Kejayaan Team Flarebiz & NiagaKit!
Assalamualaikum,
Saya baru saja selesai membaca kisah kejayaan Team Flarebiz dengan NiagaKit mereka dalam akhbar Kosmo yang bertarikh 9 Jun. Saya tidak sempat nak membaca kisah mereka di dalam akhbar Kosmo semalam walaupun saya sempat membelek-belek halaman yang terdapat kisah mereka itu. Bagi anda yang tidak sempat membeli KOSMO anda bolehlah ke Kosmo! Online
Kisah mereka ini menjadi contoh teladan buat kita semua tanpa mengira siapa kita kerana mereka menuju ke puncak kejayaan dalam usia yang masih muda. Kejayaan mereka ini wajar dicontohi oleh kita semua terutama mereka yang masih baru dan berjinak-jinak dengan dunia Perniagaan Online. Jika kita berusaha, Insya-Allah kita akan berjaya.
Kalau tidak silap Labanon pernah memberitahu saya bahawa sebelum mereka menempa kejayaan dengan NiagaKit ini, mereka telah merasai pahit maung ketika NiagaKit keluaran pertama dilancarkan. Pelbagai kelemahan dan kritikan yang diterima oleh mereka dan semua itu mereka jadikan iktibar dan pengajaran bagi memperbaiki dan mempertingkatkan mutu NiagaKit tersebut dan akhirnya lahirnya NiagaKit seperti yang anda dapat lihat di sini www.abooain.com/kedaionline
Popularity: 17% [?]
No related posts.






.gif)








dengki ooooo dengan bebudak kecik ni

Afzai Afandi´s last blog ..Berurusniaga di ezTrade
Hehehe, kecik-kecik ‘Lado Burung’
Contoh anak muda yang kental semangatnya…
Sekalung Tahniah utk FlareBiz
mereka adalah role model dalam perniagaan internet di malaysia pada masa ini..
tahniah untuk team flarebiz.com