Polisi Terbaru E*TRADE bagi orang Asia…!!!
Assalamualaikum / Salamsejahtera
Menurut email dari Matt Ng E*Trade telah mengeluarkan polisi terkini bagi permohonan akaun baru mereka iaitu mereka tidak lagi membenarkan permohonan dari Asia untuk membuka akaun US. Semua permohonana baru dari Asia akan beralamatkan cawangan mereka di Hong Kong. Ini bermakna cawangan E*Trade di Hong Kong akan menguruskan semua akaun baru dari Asia dan tidak lagi di US seperti sebelum ini.
Matt Ng berpendapat mungkin sebab utama mereka memindahakan operasi bagi Akaun dari Asia kerana E*Trade mendapati ramai yang membuka akaun mereka kerana semata-mata untuk Paypal bukan untuk urusan pelaburan atau stock. kerana mungkin merugikan mereka. Selepas ini, bagi mereka yang ingin membuka akaun E*Trade akan memiliki akaun yang beralamatkan di Hong Kong bukan lagi di US.
Seperti yang kita telah maklumi bahawa polisi untuk mengeluarkan wang dari Paypal bagi pemegang akaun Paypal dari Malaysia ialah hendaklah memiliki akaun bank di US terlebih dahulu. Maka dengan keluarnya polisi terbaru dari E*Trade ini maka sudah tentu tidak berguna lagi untuk kita membuka akaun di E*Trade (bagi yang berhasrat untuk membukanya), kerana pemohon-pemohon baru bagi akaun E*Trade akan beralamatkan di Hong Kong bukan lagi di US.
Kesimpulannya menurut Matt Ng, bagi yang berhasrat untuk membuka akaun E*Trade, dia mengsyorkan agar membatalkan hasrat tersebut kerana akaun bank yang diperlukan untuk mengeluarkan wang dari Paypal ialah akaun bank di US bukan yang beralamat di Hong Kong.
Polisi terbaru E*Trade ini hanya untuk permohonan baru bukan bagi pemegang akaun yang sedia ada (Fuhh, ..nasib baik!) Bagi pemegang akaun E*Trade yang lama, tiada berlaku sebarang perubahan dan alamat mereka tetap di Bank US New York, polisi ini hanya untuk permohonan baru sahaja. Namun bagi pemegang akaun E*Trade yang lama hendaklah memastikan agar akaun mereka sentiasa mempunyai wang, ini bagi memastikan agar akaun mereka tidak dipindahkan ke cawangan mereka di Hong Kong atau akaun kita di tutup oleh pihak E*Trade.
Berita yang mendukacitakan bagi mereka yang ingin membuka akaun E*Trade, semoga Matt Ng akan mencari alternatif lain bagi pemilik Paypal dari Malaysia untuk membuka akaun di US. Beliau juga kemungkinan besar akan menghentikan pengeluarkan ebooknya “How To Withdraw Money From PayPal in Malaysia?” kerana baginya sudah tidak relevan lagi sekarang ini dengan polisi akaun baru dari E*Trade tersebut.
Semoga maklumat ini berguna untuk anda….
Popularity: 1% [?]
No related posts.











.gif)



Wahh.. saya baru berhasrat nak buka akaun bank ini.. Kenalah cari alternatif nampaknya..