BELASUNGKAWA BUAT BADRUZAMANI!
Assalamualaikum,

Saya mendapat berita bahawa saudara Badruzamani telah meninggalkan kita semalam melalui thread di forum WangCyber.
Terasa terkejut juga kerana beliau meninggalkan kita secara tiba-tiba walaupun beliau sering berulang-alik ke hospital. Seorang OKU yang bersemangat tinggi, sentiasa memberikan nasihat dan ilmu secara langsung atau tidak sama ada di blog atau di WC. Kali pertama dan terakhir berjumpa dan berbual ialah sewaktu Gathering WC tahun lepas. Seorang yang ceria dan peramah dan merupakan anak bekas mufti Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad yang juga telah meninggal dunia pada Mac 2008.
Seorang yang aktif dalam dunia Perniagaan Online dan juga merupakan salah seorang moderator di forum WC. Saya pernah menulis mengenai kisah kehidupan beliau di dalam post blog saya sebelum ini.
Kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan solihin dan muttaqin, Amin!
Al-Fatihah ……
Popularity: 4% [?]
No related posts.





.gif)








semoga roh allahyarham dan bapanya dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan solihin dan muttaqin, Amin!
p.s juga pertama kali jumpa di WCGathering dan itulah juga kali terakhir
Afzai Afandi’s last blog post..ClickBank dan eBay.Mana Lebih Mudah?
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan para solihin, dan diletakkan bersama2 dengan ahli2 syurga
Agak terkejut mendengar berita ini…apa pun saya doakan agar beliau ditempatkan di tempat yang tinggi…aminn….
Jom Linux’s last blog post..Kemaskini : Projek Kayangan
Innalillah…terkejut dapat berita ni..walaupun tak pernah bersemuka dengan abg zamani, tapi seringkali bercakap dengan telefon. Mudah-mudahan arwah dicucuri rahmat
Yup, saya pun begitu, kita doakan beliau ditempatkan bersama-sama orang soleh …. Amin!