Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,898 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Umum

HARD DISK ROSAK!!!

Submitted by on 13/09/2007 – 1:03 pm24 Comments | 9,004 views

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari pertama Umat Islam berpuasa, cuaca di sini (Kota Bharu pun agak panas juga. Namun saya mengharapkan agar kita semua berupaya untuk menghadapi Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya.

Tulisan saya kali ini hanya sekadar untuk memaklumkan kepada sahabat-sahabat Alhusna bahawa kemungkinan urusan saya sehari dua ini agak lambat sedikit, ini disebabkan oleh hard disk saya yang telah terbakar 2 hari yang lalu dan menyebabkan semua benda yang terkandung di dalamnya turut terkubur. Aduh, sakitnya kepala ni tuhan sahaja yang tahu, nampaknya ini merupakan dugaan pertama saya hadapi di awal Ramadhan tahun ini. Saya menggunakan hardisk MAXTOR 80Gb yang mana boleh dikatakan hard disk tersebut hampir penuh iaitu sekitar 90% yang mengandungi pelbagai barangan, file-file penting, produk ebiz, gambar, hasil kerja Alhusna, hasil penulisan, buku-buku, artikel, kitab dan sebagainya selama setahun lebih, semuanya itu hancus bersama-sama hardisk tersebut yang terbakar disebabkan ’shock’. Jadi jika sekiranya saya terlambat untuk menghantar link atau sebagainya, saya memohon ribuan kemaafan kerana semua urusan mungkin agak lambat sedikit seperti pengesahan pembayaran secara Online kerana semua password atau id, favourite bookmark dan sebagainya dah hilang tanpa sempat saya buat backup. (Mula garu kepala yang tak gatal ni …. )

Saya terpaksa saya meminta jasa baik para IM untuk membenarkan saya mendownload semula produk-produk atau ebook mereka yang telah expired link downloadnya dan sehingga sekarang ini saya masih mendapat layanan dan kerjasama yang baik sama ada dari IM Malaysia atau pun Mat Saleh.

Jadi pesan saya sentiasalah buat back up benda-benda yang ada dalam hard disk tu sebelum terlambat ….!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook comments:

24 Comments »

  • mdpai says:

    selamat menyambut bulan ramadhan…

    isk mmg sakit kepala kalau hard disk rosak, saya ada satu hard disk external 250 GB, rosak sbb jatuh…nasib baik dalam tu takde benda2 yg penting..

    Mmg byk orang kata, backup, backup, tp kalau dah data ada beratus GB, nak backup mcm mana.. ye tak.. hehe

    bereh2..

  • admin says:

    Kekeke, Mdpai sihat ke? Lama tak dengar kabar? Selamat Berpuasa diperantauan ya….

    Memang pun, saya yang 80Gb ni pun tak ter’backup’, kalau backup dalam CD, cuba kira dah berapa puluh keping tu …. sekarang hard disk kosong, tergaru-garu le kepala yang tak gatal ni. :)

  • Afzai Afandi says:

    Apa nak buat dah tersurat. Sabo aje lah. Aku punya data pun tak backup. banyak sesangat :)

  • Azahari says:

    Susah nak jangka hdd ni bila dia nak rosak..kekadang tu 3 tahun pun tak rosak-rosak jugak…ade setengah tu pulak, beli tak sampai sebulan dah rosak…

    hari tu saya pun ada mintak balik download link sebab dah beli produk tapi tak dapat nak guna..tapi saya pulak thumbdrive rosak..semua data penting dalam tu.. saya korek balik email bukti pembayaran dan hantar balik untuk dapatkan semula download link.Nasib baik takde masalah..kalau tidak,rugi je saya beli :)

  • admin says:

    Memang pun, saya guna hard disk ni setahun lebih dan 90% hampir penuh dah dengan pelbagai file, dokumen dan produk ebiz sejak saya mula berjinak dengan ebiz lagi. Tu yang sayang tu, ada banyak gak barang orang kat dalam tu.

    Saya sekarang dok tengah belek email yang beribu-ribu tu untuk mencari balik produk2 yang dibeli. Alhamdulillah setakat ini mendapat respon yang baik dari IM-IM kita dan juga dari luar negara. Malang tak berbau kan? Sabar je la…! :)

  • zoo says:

    Sabar je lah…
    mungkin ada hikmah disebaliknya…

  • Hamid says:

    ye ada hikma..
    juga buat pengajaran kepada kita semua..

  • Fahmi says:

    Hard disk selalunya ada Jaminan 3 tahun dan ke atas. Kalau hard disk tu terbakar cuma tukar papan dia je dan data tu boleh dibaca semula.

    nota : Selamat Berpuasa untuk Abooain sekeluarga ye!

  • admin says:

    Zoo & Hamid, terima kasih

    Fahmi, berita baik ni, nanti kawe YM demo nak tanya mengenai hal ini. Terima Kasih bos! Selamat Berpuasa!

  • Maizul says:

    Betul jugak tu kalau dah banyak sangant susah jugak nak buat backup.

  • Fahmi says:

    ada terima. macam nie..tengok model hard disk tu. pastu cari hard disk yg dah tak guna yang sama hard disk abooain.

    Bukak litar hd abooain (litar selalunya dibawah hd, warna hijau) dengan menggunakan skru bintang 6. skru biasa driver biasa tak leh guna.

    pastu gantikan dengan litar yang lagi satu. itu je.

    p/s : saya ada beberapa hd yang rosak cakera. tapi litarnya masih elok. mungkin dapat tolong.

