TEKNIK MENULIS SURAT JUALAN – 2
Assalamualaikum,
Baiklah, seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini bahawa bidang penulisan Sales Letter bukanlah satu perkara yang terlalu sukar tetapi bukan juga satu kerja yang mudah kerana silap gaya mungkin penulisan Surat Jualan anda tersebut akan menjadi Hype atau terlalu melampau sehingga mungkin menjadi satu ‘pembohongan’. Oleh itu penulisan perlulah berdasarkan fakta dan realiti tentang produk yang hendak kita tawarkan tersebut.
Jika anda tidak mampu untuk menulis sendiri dek kerana terlalu sibuk, tidak reti menulis atau sebagainya, anda boleh mengupah Copywriter yang ada di Malaysia, tetapi cara ini memerlukan kepada MODAL kerana anda perlu mengupah seseorang menulisnya untuk anda. Jadi bagi saya adalah lebih baik anda cuba berusaha untuk belajar cara menulis sendiri Surat Jualan anda tersebut. Anda boleh cuba belajar melalui ebook-ebook percuma yang terdapat di pasaran atau pun yang berbayar yang sudah tentu huraiannya lebih kemas dari sudut perkongsian teknik yang digunakan. Bagi yang ingin menulis sendiri Surat Jualan mereka, saya akan syorkan produk yang mungkin boleh membantu anda untuk menulis Sales Letter yang kemas atau Membunuh!
Saya ada beberapa teknik asas yang ingin dikongsikan dengan anda sama ada melalui pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya sebelum ini. Terdapat beberapa beberapa perkara yang perlu anda titik-beratkan dalam penulisan Sales Letter anda iaitu :
- Header – Perlu memiliki headers yang bersesuaian dari sudut warna dan grafik kerana header merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pelawat. Ianya membantu sales letter anda kelihatan profesional tetapi ianya tertakluk kepada produk anda sama ada memerlukannya atau tidak. Ada juga produk saya yang tidak saya sertakan Header jika sekiranya ianya ringkas dan tawaran hanya untuk subscriber sahaja. Jika produk tersebut produk Mega atau seumpamannya maka saya akan pastikan Surat Jualan saya tersebut ada Header.
- Headline – Merupakan salah satu perkara terpenting dan perkara kedua yang akan dilihat oleh pelawat dan kebiasaan ditulis dengan Tulisan Besar dan lebih besar dari sebarang tulisan yang lain di surat jualan kita. Warna pun ditulis dengan warna yang agak garang atau ditulis dan dijadikan imej agar ianya berlainan. Kebiasaan ayat adalah berbentuk pertanyaan atau pemberitahuan berbentuk penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi ramai (dalam konteks produk yang dijual). Contohnya : “Akhirnya Anda Telah Temui Penyelesaian Kepada Masalah Grafik Anda!” atau “Adakah Anda Tidak Memiliki Kemahiran Grafik Tetapi Memerlukan Kepada Grafik?” Kedua penyataan tersebut adalah berbeza iaitu yang pertama berbentuk pemberitahuan kepada penyelesaian segala masalah yang dihadapi oleh anda manakala kedua ialah pertanyaan tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Kedua-duanya akan menarik minat pelawat untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ditawarkan oleh anda. 3 perkara utama yang perlu dititik-beratkan dalam penulisan Headline ialah warna, jenis font dan saiz. Saya kebiasaan menggunakan Arial, Verdana & Tahoma yang merupakan font kegemaran saya. Jika sekiranya saya ingin menggunakan font yang mungkin agak pelik atau jarang-jarang dimiliki orang maka saya akan menggunakan fungsi Adobe Photoshop atau GIMP dan menjadikannya sebagai imej.
- Sub-headline – Kebiasaan ayat yang digunakan adalah jawapan kepada persoalan yang ditulis oleh anda pada Headline. Namun anda juga boleh letakkan di sub-headline struktur ayat yang tidak memberikan jawapan yang sepenuhnya lagi dan perlu menimbulkan tanda tanya di kalangan para pembaca tentang produk yang ditawarkan oleh anda. Tulisan perlu lebih kecil dari Headline namun masih lagi dalam kategori font berskala besar cuma lebih kecil dari Headline. Warnanya pula perlu berbeza dari Headline.
- Pembukaan / Mukaddimah – Kebiasaan dimulakan dengan : “Dari Laptop Abooain / Dari Meja Komputer / Dari Ahmad / Dari Abooain” atau seumpamanya. Tarikh diletakkan pada bahagian bawah ayat di atas sama ada anda taip tarikh pada hari tersebut atau menggunakan script tarikh yang berfungsi secara auto mengikut tarikh di komputer kita.Ayat permulaan anda boleh dimulakan sama ada menyebut : 1. Impian pembaca, 2. Pengalaman anda.Contoh menyebut impian mereka dan penyelesaian kepada impian mereka tersebut : “Setiap hari anda mungkin mengimpikan untuk memiliki satu set grafik dengan harga yang cukup murah dan menjimatkan. Mungkin pelbagai usaha telah dilakukan oleh anda untuk mencari grafik atau mungkin juga designer yang boleh memberikan harga murah untuk anda?” Tetapi berjayakah anda?”
