2009 & PERANCANGAN
Assalamualaikum,
Rasa semacam baru 2,3 minggu je menulis tentang perancangan dan azam bagi tahun 2008 dan sekarang dah nak tiba tahun 2009. Masa terasa memang cepat dan laju, kekadang macam baru je alami sesuatu peristiwa sedangkan hakikatnya dan 2,3 bulan berlalu.
Apabila datang tahun baru maka setiap kali itulah masing-masing menceritakan tentang ‘kalimah keramat’ iaitu “A.Z.A.M” dan juga perancangan tahunan.
Bagaimana dengan azam dan perancangan anda bagi 2008 yang lalu? Sudah terlaksana sepenuhnya atau separuh jalan je? Jangan sekadar azam je tapi untuk melaksanakannya tidak bersungguh-sungguh……..
2008 merupakan tahun kedua saya dalam lapangan Perniagaan Online dan sebagai Full Time Internet Marketer dan 2009 yang bakal menjelma merupakan tahun yang ke-3 bagi saya – jika dipanjangkan umur. Alhamdulillah, 2008 bagi saya juga banyak menyimpan kenangan terutama sebagai IM.
Perancangan Abooain Network / Alhusna Gallery bagi tahun 2009 sememangnya sudah dirancang dan ianya memang khas untuk tahun 2009 nanti. Perancangan ini ekoran dari kejayaan Abooain Network melaksanakan hampir 80% perancangan bagi 2008 dan target yang hendak dicapai pun memang memuaskan hati – Alhamdulillah!
Jadi bagi 2009 ini saya ada beberapa perancangan terutama dari sudut produk, antaranya saya sebut secara ringkas :
- MRD Membership – Laman keahlian yang menyediakan pelbagai produk Grafik, MRR/PLR, Video, Ebook dan sebagainya.
- Produk PLR – Anda mampu membina perniagaan sendiri dengan Produk PLR dari saya nanti, Insya-Allah.
- Newbies Solutions – Satu platform bagi Newbie untuk belajar atau mendapatkan produk yang bersesuaian sama ada percuma atau berbayar – bersama rakan saya Joe Ggasi.
- Buku – Insya-Allah – Panduan Nebwie bagi Perniagaan Online (PNPO) – bersama rakan saya Joe Ggasi
Itu sekadar beberapa perancangan yang memang dah ada di dalam kepala saya beberapa bulan yang lalu dan saya telah pun merangka bagi tujuan pelaksanaannya tahun 2009 nanti.
Walaupun dah masuk tahun ke 3 sebagai IM namun memang terasa terlalu ‘cetek’ ilmu yang dimiliki oleh saya dalam bidang Internet Marketing ini. Namun Jom Seminar dan WC Gath telah menjadi satu motivasi bagi diri saya untuk lebih bersemangat dalam mengharungi bidang Perniagaan alam ghaib ini ……hehehe!
Insya-Allah semoga 2009 nanti akan memberikan saya lebih ilmu dan motivasi untuk terus bersemangat dalam bidang Perniagaan Online ini nanti – itu salah satu azam saya!
Anda bagaimana?
Popularity: 1% [?]
No related posts.












.gif)



Facebook comments: