Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Umum

Hari Raya : Pastikan Rumah Selamat…

Submitted by on 16/09/2009 – 6:44 amOne Comment

Assalamualaikum,

1217979_v-houseSaya percaya sekarang ni mungkin dah ramai yang mula meninggalkan rumah masing-masing untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Peluang yang mungkin sukar untuk dilepaskan ini untuk bertemu dengan sanak saudara di musim perayaan setelah sekian lama berjauhan.

Namun kita harus berhati-hati agar sambutan hari raya yang penuh kegembiraan itu tidak berakhir dengan kesedihan. Perlu berhati-hati sebelum meninggalkan rumah kerana rumah kosong tersebut sudah tentu mampu menarik perhatian pencuri atau perompak kerana mereka juga ingin ‘raya sakan‘! Hari raya merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk bergembira dan beraya di rumah-rumah kosong pada musim perayaan ini.

Di musim-musim perayaan begini, peningkatan mendadak kemalangan jalan raya dan kecurian atau pecah rumah akan berlaku terutama sekali rumah-rumah di kota yang kosong. Anda disarankan agar memeriksa rumah terlebih dahulu sebelum menginggalkannya dan maklumkan kepada balai polis yang berhampiran. Sila pastikan rumah benar-benar berkunci dan setiap ruang masuk ke rumah ditutup. Maklumkan kepada jiran tetangga anda tentang ketiadaan anda itu bagi memastikan ada yang boleh memerhatikan rumah anda sepanjang anda di kampung.

Ingat, para perompak dan pencuri sudah tentu telah melakukan ‘survey’ terlebih dahulu terhadap  rumah-rumah yang bakal kosong. Apatah lagi di dunia yang serba moden ini maka sudah tentu kelengkapan dan persiapan mereka juga canggih! Jadi berhati-hati!

Sila pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut sebelum meninggalkan rumah :

  1. Pastikan setiap pintu rumah atau tingkap anda ditutup dan berkunci – Gunakan kunci yang lasak bukan yang berharga RM2 atau RM4 – sekali perompak ‘karate’ berkecai kunci tu :D .
  2. Sila pastikan barang berharga atau perhiasan di simpan di tempat yang selamat
  3. Tinggalkan pesanan kepada jiran sebelum meninggalkan rumah – maklumkan ketiadaan anda itu kepada jiran tetangga dan beritahu mereka tempoh percutian anda serta tempat percutian. Tinggalkan butiran penting seperti nombor telefon kepada jiran anda agar mudah untuk dihubungi nanti.
  4. Cuba elak dari memberitahu orang yang tidak berkenaan atau kepada mereka yang tidak dikenali tentang percutian anda itu.
  5. Sila pastikan agar rumah anda tidak kelihatan seperti tidak ada orang – minta jiran anda mengutip surat di dalam peti surat atau mengambil akhbar.
  6. Jangan biarkan luar rumah anda kelihatan kosong – tinggalkan selipar atau kasut-kasut yang biasa digunakan agar kelihatan seperti berpenghuni
  7. Sila pastikan perkakasan elektrik ditutup dan dicabut dari palam
  8. Tanggalkan atau tutup saluran gas di dapur
  9. Sila pastikan luar rumah anda dalam keadaan bersih dari sampah sarap agar kelihatan seperti berpenghuni
  10. Jangan lupa sentiasa berdoa untuk keselamatan anda, keluarga dan harta benda anda!!!

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita semua!

Selamat berhari Raya dan jangan lupa membayara ZAKAT ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge