DUIT MANIA – Nilai Edisi Percuma Sebelum Membeli..
Asslamualaikum,
Nampaknya Duit Mania semakin hampir ke tarikh pelancarannya iaitu esok 29 April 2009. Saya mengharapkan agar Duit Mania ini mampu membantu Newbie yang ingin membina Perniagaan Online. Saya ada menerima satu testimoni dari seorang pembaca yang mahu dikenali sebagai Kamal tentang Edisi Percuma Duit Mania tersebut :
“Saya amat berpuas hati dgn ebook duit mania serta video percuma yg diberikan…segala penerangan dan penjelasan jelas sekali ,memang amat sesuai bagi org yg baru nk mula didalam bisnes online….saya pasti beli ebook duit mania itu kerana saya percaya dan yakin dapat ebook itu membimbing saya untuk menjadi seorang yg berjaya di dalam bisnes Online“
Beliau yang juga seorang guru pernah ke rumah saya untuk belajar tentang Perniagaan Online dan saya telah mengesyorkan agar beliau membaca produk-produk percuma terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran secara umum tentang Perniagaan Online. Beliau sekarang sudah mula ingin mengeluarkan modal untuk belajar secara lebih serius.
Ammar telah mengeluarkan edisi percuma untuk dinilaikan oleh anda, malah versi percuma ini disertakan juga dengan Video Tutorial bagi memperlengkapkan segala apa yang diajarkan dalam ebook tersebut. Proses ini mampu untuk membantu anda membuat penilaian sebelum melakukan sebarang pembelian pada hari pelancarannya esok.
Jika anda masih belum mendownlod versi percuma ini maka anda boleh berbuat demikian sekarang : http://epustaka.com/duitmania
Nasihat saya ialah beli jika anda merasakan ia perlu, jangan sekali-kali anda membelinya kerana nafsu atau sebarang dorongan sampingan yang bersifat tidak serius atau negatif. Pelaburan yang dikeluarkan untuk mendapatkan produk ini ialah satu pelaburan berbayar yang memerlukan kepada usaha dan praktikal bukan sekadar membeli untuk disimpan dalam hardisk atau diprint dan kemudian diletakkan di atas rak.
Jika anda tidak berjaya mempraktikkan segala apa yang diajar di dalam ebook ini bukan bermakna produk tersebut tidak bagus – kesilapan mungkin pada anda. Sebarang masalah yang berkaitan dengan produk boleh dirujuk pada saluran yang diberikan sama ada email, forum, chating, telefon dan sebagainya.
Jika anda membaca ebook yang menceritakan tentang domain dan hosting maka jika anda sekadar membaca sehingga habis tanpa ada sebarang tindakan seperti membeli domain dan hosting sendiri, buat kajian, lakukan trial & error atau bertanyakan kepada mereka yang lebih ‘expert‘ maka ebook tersebut tidak memberikan sebarang manfaat.
Mentaliti anda juga perlu diperbetulkan, jangan terlalu meletakkan target yang terlalu tinggi atau inginkan kekayaan yang cepat kerana persepsi yang sedemikian akan membuatkan anda cepat putus asa apabila target tidak mampu dicapai. Akhirnya, ebook atau produk tersebut dipersalahkan.
Saya masih lagi meneliti Manuscript Duit Mania dari Ammar dan secara umumnya saya merasakan ebook tersebut mampu untuk membantu Newbie dan yang paling menariknya ialah dari sudut ulasan bagi setiap topik yang diketengahkan. Ammar merupakan Usahawan Muda yang suka buat kajian dan hasilnya ialah sebagaimana beliau sekarang ini.
Insya-Allah, saya akan review serba sedikit tentang produk Duit Mania ini besok. Duit Mania ialah produk Fizikal iaitu dikeluarkan dalam bentuk Buku dan CD dan diposkan ke rumah anda. Ini akan memudahkan anda untuk membacanya pada bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja tanpa memerlukan anda Online.
Popularity: 2% [?]
No related posts.












.gif)



Teknik yang guna video untuk pre launch nei memang membuatkan ramai orang teruja nak tahu pasal produk nie….
hazman aka species1980’s last blog post..Penjelasan in PLAIN ENGLISH