Viral Marketing
Assalamualaikum,
Apakah Viral Marketing? Anda tentu pernah mendengarnya bukan? Teknik yang berasaskan penyebaran virus atau penyakit ini telah diambil konsepnya dan dimanipulasikan untuk kegunaan pemasaran bisnes.
Viral Marketing sangat unik dan luar biasa. Ia berkonsepkan perkongsian produk percuma sesama kawan, pembaca, keluarga dan sebagainya yang mudah untuk dimiliki. Jika sesuatu produk boleh dikonsikan maka ia perlu disebarkan kepada sesiapa sahaja yang anda kenali atau tidak kenali. Biarkan benda percuma ini tersebar dengan cepat seperti merebaknya virus atau penyakit di dalam kehidupan manusia.
Anda boleh menggunakan konsep virus ini untuk menyebarkan laporan, ebook percuma, website, perkhidmatan dan sebagainya kepada orang ramai. Pengiklanan yang anda letak di dalam report atau ebook percuma tersebut akan memberikan pulangan yang lumayan buat anda dari aspek trafik.
Hebatnya teknik viral ini ialah anda boleh meletakkan iklan percuma dan prospek atau potential customer pula boleh memiliki produk percuma dari anda.
Dengan kata lain, teknk ini memberikan pulangan sama rata atau win-win situation.
Proses ini sebenarnya sangat mudah, apa yang perlu anda lakukan adalah mencari sumber produk. Jika anda ingin menyebarkan laporan atau ebook percuma maka anda perlu menulisnya atau menggunakan sumber PLR. Jika anda seorang yang minat menulis, anda bolehlah menulis sebarang ebook atau laporan mengikut niche yang anda pilih. Jika anda tidak tahu menulis atau tidak mempunyai masa, gunakan sumber PLR sama ada artikel PLR, ebook PLR atau sebagainya. Terjemahkan sumber PLR tersebut, ubahsuai sedikit biar sesuai dengan situasi semasa.
Jangan lupa letakkan link-link produk, website, blog, servis atau sebagainya di dalam ebook anda tersebut kerana ia merupakan ‘point’ penting yang tidak harus anda lupakan. Apabila selesai semuanya, anda bolehlah mula menyebarkannya kepada orang ramai.
Taktik Lama
Konsep viral marketing ini sebenarnya adalah idea lama yang diperkenalkan semula dalam dunia Internet.
‘Sebaran mulut‘ ini telah diakui sebagai suatu alat pemasaran yang berusia ribuan tahun. Cuba kita bayangkan bagaimana seorang penjual ikan pada zaman dulu mendapat pelanggan. Pelanggan mereka akan datang ke gerai mereka dengan berkata “Jiran saya cakap ikan awak segar dan murah” Nah, inilah dikatakan ‘Viral Marketing’ secara tidak langsung kerana produk mereka laris disebabkan pengiklanan bergerak dari mulut ke mulut oleh orang ramai yang bercakap sesama mereka.
Justeru, konsep viral ini diguna-pakai di dalam dunia Perniagaan Internet dan ia merupakan salah satu teknik yang murah tetapi berkesan!
Bayangkan anda mendapat pelanggan yang ramai tetapi rata-rata mereka tidak mengenali anda secara langsung tetapi mendapat maklumat mengenai jualan anda melalui rakan-rakan mereka yang mengesyorkan produk atau servis anda atau produk percuma yang mengandungi link anda!
Salah Satu Teknik Pemasaran Yang Paling Ekonomik
Viral Marketing jika dilakukan dengan betul akan dapat meningkatkan populariti website anda. Pertambahan jumlah pengunjung ke laman web anda akan memungkinkan mereka bertukar menjadi pelanggan anda.
Ebook PLR BM Siri ke #6 yang bakal diterbitkan pada bulan Jun 2010 nanti, Insya-Allah
Popularity: 18% [?]
No related posts.











.gif)



Wah,
ada PLR series 6. Pasti meletup produk ni sebab
viral marketing memang teknik yang popular…