Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

THE MONEY IS IN THE LIST

Submitted by on 29/12/2008 – 8:00 am14 Comments

Assalamualaikum,

list

Ramai yang masih tidak mengetahui tentang kehebatan yang terdapat di dalam sesebuah list atau dengan kata lain senarai email pelanggan anda. Anda pasti sentiasa mendengar para otai Internet menyebut ungkapan “The money is in the list” bagi menunjukkan kepentingan sesebuah list malah otai luar negara pasti memberikan penekanan terhadap perkara itu.

Bagi anda yang tidak mempunyainya sudah tentu tidak akan merasai penangan dari list tersebut malah berapa ramai Usahawan Internet khususnya dari luar negara membina kehidupan yang penuh kemewahan hasil dari list tersebut. Malah mereka mampu menjadi jutawan hanya dengan list sekitar 2,000 orang sahaja!

Oleh itu langkah pertama anda sebelum pergi jauh dalam Perniagaan Online ialah dengan membina list anda tersendiri terlebih dahulu. Langkah pertama anda tersebut seumpama mengumpul senarai nama pembeli sebelum anda membuka kedai anda sendiri.

Mungkin sesetengah Newbie menghadapi masalah untuk membina ‘list’ anda tersendiri kerana mungkin anda pada waktu itu di dalam dilema atau buntu kerana dilanda “Information Overload’ atau Product Overload” – dek kerana terlalu banyak membaca atau membeli produk!

Pesan saya : Bina list anda sendiri terlebih dahulu sebelum pergi lebih jauh! Ini bagi memudahkan anda untuk berinteraksi dengan pelanggan atau subcriber anda. Langkah pertama saya sewaktu mula-mula berjinak dengan dunia Perniagaan Online ialah saya mengumpul ebook-ebook percuma yang saya baca kemudian saya ‘bundle’kan dalam satu pakej, setup squeeze page atau boleh juga buatkan minisite, kemudian saya menggunakan blog sebagai medium utama saya untuk mendapatkan subscriber. Saya war-warkan Koleksi 30 eBook Percuma – Perniagaan Online saya tersebut di dalam forum-forum yang saya sertai.

Pada waktu itu saya menggunakan Autoresponder percuma yang saya bina sendiri berpandukan Pakej Web Jualan Amirol. Apabila list saya mencecah 100 lebih maka pun mengambil keputusan untuk mendapatkan autoresponder berbayar Getresponse yang memerlukan belanja hanya sekitar RM170 untuk setiap 3 bulan (pakej yang saya ambik). Maka bermula dari 200 orang subscriber tersebut saya mampu untuk mencapai sehingga hampir 2k subsriber sekarang ini.

Oleh itu saya syorkan agar anda memberanikan diri untuk mendapatkan sistem autoresponder yang berbayar kerana lebih selamat dan menjimatkan masa anda. Ini kerana saya rugi hampir 70 orang subscriber kerana membuat pertukaran dari autoresponder percuma kepada yang berbayar. Itu pun saya dapat meminimakan kerugian tersebut kerana menggunakan beberapa teknik yang mungkin akan saya sebut nanti di dalam waktu (atau anda sudah mengetahuinya).

list2

Bagaimana nak bina list ni?

Tak tahu nak bagi apa la?

Persoalan-persoalan yang mungkin sering bermain di fikiran anda.

Baiklah cara paling mudah saya bagitau kaorang semua ya : Gunakan artikel, ebook atau produk Private Label Right (PLR)!

Beratus-ratus Internet Marketer terutama dari luar negara membeli artikel atau ebook PLR semata-mata untuk digunakan bagi mengumpul list. Sesetengah IM yang ‘malas’, mereka hanya mengubah tajuk atau ecover sahaja manakala isi kandungan sama je. Saya syorkan anda mengubah-suai artikel atau ebook PLR tersebut mengikut idea anda sendiri agar ia berlainan dan mengandungi maklumat dari anda atau penambahan berbentuk pengalaman diri sendiri.

Anda juga boleh membahagikan artikel atau ebook PLR tersebut kepada beberapa bahagian dan jadikan ia sebagai e-Course, contohnya bahagikan kepada 7 bahagian untuk dijadikan bahan kursus bagi 7 hari. Jadi jika seseorang mendaftarkan diri pada borang opt-in anda maka mereka akan mendapat 7 siri e-Course anda tersebut sebanyak 7 hari tertakluk kepada setting yang anda lakukan.

Anda juga boleh menggunakan sebarang produk Master Resell Right (MRR) atau PLR untuk diberikan kepada sesiapa sahaja tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik asal produk tersebut.

Jika anda boleh menulis sendiri artikel atau ebook lagi baik dan sudah tentu lebih fresh kan?

