-tukar pandangan atau ingin berkongsi sama tentang jawapan kepada persoalan tersebut.
Antara soalan yang pernah di tanya ialah mengenai penulisan surat jualan atau Sale Letter, yang mana sesetengah dari kita mungkin tidak berupaya menulis “surat jualan yang membunuh” (pinjam perkataan Labanon) atau dengan kata lain surat jualan yang mampu menarik perhatian para pelawat anda dan sekaligus berjaya menukar pelawat anda itu kepada pembeli yang berpotensi. Mungkin bagi mereka yang gemar menulis, mempunyai idea yang banyak atau seorang yang berjiwa sastera mampu untuk membentuk dan menyusun kata-kata menarik dan mampu pula untuk menterjermahkan kelebihan produk atau ebook yang dijual dalam bentuk tulisan.
Namun bagaimana pula jika seseorang itu tidak mampu untuk menulis atau terlalu sibuk dengan tugasan harian? Ini mungkin akan membebankan mereka, betul tak?
Jangan bimbang, sebenarnya antara anda boleh mengupah ‘copywriter‘ yang terdapat di dalam Internet dan memang tugasan dan kepakaran mereka mengambil upah untuk menulis surat jualan yang ‘Power & Killer”! Yang penting anda mempunyai modal untuk mengupah Copywriter…. itu je!
Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai modal untuk menulis surat jualan?
Di sini saya sertakan beberapa tips ringkas untuk menulis surat jualan berpandukan kepada pengalaman saya yang sedikit ini :
Anda perlu membuat kajian sebelum menulis – buat kajian mengenai produk yang anda ingin pasarkan kepada umum tersebut sama ada anda melakukan ‘research & study‘ melalui ebook, report atau artikel percuma di dalam internet menggunakan pakcik Google atau sebagainya. Ini akan membantu anda menulis dengan cara yang lebih berkesan dan berdasarkan fakta bukan auta! Contohnya saya ingin menjual produk mengenai produk Grafik, maka saya perlu mencari maklumat di internet atau dari sumber yang berkaitan tentang dunia grafik seperti kepentingan grafik dalam dunia internet, peratus pembeli yang membeli produk dari minisite yang ada grafik cantik berbanding minisite yang tidak ada sebarang grafik, peratus minat pembeli kepada grafik, keupayaan grafik menarik perhatian pembeli dan sebagainya. Fakta sebegini boleh anda manipulasikan untuk kegunaan produk anda dan ‘blend’ atau campurkan dengan fakta-fakta tentang produk anda pula……Ini lebih menarik perhatian pembaca anda!
Sebenarnya hal ini tidak jauh berbeza dengan perniagaan offline, saya berikan contoh para agen jualan langsung atau MLM yang menjual produk mereka, saya bagi produk ‘kopi herba’ – sudah tentu para penjual ‘kopi herba’ MLM ini akan belajar terlebih dahulu atau mendengar maklumat dari upline mereka tentang kelebihan ‘kopi herba’ mereka tersebut sebelum menjualnya kepada prospek. Jika mereka serius dan ingin lebih berjaya, sudah tentu mereka ini akan membuat kajian tentang ‘kopi herba’ tersebut dari sudut kajian sains, agama, mendapatkan testimoni pembeli atau dari mereka yang telah mendapat tindak-balas positif selepas meminum dan mengamalkan ‘kopi herba’ tersebut serta pelbagai sudut lagi. Ini akan membantu penjual tersebut menjadi seorang yang berjaya dalam penjualannya kerana mereka mampu menarik perhatian prospek dengan fakta-fakta mereka itu! Berbanding dengan anda yang hanya ‘menjual secara bodoh’ je ‘kopi herba’ tersebut tanpa sebarang maklumat atau fakta menarik tentang ‘kopi herba’ tersebut! Just dok canang belilah, belilah belilah – menghabiskan air liur je!
Begitulah juga kaitan dengan surat jualan atau sale letter, anda perlu menulis dengan fakta yang mampu menarik perhatian ramai di samping beberapa kaedah atau teknik yang akan saya kongsikan selepas ini.
Oleh itu, sehebat mana produk anda sekalipun namun jika surat jualan anda tidak mampu untuk ‘mencuri hati’ pembaca mungkin produk itu anda tidak sampai ke mana.
Insya-Allah, saya akan kongsi mengenai Copywriting ini dalam post seterusnya.
Jika anda ada persoalan atau pandangan bolehlah kemukakan di sini untuk dikongsikan bersama, yang mana boleh saya jawab akan dijawab dan yang mana tidak boleh dijawab akan saya tanyakan rakan-rakan IM yang lain.
Terima Kasih
Popularity: 9% [?]
No related posts.