  • admin says:

    Oo, tukar papan ic dia le. memang terlintas gak nak tukar tapi takut tak menjadi. Maknanya kita boleh tukar le papan ic dia ye….emph, kena cari hardisk yang sama jenis dengan MAXTOR nampaknya.

    Kalau umah Bos dekat saya dah pergi ambik dah….. :) tapi jauh tu …. Oh, hard disk saya tu hard disk SATA, itu yang payah sikit nak cari dia punya sparepart tu.

  • Fahmi says:

    emmm…Kalau SATA takdelah plak. Ada yang jenis PATA je. SATA memang susah nak cari spare part dia. HD tu dah habis waranti ke?

  • admin says:

    Tu la, memang sukar sikit nak cari dia punya papan tu. Kebanyakan kedai kat sini pun ‘surrender’. Waranti dah habis dah …….. tp tak pe simpan dulu kot-kot ada spare part lepas ini :)

  • kita says:

    eshhh..kesiannya kat u..apa-apa pun harap bersabar maybe ini dugaan bulan puasa bagi u…so saya harap rakan -rakan sekalian jadikan ia sebagai satu contoh selalu buat backup untuk data penting..sebagia contoh simpan dalam cd

  • admin says:

    Terima Kasih, Kita …. bagi rakan-rakan kita semoga sentiasa backup kita punya hard disk, terutama bagi mereka yang mempunyai banyak sangat file penting di dalam tu …. sebab malang tak berbau!

    Nampaknya jalan terbaik untuk mengelak hal ini berlaku ialah dengan memiliki dua hard disk sebagaimana yang disyorkan oleh saudara Sukeri Mohamed di dalam emainya kepada saya. Terima Kasih Sukeri!!! :)

  • novy yenuar says:

    ini kejadian yang gw alamin sendiri berkaitan dengan hdd sata yang kebakar boardnya sekarang gw jadi ati2 klo mo installasi hdd tsb.

    gw kerja di perusahaan perakitan dan service computer
    pernah gw ngalamin sata hdd baru mo pasang eh keluar asap and bau kebakar git cepet langsung gw cabut guenggak berani untuk coba lagi trus gw bermaksud mengembalikan hdd tsb eh besoknya di tempat gw beli dicoba bisa dan terus nggak jadi dituker, jadi klo kalian hdd satanya kebakar jangan buru2 dibuang coba diemin dulu seharian cobalagi dengan cable yang baru
    jangan coba hari itu juga

    pengalaman gw yang kedua komputer bos gue bad sec datanya gw pindahin ke hdd sata gw 160 gb seagate
    eh pas gw mo balikin datanya hdd gw kebakar langsung gw cabut trus gw coba beberapa kali eh tambah parah sampe bau sangit trus cable powernya meleleh, gw coba ajuin kebos gw untuk recovery eh katanya kena biaya 1750.000
    wah tmbah pusing gw , gw coba aja dirumah gw masukun ke fresherr (kulkas) seharian sampe beku trus 2 hari kemudian gw coba di ktr gw eh hidup lagi ,alhamdullilah
    semuanya masih normal bahkan gw ngetik artikel ini wdi hdd gw yang kebakar kemaren heheheheheheheh selamat mencoba deh……. salam semua sabar dan tetap terus mencoba…..

  • admin says:

    Satu tips yang menarik dari novy yenuar ni, ribuan terima kasih.

    Saya pun belum buang lagi Hardisk tersebut, jadi boleh mencuba tip di atas.

  • saaaaa says:

    saya pun rasa begitu……apa perlu saya lakukan

  • Lee says:

    ade gak pengalaman, cuma ade bbrp rkn sy yg pakar kate, bleh je restore hard disk yg rosak, cuma kene pakai duit sket la..agak mahal sbb makan riban-riban gak..cuma mmg terjamin la..sume bende yg dlm hard disk tu i.allah akan dpt direstore..tmptnya di plaza low yatt kl..mmg berbaloi tp makan ribuan ringgit..

  • admin says:

    Yup, memang nak restore balik hardisk tu menelan RM yang bukan sedikit , rasa-rasanya tak berbalo lak…. lainlah kalaU Hardisk tu mengandungi kandungan yang bernilai ribuan RM.

  • wana says:

    assalamualaikum..
    wana ada hdd yang da terbkr board nya, dan bla di psg berbunyi bip seperti bnyi telefon.. jadi wana takut mau guna,so wana terbaca psl bnda ni..wana tak phm bhsa korg semua la, jadi wana hrp dpt la translet kan bhsa c novy tu.. plez2.. pnting sgt

  • admin says:

    Wa’alaikumussalam,

    Wana, hardisk rosak ni kira macam burn dah tak boleh buat apa ….. kalau boleh selamat tu kira 1 dalam 1000 la tu tetapi boleh cuba. Sama ada anda tukar papan litar dengan hardisk yang elok sama jenis kalau Maxtor tukar dengan Maxtor, jenis SATA dengan SATA dan kalau boleh sama besar kapasiti.

    Satu lagi tip dari Novy ialah masukkan hardisk yang terbakar tersebut di dalam peti sejuk (1 hari) kemudian beliau apabila beliau pasang hardisk tersebut dah elok.

    Sama tak pernah mencuba pulak semua benda di atas tu ….. :)

  • Iskandar says:

    Tau mana nak repair hard disk yang rosak tak?

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge