Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

USP

Submitted by on 30/03/2010 – 12:13 am7 Comments

Assalamulaikum,

Hari ini baru boleh luangkan sikit masa untuk menulis di blog ini setelah beberapa hari mengadap komputer untuk menyiapkan projek bulan Mac iaitu PLRSeries.com siri ke-4 yang akan menemui peminat-peminatnya tidak lama lagi. Insya-Allah, siri ke-4 kali ini akan menemui peminat-peminat PLR dengan pelbagai tools tambahan.

Hari saya akan menceritakan secara ringkas tentang apakah yang dimaksudkan dengan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP).  Saya akan berkongsi secara ringkas je kerana saya sebenarnya telah menulis bab USP secara lebih terperinci di dalam ‘draf’ buku saya yang sejak tahun lepas dok terperap dalam Laptop. Insya-Allah akan diikhtiarkan untuk ‘publish’ tahun 2010 ini jika ada rezeki.

USP – Baiklah, jika saya sebut jenama TM anda tentu terbayang di antara produknya ialah Streamyx atau jika disebut jenama APPLE kita akan terbayang MacBook atau iPhone, bukan? Paling mudah sekali, jika orang sebut nama Abooain maka orang akan terbayang di antara produk Abooain ialah produk PLR atau PLRSeries! Mungkin terdapat keunikan pada produk-produk tersebut yang menyebabkan orang akan terbayangnya apabila di sebut nama syarikat. Itu secara ringkasnya….

Di dalam Perniagaan Internet khususnya, anda perlu mencipta ‘keunikan’ pada produk-produk yang hendak dikeluarkan agar orang akan terbayang keunikan produk tersebut berbanding dengan pesaing anda. Dalam konteks produk-produk PLR, sudah tentu para pesaing anda juga menjual produk yang sama, bukan? Macam mana kita hendak jadikan produk-produk kita itu lebih terkedepan atau lebih menonjol berbanding produk-produk PLR orang lain.

Yup, perlu cipta kelainan atau keunikan!

Contohnya, anda membeli ebook PLR mengenai ‘Panduan Buat Roti Canai’ dan dalam masa yang sama sudah tentu terdapat 50 orang yang turut membeli ebook PLR tersebut. Oleh itu anda perlu mencipta ‘keunikan’ pada ebook PLR anda tersebut jika ingin bersaing dengan para penjual yang lain. Anda mungkin boleh menawarkan 2 minisite bagi ebook tersebut, diskaun hosting, bonus atau mungkin bonus bagi seminar atau personal coaching yang mungkin orang lain tidak mampu untuk meletakkannya pada produk mereka.

USP boleh dikatakan penting kerana ia mampu memberikan kelebihan bagi anda berbanding para pesaing atau produk-produk lain.

USP - Anda harus mengenalpasti dan mencipta apa yang membuatkan anda, syarikat atau produk anda berbeza daripada para pesaing anda dan memberikan penekanan pada kelebihan-kelebihan ini dalam pemasaran anda.

Ok, itu dulu buat kali ini.. jika ada penambahan amatlah dialu-alukan

ique Selling Point
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 5% [?]

No related posts.

Facebook comments:

7 Comments »

  • farahaznil says:

    usp ni ibarat cara nak promote le…klu dah benda tu rata2 ala2 monoply..jd mmg betul le mcm kata abooain..kita kena le buat kelainan sikit..ni tak..org jual langsir kaler kuning..dia pun jual kaler sama..hohoho…tp yg pntng cara promoye tu jg…kena pndi..huhuh
    .-= farahaznil´s last blog ..IsuHangat tentang Farahaznil dan Review ! =-.

  • Afzai Afandi says:

    cara inilah yang saya gunakan dalam NR Yummie.mencari kelainan berbanding pesaing yang ada

  • ezord says:

    huu..ni first time sy dengar istilah ni..penambahan ilmu baru untuk saya..thanks bro
    .-= ezord´s last blog ..Punca Gusi Berdarah :-( =-.

  • ok, saya suka part ni…
    USP ni seolah branding kita kan… dan ia sangat penting.
    Dan untuk menaikkan nama/brand kita, promosi juga penting kan?

    Promotion + USP, insyaAllah, orang bakal
    kenal dengan brand kite. Sebab tu pentingnya FOKUS.

    kalau salah boleh tegur saya….

  • Afzai Afandi says:

    selain keunikan ..marketing strategi tersangat penting.bukan sahaja produk perlukann keunikan, marketing juga perlukan keunikan. lihat marketing ASTRO sehingga mampu menjana keuntungan bersih sebanyak RM232.97 Juta
    .-= Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu =-.

  • Kaedah pemasaran yang unik…

    Hmm menarik, tak pernah terfikir pulak… macam mane ye nak jadikan kaedah pemasaran kita unik?

    Ni kene brainstorming lagi ni.

  • admin says:

    Nak jadikan unik dalam pemasaran tu perlu tanya Afzai Afandi kerana dia otai dalam teknik pemasaran ni, minta dia huraikan pula di blog dia nanti…… :D

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge