Blog Perlu Laju?
Assalamualaikum,
Emph, bunyi tajuk cam rempit je….sebenarnya tajuk tu sebenarnya merujuk kepada algoritma Google yang baru iaitu menjadikan kelajuan sesuatu blog tersebut sebagai salah satu ukuran untuk menempatkan sesebuah blog di Search Engine mereka. Nampak gayanya saya perlu tukar theme blog kerana merasakan theme blog ini melambatkan proses loading page. Ini berdasarkan kepada keputusan Google WebMaster Tools yang telah saya lakukan semalam :

Mengikut apa yang tercatat di Google WebMaster Tools perfomance blog saya ialah begini “pages in your site take 19.0 seconds to load“ wah, itu dah kita slow sangat tu. Hari ini sekali lagi saya periksa dan hasilnya semakin bertambah slow >> “pages in your site take 22.3 seconds to load”.
Nampaknya salah satu cara untuk meringankan blog ni ialah dengan menukar theme sekarang ke theme yang biasa-biasa je….mungkin boleh cuba dan tengok bagaimana perfomance blog ini selepas menukar theme.
Sebenarnya proses loading blog atau website ini juga merupakan salah satu elemen terpenting kerana ia boleh menyebabkan pelawat ‘lari’ kerana malas nak tunggu. Mungkin anda juga dalam masa yang sama akan terlepas ‘sales’ – jadi fikir-fikirkanlah…………..
Banyak faktor penyumbang kepada slow atau lambatnya sesebuah blog tersebut antaranya terlalu banyak imej, server, theme dan sebagainya.
Saya mungkin akan cuba menukar theme blog ini kepada yang lebih simple untuk melihat kadar perubahan ‘loading’ nanti…
Popularity: 2% [?]
No related posts.











.gif)



Terima kasih atas perkongsian maklumat yang diberikan Abooain…rupa-rupanya itu keguanaan Google webmaster tools..pernah terbaca tapi sekadar baca yang depan2 ajela…hehehe..berdasarkan pada ujian tu dan themes yang saya pakai sekarang, purata loading dalam 6.8 saat, pakcik google cakap masih slow
.-= KomenEbook´s last blog ..Saya Kepenatan… =-.
Kena test juga kelajuan blog aktechpage.com ni…huhuhu…
.-= aktechpage.com´s last blog ..(Video) Achik Spin Meninggal Dunia Kemalangan Maut =-.