.gif)



kalau sesiapa yg memerlukan perkhidmatan sales letter aku mmg galakkan cubalah RMcopy.com , Fai mmg lebih arif ttg copywriting ni so kalau dah malas nak perah kepala bolehlah cuba servis dia
catzer’s last blog post..Manual Newbie – Tutor Pemasaran Internet
Yup, antara yang tersohor tu …. terima kasih kerana membantu….. hehehe sebenarnya memang nak sebut dalam siri ke-2 tapi oleh kerana kao dah cakap dalam siri ni terima kasih saya ucapkan.
Thanks Catzer!
Salam untuk semua.Teknik tu memang berkesan dan boleh digunakan untuk semua surat jualan.Terima kasih dedahkan serba sedikit cara tersebut.
4mula7’s last blog post..Magic Mysteries Formula7.com 4mula7.com
Surat jualan memang memainkan peranan penting dalam menjual produk digital. Surat jualan lah yang boleh menggambarkan produk digital kita supaya pembaca tersebut boleh ‘sentuh’ produk kita. hehe
Nice tips and lawala theme baru ni
AmmarZahar’s last blog post..Promosi Tanpa Keluar Bajet..Boleh Berjaya?
mula2 nak puji theme baru blog ni…hehehehe, lawa2.
pasal surat jualan membunuh…memang pendekatan ini mampu menarik minat bakal pelanggan. ini kerana surat jualan ibarat mulut yg berkata2 secara online.
Afzai Afandi’s last blog post..Klentong atau Fakta ??
seriously, sales letter mmg penting. kalau produk kaw2 tp sales letter x power sure x kn bawak apa2 makna..cuma kdg2 saya jadi kagum dengan sesiapa yang power betul dlm penulisan sales letter nih. bende simple pn akn buat visitor interested utk tgk ye tak?
anyway tq abooain sbb bagi tips yg simple..cuma klu rajin bagi details lagi la sy pon nk gak buat salesletter membunuh nih..bukan setakat membunuh, malah bleh bagi visitor ingat kat kite smpi bile.. (wahaha..mcm jiwang plak kan?)
Yup, pernah ada pembeli (salah satu produk saya) yang bertanyakan apakah sebenar produk saya tu, kerana dia beli produk tu disebabkan tertarik dengan Surat Jualan produk saya tersebut. Ini menyebabkan saya terfikir, pelawat akan membeli tanpa mengetahui apakah kepentingan produk tersebut kepada beliau….. hanya semata-mata kerana Sale Letter! Penangan Sale Letter memang hebat!
Terima Kasih Ammar, theme sementara je ni …… dok tunggu theme sebenar!
Afzai, theme sementara jah ni, theme sebenar dalam proses pemilihan lagi tetapi lebih kurang cam ni je. Cuma mungkin lebih ‘colourful’…. lamo tok dengar khabar weh!
Lee,terima kasih …. Saya mungkin akan sentuh lebih detail dalam siri ke-2 dan dalam siri ke-3 saya akan sebut produk berbayar yang mampu membantu anda untuk menulis Surat Jualan dengan lebih ‘mantop’, Insya-Allah.
Lee, kalau kao nak tahu cara menulis Sale Letter Membunuh yang benar-benar kaw, perlu tanya pada Labanon kerana dah banyak Sale Letter nya yang ‘membunuh’ para pelawat!
hehe pasal sale letter membunuh.. tapi post dan tips2 demo di blog ni meme killer2 la din. Killer Post.. meme membunuh jugop tu
sebenarnya saya juga merupakan salah seorang newbie yang tecari2 kaedah menulis sales letter ini. Tapi alhamdulillah baru-baru ini saya telah menemuinya buku ‘Rahsia Membina Senjata Jualan’. Ianya bukan ebook tetapi buku fizikal terbitan Truewealth Publishing dan berharga RM29.90
Sebagai newbie mmg banyak yang saya pelajari dari buku ini tentang selok belok menulis sales letter.
aurakaya’s last blog post..Biar kecil asalkan berhasil
bunuh-membunuh dalam penulisan jah, bukan dalam bentuk realiti …. kekeke kalau tidak, tidur dalam lokap lah Wan!
[...] untuk membeli produk anda? Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini di sini sebanyak dua siri Siri 1 & Siri 2 (sebenarnya ada 3 siri tetapi siri ke-3 akan diterbitkan bersama produk [...]
saya pening kepalalah nak tulis sales letter. boleh beri saya contact beberapa copywriter. (BM) tak. pls…….
Dulu saudara Fai ada sediakan servis Salesletter ni di sini : http://sales.rmcopy.com tapi sekarang ni nampak cam tak boleh nak masuk…..
Di antara teknik yang mungkin boleh dicuba oleh Newbie ialah cari salesletter BI yang terdapat di pasaran yang sama Niche dengan kita, kemudian terjemahkannya ke dalam BM. Lepas tu ubah la serba sedikit, mungkin dari sini idea akan timbul nanti.
[...] Teknik Menulis Surat Jualan 1 [...]