Pendaftaran Perniagaan Online!
Assalamualaikum,
Sehari dua ini berita tentang pendaftaran Perniagaan Internet menjadi topik perbualan hangat. Ini berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Harian Metro Online yang bertarikh 20 Julai 2010 tentang 400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan akibat tidak mendaftarkan perniagaan mereka. Di sini saya sertakan petikan akhbar tersebut :
PULAU PINANG : Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama
Perkara ini sebenarnya telah lama diperbahaskan tetapi pada waktu itu tidak ada sebarang maklumat yang betul-betul boleh kita sandarkan. Saya sebelum ini pernah memberitahu sesiapa yang bertanya tentang pendaftaran perniagaan internet dengan SSM (termasuk dalam seminar) atau sebagainya tetapi jawapan saya pada waktu itu : “Tidak Perlu”. Saya memberikan jawapan tersebut berdasarkan apa yang telah saya tanya pada pihak SSM tentang perlu atau tidak mendaftarkan perniagaan yang hanya menjual dalam Internet sahaja. Jawapan kaunter SSM pada waktu itu ‘tidak perlu’ dan saya memberikan jawapan berdasarkan pada jawapan pihak SSM tersebut .
Namun saya sentiasa mengesyorkan agak perniagaan didaftarkan kerana ia lebih selamat dan boleh melakukan perniagaan secara online atau offline. Pada waktu itu saya secara peribadi merasakan jawapan tersebut mungkin jawapan peribadi kerani tu yang tidak tahu mengenai perniagaan internet (mungkin dia ingat berniaga sambil chating kot
).
Secara logik setiap perniagaan sama ada online atau offline perlu didaftarkan kerana ia akan memudahkan pihak berkuasa memantau setiap pergerakan sesebuah syarikat atau perniagaan.
Oleh itu setiap jawapan saya sebelum ini yang mengatakan ‘tidak perlu’ adalah terbatal secara automatik kerana saya bukanlah penasihat undang-undang atau orang yang arif tentang undang-undang.
Namun sekarang masa dan keadaan telah berubah apatah lagi pendaftaran perniagaan menerusi online ini dilihat sebagai perlu dan penting kerana bagi mengelak berlakunya sebarang penipuan atau ’scam’. Satu usaha yang baik dan kita perlu mengikut segala etika dan prosedur yang diperkenalkan ini demi kemaslahan kita juga. Lagipun pendaftaran syarikat hanya sekitar RM70 je dan tempoh menunggu pun hanya sekitar sejam (kekadang tak sampai sejam pun jika kita pergi awal pagi, ketika pejabat baru buka….hehe)
Bagi mereka yang telah memiliki syarikat yang berdaftar dengan SSM tetapi tidak memperbaharui lesen perniagaan melebihi setahun akan ditamatkan lesennya. secara automatik Anda perlu mendaftar baru untuk memiliki syarikat tersebut semula, itu pun jika nama syarikat kita itu tidak diambil orang. Anda mungkin boleh memiliki semula nama syarikat tersebut tetapi nombor pendaftaran asal tidak boleh digunakan lagi, anda akan diberikan nombor pendaftaran baru untuk syarikat anda tersebut.
Saya sendiri telah pun mendaftarkan perniagaan saya iaitu Alhusna Gallery sejak tahun 2004 lagi kerana saya lebih suka mengambil jalan yang paling selamat dan terbaik. Oleh itu saya menyeru rakan-rakan yang ingin serius atau tak serius sekali pun (mungkin akan serius pada masa depan) agar mendaftarkan perniagaan anda. Tambahan pula sekarang SSM telah memperkenalkan SSM e-Lodgement Services yang menyediakan pelbagai perkhidmatan secara online!
Semoga maklumat ini membantu anda semua!
Popularity: 54% [?]
Related posts:







.gif)








Belum ada perniagaan yang betul2 lagi..
lagipun takut gak nak daftar sebab kakitangan kerajaan.
Salam..nak tanya..kalau daftar perniagaan di internet perlu ke bagi alamat..sbb sometimes/kebanyakannya peniaga online ni menjalankan perniagaan di rumah/ kolej oleh students. n ade dgr yang kite boleh mendaftar secara online guna elodgement tu…betul ke?
gniesyazni´s last blog ..SimplyStyle Shop 1st Giveaway
Pendaftaran perniagaan ini adalah penting kerana memudahkan pihak berkuasa memantau setiap perniagaan dan jika terdapat sebarang salah laku atau penipuan ia akan memudahkan kerajaan untuk menyiasat.
Sebenarnya perdaftaran perniagaan tersebut meliputi online dan juga offline dan jika anda mendaftarkan perniagaan anda, itu adalah lebih baik dan selamat. Lagi pula jika anda memiliki perniagaan yang berdaftar ia akan kelihatan lebih profesional.
Alamat boleh je mana-mana pun asalkan alamat tu betul, saya sendiri tidak memiliki premis atau kedai tetapi mendaftarkan syarikat saya menggunakan alamat rumah je – tak ada masalah.
Anda boleh mendaftar perniagaan anda secara online – tetapi saya tak pernah mencuba lagi…
ok admin
thanks so much
gniesyazni´s last blog ..SimplyStyle Shop 1st Giveaway
zool, kakitangan kerajaan takder masalah untuk mendaftar perniagaan..setakat enterprise tak menimbulkan apa2 kesalahan. cuma bermasalah kalau untuk mendaftar lesen kewangan aje
Anda boleh dapatkan cara daftar ssm online dalam blg saya

Ferdy´s last blog ..Free Jer Dapat Blog of the Day Award!