Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,902 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Umum

Maybank Net Current Account-i

Submitted by on 21/06/2009 – 10:50 pm21 Comments | 5,805 views

Assalamualaikum,

smalllogoislamic

Beberapa hari yang lalu saya ada bercakap dengan beberapa orang rakan tentang akaun Maybank Current atau Semasa yang mungkin agak sukar untuk dipohon kerana beberapa prosedur. Apa penting akaun semasa ni? Tak boleh ke hanya buka akaun Saving / Simpanan saja untuk perniagaan? Kalau ikutkan prosedur sememangnya akaun Saving tak boleh digunakan untuk urusan perniagaan kalau tak percaya cuba pergi tanya kaunter Maybank, pasti diaorang minta buka Current punya…..tapi tu la, nak buka banyak pula prosedur dan yang paling memboringkan ialah bab untuk mencari ‘introducer’ yang telah mempunyai Current Acount di Maybank (sebab itu untuk akaun Current syarikat saya dibuka di Bank yang tidak mempunyai prosedur yang ketat). Mungkin kerana prosedur inilahyang menyebabkan ramai orang malas nak buka akaun Semasa di Maybank.

Penggunaan akaun Saving / Simpanan untuk tujuan perniagaan memungkinkan akaun seseorang itu dibekukan oleh pihak Bank (jika transaksi mencurigakan – maklumlah akaun simpanan tetapi kemasukan kelihatan cam berniaga je).

Alternatifnya sebenar telah disediakan cuma mungkin ramai yang tidak tahu. Maybank Islamic Account ada menyediakan beberapa akaun Current / Semasa yang mungkin boleh dipohon dengan mudah dan tanpa memerlukan prosedur yang ketat. Di antara akaun tersebut ialah seperti Net Current Account-i, akaun ini boleh dipohon secara online sahaja! Isi borang dan print sebagai bukti dan bawa ke kaunter dengan beberapa maklumat yang dikehendaki. Net Current Account-i menggunakan prinsip Mudhorobah (diperniagakan dan keuntungan dibahagi). Di antara kelebihan akaun Net Current Account-i ini ialah seperti :

  1. Akaun prinsip Mudhorobah
  2. Tidak memerlukan kepada ‘Introducer’
  3. Deposit hanya RM500
  4. Buku cek diberikan
  5. dan banyak lagi

Sila pastikan anda berumur 18 tahun ya….untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk website utama Maybank di http://www.maybank2u.com.my

Jika anda ingin membuka akaun Semasa maka ini merupakan salah satu caranya dan jika tak mau atau merasakan ia tidak penting atau tidak perlu maka memadai anda membuka akaun Saving / Simpanan saja. Saya hanya sekadar ingin berkongsi maklumat ini sebab mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan akaun jenis ini di Internet.

crd0303_logo_lgAnda boleh memohonnya secara online kemudian cetak borang anda yang mengandungi maklumat permohonan tersebut dan bawa ke kaunter Maybank yang berdekatan dengan tempat anda bersama Kad Pengenalan. Proses biasanya tidak sampai satu jam pun cuma Buku Cek perlu diambil dalam masa satu atau dua hari dan anda juga akan diberikan Kad Debit /ATM ‘Buah Ceri’ cam biasa.

Jika anda di bawah umur 18 tahun saya syorkan Yippie -i Savings Account la…..hoho! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tags: , , , , , , , ,

Facebook comments:

21 Comments »

  • abgzol says:

    Terima kasih bro kerana informasi ini sangat berguna untuk aku & rakan IM yang lain supaya tak timbul masalah lagi akaun dibekukan..

    abgzol’s last blog post..7 Program Pay Per Lead Terbaik 2009!

  • admin says:

    Sama-sama abgzol, semoga ia memudahkan kerja abgzol nanti…. :D

  • titan says:

    ehm..aku pun tak berapa tahu. :)

    titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan ExitJunction

  • admin says:

    Yup, ramai yang tak tahu tentang kewujudan akaun jenis ini, boleh rujuk di laman Maybank2u di bahagian Islamic, kat situ ada banyak jenis yang boleh dipohon mengikut kesesuaian kita.

  • aizat kamal says:

    owh…
    baru saya tahu…
    igtkan boleh bukak akaun mcm biasa ja…
    thank you Abooain… :)

  • 1 ilmu perbankan drpd abooain.com
    Baru ku tau jenis akaun bank ini…
    Makasihhh for sharing this info :)

  • admin says:

    Sama-sama, saya pun dah lama nak sebutkan hal ini tetapi asyik tertangguh je…semoga ia membantu anda semua

  • rendangtok says:

    salam, saya nak tanya pasal maybank net current account-i ni.
    saya dah tengok dia punya details kat maybank tu. tapi saya tak berapa faham tentang (notification on profit sharing ratio). alang2 bro dah regis boleh bro explain sikit tak. saya nak buka akaun syarikat, akaun ni boleh buka atas nama syarikat milikan tunggal tak?