Nasihat terakhir saya : Dapatkan Autoresponder Berbayar jika anda benar-benar serius dengan Perniagaan Online, Insya-Allah berbaloi nanti.

“Anda perlu berani menghadapi risiko, tetapi perlu menghadapinya dengan bijak!”

2 Autoresponder berbayar yang tip top :

  1. Aweber
  2. Getresponse

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 5% [?]

No related posts.

Facebook comments:

14 Comments »

  • azuan says:

    salam semua
    Bagus idea tu. apa salah satu autoresponden free? bole saya tahu

  • abgzol says:

    ..satu perkongsian maklumat yang sangat berguna khususnya untuk newbie. Terima kasih saudara Aboooain. Semoga lebih banyak sumber maklumat & panduan khusus untuk newbie yang akan disiarkan di laman blog kesayangan ramai ni..

  • Julius says:

    Hai Abooain,

    Perkongsian saudara memang berguna untuk semua, khususnya bagi para newbie seperti saya dan mereka yang telah menceburi perniagaan internet namun tidak begitu berhasil. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Syabas saudara kerana membantu menyalurkan maklumat yang tak tekira nilainya…

  • admin says:

    Azuan, sori sy baru balik dari Pahang lambat reply …..

    Ada banyak yang percuma seperti Autobot dan yang terkini ialah fireballautoresponder.com yang mungkin boleh anda cuba. Saya duulu guna script Amirol dan memasangnya sendiri (www.websitejualan.com)

    abgzol, terima kasih …… semoga ianya dapat membantu anda! Insya-Allah, saya akan salurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa di dalam blog ini.

    Julius, terima kasih ye, wah, anda juga mempunyai produk yang ada kaitan dengan artikel saya ini …. bagus-bagus! Memang cantek! :D

  • saramsak says:

    salam abooain,
    diharapkan saudara dapat menerangkan teknik utk meminimakan kerugian akibar dari penukaran autoresponder…
    terima kasih… :)

  • admin says:

    Baiklah Saramsak,

    Saya berikan di sini satu tip untuk mengurangkan kerugian dari akibat penukaran dari autoresponder free ke berbayar.

    # Buat Tawaran Hebat kepada list anda – berikan produk percuma – berikan diskaun produk – berikan sesuatu yang memaksa list anda untuk berdaftar tetapi menggunakan cara yang berhemah!

    Pada permulaan, saya just copy terus senarai list masuk ke dalam database autoresponder berbayar tetapi terdapat lebih dari 70 orang yang tidak mendaftarkan diri. Maka saya pun telah memberikan satu tawaran berbentuk produk percuma buat mereka dengan memberikan satu borang Opt-in yang baru. Ternyata teknik tersebut telah menyebabkan saya berjaya meminimunkan kerugian tersebut sehingga tahap hampir ’0′!

  • Dhiaqis says:

    Salam,

    Terima kasih diatas pengkongsian ilmu ini. Saya faham akan konsep dan kebaikkan membuat list ini. Cuma tengah setup produk/laporan untuk bakal prospek.Apa-apa pun ia ilmu yang bermanfaat untuk para newbie/IM.

    Dhiaqis’s last blog post..Keyakinan: Bagaimana mendapatkannya?

  • admin says:

    Sama-sama Dhiaqis, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan perkongsian tersebut :D

  • [...] List – Perlu ada kerana ‘The Money Is In The List‘ [...]

  • ka'le chepo says:

    salam persahabatan,

    apa kabar bos?harap bos sihat.
    Kawe memg minat lama doh dgn blog demo…
    sblm ni kawe xbrp nk serius dgn bisnes online…
    tp lepah dok baco artikel di blog demo…
    (lbh kure setahun lebih kawe dok follow demo)
    kawe raso tibalah masanya kawe nak serius dale bisnes online ni..
    ok..1st, kawe nak buat “list” dulu..
    soalan pertamo kawe:-
    hok mano satu Autoresponder hok OK Bos?
    Aweber @ Getresponse

  • admin says:

    Wa’alaikumussalam,

    Bereh gu, molek-molek ……keno serius tu :D

    Kalau ikut ranking meme molek Aweber la daripada Getresponse tetapi kawe guna Getresponse sebab harga murah sikit! Tapi terpulang pada demo la ……sebab dua-dua tu meme rangking tertinggi.

  • ka'le chepo says:

    salam..

    tq bos.memg demo ni baguh la..
    demo suko sharing knowledge…
    semoga allah murohkan rezeki demo bos..

  • admin says:

    Bereh bos, takdok gapo …….. Amin Ya Robb! Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki!

  • [...] tentu pernah mendengar kata-kata “The Money In The List” malah saya pernah menulis artikel blog sebelum ini yang bertajuk ungkapan tersebut. Saya [...]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge