Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,912 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Tip

Teknik Pemasaran Video

Submitted by on 17/10/2010 – 2:32 pm2 Comments | 1,301 views

Assalamualaikum,

Satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi para IM luar negara ialah tentang salah satu teknik pemasaran yang mereka guna iaitu teknik pemasaran Video atau Video Marketing. Fenomena ini juga nampaknya semakin menjadi kebiasaan bagi para IM di Malaysia iaitu mempromosi produk atau prapelancaran menggunakan teknik video. Satu perkembangan yang baik. Kali ini saya ingin menulis tentang apakan sebenarnya teknik pemasaran video dan apakah impak dari penggunaan teknik ini terhadap bisnes dan pemasaran Internet kita.

Pemasaran video bolehlah ditakrifkan sebagai “penggunaan video untuk mempromosikan produk atau bisnes anda”.

Video pemasaran sebenarnya ialah satu iklan berupa video yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan, produk, servis atau sebagainya. Video-video tersebut biasanya diletakkan di laman-laman web yang sesuai dan para pengunjung dari seluruh dunia akan dapat menonton video anda itu. Oleh itu terdapat begitu banyak kaedah alternatif yang boleh digunakan oleh video untuk mengiklankan bisnes anda.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center, 57% daripada rakyat Amerika telah mendownload video online dan 19% mendownload video online setiap hari. Pada hari ini kita melihat peranan komputer semakin  hari semakin menguasai peranan TV sebagai sumber maklumat, hiburan dan komersial. Fakta ini menyokong kenyataan bahawa video akan lebih mudah diterima di Internet. Hasil kajian juga menyatakan lebih separuh daripada pengguna yang menikmati video akan berkongsi video yang disukai itu dengan kenalan-kenalan mereka. Ini menimbulkan pemasaran video secara ‘viral’ dan sangat berkesan dalam mempromosi bisnes dan jenama secara ‘natural’. Tidak dapat dinafikan bahawa medium video marketing lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat dan ia pula merupakan alat pengiklanan yang semakin berkembang untuk semua jenis bisnes sama ada besar atau kecil.

Ia menyediakan banyak kelebihan-kelebihan yang tidak boleh disediakan melalui kandungan bercetak, termasuklah:

  • Kebolehan untuk mempamerkan kualiti bisnes anda – Para pelanggan perlu dan ingin mengetahui siapakah anda dan apakah bisnes anda. Video adalah alat terbaik untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka ini.
  • Membolehkan anda mendapat keputusan segera – Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari, kalaupun tidak dibuang terus.
  • Membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik – Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan bisnes anda bukan memberitahu atau dengan makluman– orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.
  • Membolehkan anda mengelakkan diri dari terlibat dengan masalah duplikasi kandungan  – Had duplikasi kandungan menjadi satu masalah kepada para peniaga Internet. Masalah duplikasi kandungan belum lagi berlaku pada video pengiklanan. Malah video masih lagi membantu untuk meningkatkan lagi posisi website atau perniagaan anda di keputusan enjin carian.
  • Peluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali – Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel baru secara berjadual atau tetap semakin menjadi masalah dan memakan masa, jadi dalam hal ini video  marketing boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.
  • Kemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda.
  • Google lebih sukakan video
  • Menghasil dan menyebarkan video di Internet adalah murah dan mudah
  • Membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.
  • Jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit. Peluang ini hendaklah anda manfaatkan demi kebaikan bisnes anda sendiri.
  • Komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Bukan lagi merupakan satu perkara yang asing apabila anda menempatkan video di YouTube dan mendapat jumlah tontonan 1000 ke atas hanya dalam beberapa minggu sahaja!

Fakta yang telah dikeluarkan  Sherpa Marketing dalam sebuah laporan mengenai pemasaran video, pada Januari 2009, 57% peniaga Internet yang telah menggunakan video untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan merasa gembira dengan keputusan yang mereka perolehi. Mereka telah melaporkan peningkatan dalam jualan produk mereka, pertambahan senarai pelanggan, peningkatan trafik ke laman web dan hubungan yang semakin baik dengan klien.

Semua itu menjadi satu keperluan kepada para peniaga Internet maka apabila timbul teknik pemasaran video, ia dilihat sebagai sangat bermanfaat dan berguna untuk memajukan bisnes. Tidak seperti medium-medium lainnya, video membolehkan pemilik bisnes berhubung dengan para pelanggannya secara lebih efektif walaupun secara tidak langsung. Teknik ini dihasilkan untuk membantu para peniaga mencapai keuntungan yang lebih hebat, pemasaran video mampu membolehkan para peniaga Internet mencapai audien sasaran mereka yang tidak boleh dilakukan dengan lain-lain medium pemasaran.

Apakah cara terbaik untuk membolehkan para pelanggan mengenali bisnes anda dengan lebih dekat, mengenali siapa yang menjalankannya, apakah personalitinya dan bagaimana ia boleh memberikan manfaat dan penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka? Kita dapat menafikan:

  • Video memberikan impak yang besar kepada anda dan bisnes anda untuk berkomunikasi dengan para audien.
  • Kandungan yang unik mendorong mereka melakukan pembelian.
  • Perkongsian dan komunikasi Video
  • Pelanggan bukan lagi sekadar menjadi penerima informasi secara online, bahkan mereka mengambil bahagian dalam penghasilannya.
  • Mereka menyediakan maklumat, kongsi dan berinteraksi dengannya.
  • YouTube membuktikan bahawa orang ramai suka berkongsi video yang menghiburkan mereka.
  • Mereka menghantar video melalui telefon bimbit, emel atau menyebarkan link-link ke video tersebut.
  • Video adalah sangat bermanfaat dan boleh menyampaikan maklumat berkaitan produk dan servis anda dengan tepat.
  • Laman web 2.0 seperti Facebook juga menawarkan ribuan ahli-ahlinya untuk menghasilkan widget yang boleh meningkatkan jumlah perkongsian video sesama mereka.
  • Pemasaran video mempunyai potensi untuk menjadi salah satu teknik ulung dalam strategi pemasaran online anda.

Kesimpulan:

  1. Pemasaran video berfungsi sebagai strategi pemasaran yang ampuh.
  2. Ia menyediakan fungsi yang membolehkan anda berinteraksi dengan audien anda melalui cara yang paling peribadi dan berkesan
  3. Ia membantu menjenamakan bisnes online dan ia juga merupakan penyampai maklumat yang paling mudah untuk diterima oleh para pengguna Internet
  4. Ia juga mudah dan akan dikongsikan, sekaligus menjadikannya medium viral yang paling baik sekali.
  5. Menghiburkan serta mengasyikkan dengan pelbagai kreativiti yang dihasilkan.

Semoga teknik ini akan membantu para usahawan Internet di Malaysia meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

Artikel ini dihasilkan bersempena pelancaran PLRSeries #8 – Video Marketing di www.plrseries.com/video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tags: , , , , ,

Facebook comments:

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge