Adakah Perniagaan Internet Akan Tepu?
Assalamualaikum,
Saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama saya di satu tempat di Kota Bharu. Beliau merupakan salah seorang sahabat baik sejak di sekolah rendah lagi dan kemudian kami bersama lagi di sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat Universiti pun turut bersama. Begitulah persahabatan kami tersebut sehinggalah masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing akhirnya ‘terserempak’ di hadapan sebuah kedai kopi. Apalagi, kami terus berbual-bual sambil makan-makan dan minum-minum. Kami bertanya hal masing-masing termasuk kerja kami dan beliau bertugas sebagai seorang guru di Kelantan. Saya pula seperti biasa memberitahu pekerjaan saya ini mungkin dia tak biasa dengar – iaitu Perniagaan Internet. Beliau tertarik dengan kerjaya saya yang baru beliau dengar ini. Saya menceritakan secara lebih terperinci tentang perniagan internet ini dan beliau merasa tertarik dengan penerangan saya tersebut.
Ketika kami hendak pulang beliau bertanyakan pendapat saya adakah Perniagaan Internet boleh kekal lama atau tidak tepu?
Saya cakap “Soalan canteeek!” dan saya lantas memberikan pendapat saya – Perniagaan Internet adalah satu bentuk perniagaan seperti juga perniagaan konversional yang kita tahu. Jadi apabila kita sebut ‘Niaga’ maka ia adalah satu bentuk kerjaya yang mampu memenuhi keperluan atau hajat manusia di mana-mana saja sejak dahulu kala lagi. Bezanya urusan ini sekarang turut dilakukan di ‘alam maya’ atau Internet.
Internet adalah satu dunia yang mempunyai penduduknya yang tersendiri dan sesama mereka ini ada keperluan dan hajat mereka masing-masing. Malah penduduk dunia Internet ini lebih unik kerana ia terdiri dari pelbagai jenis latar belakang manusia dari seluruh dunia. Di atas faktor inilah para ‘penduduk internet’ memerlukan kepada satu bentuk transaksi yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka sama ada dalam bentuk produk, ilmu, menjana pendapatan, mencari rakan, membina kredibiliti dan sebagainya.
Maka pada pendapat saya Perniagaan Internet tidak akan tepu seperti mana juga perniagaan konversional yang tidak pernah tepu sejak dahulu kala sehingga sekarang ini. Namun ia mungkin tepu jika sekiranya ‘Internet’ itu sendiri terhapus di atas muka bumi ini…!
Jika anda gagal untuk menguasai perniagaan internet, tidak bermakna perniagaan internet itu telah tepu. Ia mungkin dipengarui oleh beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan anda. Di antaranya secara ringkas :
- Faktor Diri – Diri yang tidak bersedia untuk mengharungi liku-liku Perniagaan Internet – mindset anda mungkin bukan mindset seorang Usahawan.
- Faktor Produk - Produk atau niche yang dibawa tidak sesuai atau tidak mendapat sambutan ramai
Perniagaan Internet juga tidak akan tepu kerana manusia di dunia ini sentiasa bertambah dari sehari ke sehari dan maknanya para pelayar internet juga akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Mereka inilah yang akan menjadi penjual atau pembeli di dunia Internet. Jika yang tua atau yang lama dan berhenti maka tempatnya akan digantikan oleh orang muda atau orang baru begitulah lumrah kehidupan manusia di muka bumi Allah s.w.t ini.
Kesimpulannya – Perniagaan Internet tidak akan tepu selagi ada jaringan Internet di seluruh dunia, Insya-Allah.

Saya telah mendengar masalah tepu ini sejak 3 tahun yang lalu dan selama itulah saya masih berjaya dengan kerjaya saya sebagai seorang Usahawan Internet. Namun satu perkara yang tidak dapat saya nafikan ialah apabila kita sebut ‘BERNIAGA’ maka sudah semestinya ada masa untung dan ada masa rugi atau kencang dan slow. Saya juga pernah berhadapan dengan masalah perniagaan yang agak slow untuk beberapa bulan namun bagi saya itu semua adalah adat ‘Berniaga’.
Jika anda gagal dalam Perniagaan Internet (atau lain) tidak bermaksud perniagaan itu yang salah atau tepu mungkin anda tersilap memulakan langkah anda sebagai seorang Usahawan Internet!
Fikir-fikirlah….apa pendapat anda?
Popularity: 16% [?]
No related posts.












.gif)



topik best ni…hehe
kalau berdebat pun best..haha
perniagaan internet tetap akan berjalan sampai bila2 selagi adanya talian internet..tak mungkin akan tepu, cuma pada pandangan mata kasar kawe kemungkinan produk2 ebook yng niche “buat duit”, MLM online dan juga program2 buat duit mudah akan menghadapi kesukaran untuk mendapat permintaan sebagaimana pada awal kemunculan.
jika produk2 fizikal, rasanya susah untuk tepu kerana produk2 fizikal ni biasanya mempunyai permintaan tersendiri daripada penduduk internet.
pandangan 15sen jer tu
.-= Afzai Afandi´s last blog ..Promosi Sempena Hari Ibu =-.
Eh tersilap, sepatutnya kawe kena tulis lagi kat atas tu :
Perniagaan Internet tidak akan tepu tetapi produk atau niche yang kita pasarkan mungkin mengalami situasi tersebut.
Kawe bersetuju dengan pendapat demo tu…..
Salam,
Pandangan saya, perniagaan internet tak akan tepu. Apabila dunia teknologi digital dan telekomukasi semakin canggih dan berkembang pesat, manusia semakin berebut-rebut menguasai mata wang (tak kiralah Ringgit Malaysia, US Dollar atau apa saja).
Tambah pula ramai mula kelabu mata melihat betapa senangnya menjana pendapat dari internet, maka mereka akan melabur dan terus melabur demi mendapat untung lebih. Ini akan berterusan lapis demi lapis. Cuma bezanya dari MLM offline kepada MLM online.
Dari penelitian saya, apa saja niche yang anda niaga, orang pertama (niche creator) tetap ada percentage dia. Apa saja hadiah percuma daripada dunia niaga internet ini, mesti ada udang di sebalik mee.
.-= rusliesophian´s last blog ..A Thorn Among The Roses =-.
seronok bab ni…
Betul tu… Peniaga memang kene kreatif mencipta produk
yang memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah pengguna atau masyarakat…
produk-produk yang orang akan sentiasa beli tak kira zaman
adalah produk pendidikan, kesihatan dan makanan.
WA
.-= ummu_abdullah´s last blog ..Perniagaan dan Anak-Anak =-.
1. kat rumah kita ada tv.
2. kat rumah mak ayah pun ada tv.
3. kat rumah pak saudara kita pun ada tv.
4. kat rumah jiran kita pun ada tv.
5. kat kedai makan pun ada tv.
tapi…….
1. ada banyak juga kedai yang jual tv.
2. ada sokmo model tv baru keluar.
tiada pula orang kata bisnes jual tv ni tepu…..
sebab tu Jepun keluarkan model tv baru sokmo..
mahu mesti mampu!
salam keceriaan dan kebahagaiaan.
Yup, terima kasih di atas pendapat anda semua.
@Fadzlihani – Demo gak kalu bui hujah ringkas tapi padat dan kemas slalu….yup bersetuju dengan demo. Hok penting produk perlu ada perubahan mace model TV tu gak….
tepu? rasanya tidak kot… sebab cara online lebih mudah cari pelanggan cuma bagaimana cari pembeli mungkin kenalah banyak daya usaha…wah topik ni memang menarik…terima kasih banyak2