  • admin says:

    Wa’alaikumussalam,

    Akaun tersebut hanya untuk individu sahaja, tidak boleh dibuka atas nama syarikat.

    Akaun Net Curent Account-i adalah berasaskan prinsip mudhorobah ialah perkongsian keuntungan – kerana duit simpanan anda di dalam akaun tersebut akan diperniagakan dan keuntungannya dibahagikan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Itu yang dimaksudkan dengan Profit Sharing.

    Semoga jawapan saya membantu anda rendangtok, terima kasih.

  • rendangtok says:

    ooo…

    ok berita faham.
    Saya nak tuan Abooain kalo sudi bantu, kalo utk buka akaun bank syarikat enterprise, bank mana yg mudah,deposit rendah dan tak perlu introducer? kalo kita deposit duit tu kita boleh kuarkan ke pastu?

  • tarmizi says:

    Sebenarnya tak pernah dalam sejarah pun ada saving akaun kena tutup oleh pihak bank sebab ‘kononnya’ transaksi nya sangat aktif. Cuma kalau nak bukak akaun untuk tujuan perniagaan, elok nya ialah akaun semasa, kerana akaun ini ada buku cek. Kan senang ada buku cek untuk urusan perniagaan. Individu juga boleh bukak akaun semasa untuk tujuan bayaran dan sebagainya.

    Semua akaun semasa dengan mana2 bank pun kena ada introducer, supaya orang tak main2 bukak akaun, lepas tu senang2 bagi cek, lepas tu cek tendang. Nama baik bank berkenaan juga boleh tercemar kalau selalu cek bank nya kena tendang (returned cheque). Introducer mesti kena ada rekod akaun semasa yang baik dengan bank berkenaan. Tambahan pula initial deposit adalan tinggi, ada yang RM1K dan lebih.

    Di samping itu, sekarang ini Bank Negara telah mengarahkan semua bank supaya membenarkan pelanggan membuka akaun semasa yang dinamakan ‘basic current account’ yang mana initial deposit nya RM500 dan tanpa introducer. Pergi saja ke mana2 bank dan tanya pasal kemudahan ini. Terpulang kepada bank itu sendiri nak namakan akaun ini dengan nama apa. Yang Maybank berkenaan perkongsian untung tu samalah dengan interest atau bunga dalam sistem konvensional.

    tarmizi’s last blog post..Bernard Madoff gets maximum 150 years in prison

  • admin says:

    Tarmizi, sebenarnya ada beberapa IM yang telah dibekukan akaun mereka kerana akaun terlalu aktif….(bukan ditutup ya)….saya sendiri pun menggunakan akaun saving je sebelum ini dan tidak ada sebarang masalah (kerana kemasukkan tidaklah over setiap hari)….penerangan untuk akaun Net-i ini sebagai salah satu dari alternatifnya saja.

    Rendangtok, sewaktu saya membuka akaun semasa Bank Islam dulu untuk syarikat saya (rasa dah 5 tahun dah kot) ia tidak memerlukan kepada Introducer, sekarang ni saya kurang pasti tu….saudara boleh ajukan pertanyaan di kaunter bank-bank utama ya.

    Deposit yang dimasukkan memang boleh diambil semula.

  • Salam..

    Thanks for the great info!

  • aren says:

    salam,bro..
    boleh ngak tolong ajarkan cara nak isi borang tersebut.saya ngak paham.tolong ajarin ya..terima kasih..

  • ezurin says:

    Thanks for the info..Amat berguna..=)
    .-= ezurin´s last blog ..Daftar =-.

  • ezurin says:

    ade interview tak untuk akaun ni?

  • ab rani says:

    untuk guna cek dia caj ke setiap kali guna??kalau caj berapa kena ek??sebagai contoh kita bayar guna cek rm 1000..

  • iezqandar says:

    Salam, saya nak tanye, klu pkai akaun jenis ni, nama pada akaun tu nama owner atau nama syarikat?

  • admin says:

    Wa’alaikumussalam, akaun jenis ini hanya boleh menggunakan nama sendiri sahaja jika ingin daftar syarikat perlu guna current yang biasa tu bukan i-Net Current ini.

  • jengkol says:

    assalamualaikum..thanks for yur informasi..saya tengah mencari cari informasi tentang current account ni..
    will c u next

  • dna says:

    Kalau maybank,Boleh ke kita buka akaun semasa dengan saving acc sekali ye?tq

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge