Mentaliti Usahawan Internet?
Assalamualaikum,
Hari ini saya sekadar ingin menyebut tentang teguran John Delavera terhadap segelintir individu yang ingin berjaya sebagai Usahawan Internet tetapi mentalitinya tidak menggambarkan sedemikian. Ulasan ringkas saya sekadar merenungi senario tersebut yang juga berlaku di kalangan kita di Malaysia. Sebelum itu bagi sesiapa yang tidak mengenali John Delavera, boleh tanya Pakcik Google ye…..
John Delavera telah menegur segelintir Internet Marketer yang ingin mengambil jalan mudah tanpa mahu berusaha sedikit pun. Teguran ini dilakukan 2 minggu lepas ketika proses pemberian percuma DELAVO kali pertama dilakukan. Terdapat segelintir pelanggan yang engkritik kaedah pemberian DELAVO dilakukan, yang memerlukan banyak proses sebelum anda boleh mendownloadnya (orang nak beri percuma pun dah kira baik, ni banyak lak songeh…!). Pada pendapat saya, proses mendapatkan DELAVO tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu dilakukan apatah lagi jika ia melibatkan satu sistem yang canggih dari seorang Internet Marketer yang terkenal seperti John Delavera.
Rupa-rupanya mentaliti ‘negatif’ seperti ini berbentuk ‘universal’ – sindrom mudah mengalah, cepat melatah, malas berusaha dan seumpamanya masih menebal di kalangan penggiat perniagaan internet terutama di kalangan Newbie. Semua proses atau prosedur untuk mendapatkan sesuatu produk merupakan satu latihan secara tidak langsung untuk kita dan tidak semua boleh dimiliki secara kebetulan je! Jika anda ingin berjaya maka anggap proses dan prosedur tersebut sebagai satu latihan bagi menjadikan kita sebagai seorang Usahawan Internet yang cekal dan tabah. Ini tidak, baru isi borang 2,3 kali dah meradang atau merenggek-renggek, habis camner nak berjaya?
Di dalam mencipta satu karekter sebagai seorang Usahawan Internet yang berjaya maka anda perlu memiliki minda seorang Usahawan yang berjaya dan caranya ialah meniru gaya dan karekter seseorang yang telah berjaya!
Apa yang kita mahukan ialah berjaya menjana pendapatan online sekaligus menjadi seorang Usahawan Internet yang berjaya….senario ‘kaya cepat’ atau mencapai kejayaan sekelip mata merupakan satu perkara yang sukar untuk dicapai malah bagi John Delavera ia merupakan satu perkara yang sukar dipercayai-betul, betul,betul!. Begitu juga sesuatu kejayaan itu tidak boleh diwarisi dengan begitu sahaja kepada sesiapa sahaja- mustahil!
John D juga menegur sikap segelintir DELAVO member yang kalut menggunakan Turbo Red Button (butang kecemasan bagi kes-kes tertentu) hanya semata-mata untuk mengadu tentang masalah kod akses member yang tidak boleh digunakan! John telah menyediakan beberapa ruangan bantuan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada pelanggan mereka seperti Live Support, Helpdesk, Forum, Skype dan telepon tetapi disebabkan sikap segelintir pelanggan yang terburu-buru dan membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir panjang maka ia telah menyusahkan banyak pihak.
Saya menyebut tentang perkara ini kerana ia bukan sahaja berlaku terhadap John sahaja malah saya percaya ia juga berlaku pada usahawan Internet yang lain termasuk saya….
Kesimpulannya : Hendak berjaya bukan senang- kalau kejayaan itu satu perkara yang MUDAH maka sudah tentu semua orang telah bergelar JUTAWAN!
Bagaimana Anda Hendak Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya Dan Mengurus Ribuan Pelanggan Sedangkan Anda GAGAL Menguruskan Seorang Sahaja- iaitu DIRI ANDA!
P.S – Maklumat terkini yang saya terima dari John ialah beliau telah menutup Forum Support DELAVO kerana terdapat segelintir ahli yang mempunyai mentaliti yang tidak jujur dan amanah! Mereka telah memberikan link download rahsia mereka kepada ahli forum dan juga memberikan id dan password mereka…..ini merupakan salah satu sikap yang negatif! Nak berjaya? Buangkan sikap tersebut!