Contoh memulakan ayat berdasarkan pengalaman pula : “Saya sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke dunia bisne online ini sering menghadapi masalah untuk mendapatkan grafik seperti headers, order button, icon dan sebagainya. Kalau ada pun harganya memang mahal, apatah lagi jika hendak mengupah designer, lagi mahal.”
Pada baris seterusnya, sebutkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi tersebut.
- Kelebihan produk anda – Sebutkan kelebihan produk yang ditawarkan dan manfaat yang akan diperolehi oleh pembeli. Terdapat sesetengah Surat Jualan yang saya jumpa tidak menarik perhatian saya tetapi saya tertarik pada bahagian ini yang berjaya meletakkan beberapa kelebihan dan manfaat dari produk yang ditawarkan. Contohnya : “Anda tidak perlu lagi menghabiskan wang semata-mata untuk mendapatkan satu set grafik yang boleh kami berikan dengan harga runtuh” | “Jadikan website anda kelihatan profesional dengan grafik DIY ini” | “Tingkatkan trafik ke website anda dan tukarkan pembaca kepada pembeli dengan DIY ini“
- Bonus – Paling penting! Kekadang terdapat beberapa kes pembeli membeli produk kerana tertarik pada bonus yang ditawarkan! Menarik betul penangan bonus ni ye! Jadi perlu letakkan bonus yang berkaitan rapat dengan produk yang ditawarkan dan perlulah bonus yang bermutu bukan bonus lapuk atau tidak bermutu.
- Jaminan – Anda juga boleh menawarkan “Jaminan Produk” atau Guarantee dan “Jaminan Pulangan Wang” Contoh ayat : “Jaminan Wang Dipulangkan – Tanpa sebarang alasan! Jika dalam masa 15 hari anda tidak berjaya untuk menarik perhatian pelawat dengan DIY ini maka kami tanpa sebarang alasan akan mengembalikan wang anda. Ya, dalam tempoh 15 hari!“
- Testimoni - Letakkan testimoni para pengguna produk anda bagi mengukuhkan lagi kepercayaan para pembaca. Penting, jangan sekali-kali mereka-reka testimoni anda kerana itu merupakan tindakan yang tidak jujur.
Sebenarnya banyak lagi tips atau teknik tetapi rasanya biar pakar yang membantu anda dalam hal ini. Saya hanya menyebut 8 perkara asas yang perlu ada di dalam surat jualan anda dan perlu dipastikan bahawa 8 perkara asas tersebut dibuat dengan teliti. Saya tidak akan menghurai panjang tentang 8 perkara asas tersebut kerana terdapat banyak ebook dan laporan percuma yang menceritakan tentang hal ini, malah sebenarnya banyak lagi teknik untuk menjadikan surat jualan anda kelihatan menarik dan mampu membuat para pembaca tertawan tetapi rasanya anda boleh cuba mengkaji sendiri……
Dalam siri ke -3 nanti saya akan sebutkan satu produk yang mungkin boleh membantu anda untuk menulis Surat Jualan anda dengan lebih baik lagi.
Terima Kasih – Sebarang penambahan kepada tip di atas adalah dialu-alukan.
Popularity: 7% [?]
No related posts.












.gif)



Setiap manusia dilahirkan ke dunia berbekalkan bakat tersendiri, sama ada bakat menyanyi, berlakon, lawak, melukis mahupun menulis. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa bakat itu ada pada kita. Maka seperti omputeh kata, “just to polish up your talent’s”.
leephian
Yup, betul tu leephian ….. terdapat beberapa golongan :
1- Sedar diri berbakat dan pandai menggunakannya
2- Tidak sedar diri berbakat
3- Sedar diri berbakat tetapi tidak pandai menggunakannya
4- Tidak berbakat tetapi berminat dan berusaha
5 -Tidak berbakat dan tidak berminat
Falsafah tu encik admin
Afzai Afandi’s last blog post..Punca Kegagalan Kita Berbisnes – Siri Dua
Falsampah tu …. muahahaha!
Wan, tok payoh tunggu PR naik weh ……. PR1 pun ok apa! Lamo key tok pasa2 dari PR1 turun dari tak dok PR ……. putih mata hitam tu!
[...] produk anda? Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini di sini sebanyak dua siri Siri 1 & Siri 2 (sebenarnya ada 3 siri tetapi siri ke-3 akan diterbitkan bersama produk ‘pembantu’ [...]
Nice & good info! Keep u’r good works…
Thanks Masrule!
bila siri ke 3 akan di siarkan. tak sabar nak tahu
Sebenarnya siri-3 untuk ulasan tentang satu perkhidmatan menulis Salesletter oleh seorang IM kita, tetapi tidak ada sebarang maklumat pula dari beliau. Saya mungkin akan gantikan artikel saya sendiri tetapi bukan dalam masa terdekat ni, sebab ada komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
Thanks!
[...] Teknik Menulis Surat Jualan 2 [...]