P.P.S – Saya baru saja bercakap dengan seorang rakan Newbie yang baru menceburkan diri dalam dunia Perniagaan Internet sekitar 5,6 bulan tetapi baru saja menerima wang online pertama beliau 2 minggu yang lalu- beliau memang gembira dengan hasil yang diperolehi tersebut selepas mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh. Satu sikap yang suka pada beliau ialah mentalitinya seperti seorang yang telah lama berjaya! Tahniah!
“Anda mungkin telah berjumpa ramai orang berjaya yang pernah gagal, tetapi anda mungkin tidak pernah berjumpa dengan orang yang tidak pernah gagal berjaya”
Popularity: 3% [?]
No related posts.












.gif)



tq abooain, satu pandangan yang jujur dan membina, memang banyak berlaku di kalangan Im tempatan kita pun, sekurang2 nya, kehadiran artikel ni membuka mata semua pihak. tahniah
pendekargrafix’s last blog post..Mati sedang mengejarku
Saya sokong sangat penyataan yang last sekali orang yang BERJAYA pasti pernah menempuh kegagalan….
hazman aka species1980’s last blog post..MASALAH di tempat kerja
Sayang pulak dah disalahgunakan. Delavo tu memang bagus, dah try dah, cuma kena SABAR SIKIT nak faham. Kena faham flow dia macam mane.
Betul tu Abooain, nak jadi jutawan (terutama jutawan internet) macam mane kalo ASAS TAK DIBINA DENGAN KUKUH? Kalo asas dah tak kukuh, tak usah berangan nak pergi jauhla..
Kesilapan pengguna: tidak sabar untuk berjaya dan selalu nak selesaikan sesuatu masalah dengan cara yang paling cepat (tak ikut rules)
kesilapan usahawan internet: masih sanggup menjual produk yang berdasarkan teori kekayaan mudah semata-mata, termasukla ayat2 hype yang kadang2 langsung tak relevan. bila ditegur kot email melenting wooo..!
kesilapan bersama: nak mudah, nak cepat sampai lupa peraturan paling asas; kenapa beli?-kenapa jual?-kenapa guna?
Terima Kasih PendekarGrafix, hazman dan komenebook.
KomenEbook, saya bersetuju dengan anda untuk 3 point yang anda senaraikan tersebut.
Ramai jutawan memiliki sikap ini, iaitu sikap selalu BERSYUKUR dengan apa yang ada dan berusaha membaiki kekurangan yg dialami. Dengan bersyukur, kita kan lebih menghargai apa yg kita miliki dan memaksimakannya untuk meningkatkan diri ke tahap yg lebih tinggi.
Sikap tidak bersyukur ialah tidak menghargai apa yg diberi dan dimiliki malah sentiasa menyalahkan org lain jika berlaku kegagalan tanpa melihat kesilapan diri sendiri..hmm, saya fikir sebab tu lah tak ramai jutawan di Malaysia sekarang ni kerana sikap negatif ni masih lagi membelenggu org kita.(maaf jika pandangan saya ni agak ‘kontroversi’).
Betul tu Julius, saya setuju- ada sikap negatif yang masih lagi membelengu kita dan menghalang kita dari mengecap kejayaan. Masih ramai yang bersikap negatif (termasuk diri saya sendiri) di dalam kepala kita……semoga kita yang sedar akan kelemahan tersebut akan cepat-cepat memperbaikinya kerana setiap kesilapan mungkin akan membawa kepada kejayaan.
Aku setuju dgn luahan John Delavera & ulasan Abooain. Begitu juga 3 point yg KomenEbook katakan tu. Pengalman aku sendiri pon sblm ini..memang semuanya nak mudah. Malah nak dpt produk percuma pun paling tak suka kena isi borang..meskipun opt-in hanya isi nama & email. Tapi sekrg setelah sendiri terlibat dgn perniagaan internet..baru paham betapa pentingnya prosedur tersebut! Yup..perkara asasnya kalau nak suksess bukan shj dlm perniagaan internet, dlm apa jua bidang pun..adalah mentaliti kena betul & seiringan dgn target!
abgzol’s last blog post..REVIEW: Teknik Pemasaran Blog v1.0
Yup, mentaliti tersebut akan terus hidup jika tidak berusaha untuk membuangnya….namun jika sebut pasal sikap negatif ni kekadang ia bersarang tanpa kita sedari…..