Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Umum

PERANCANGAN ABOOAIN 2009

Submitted by on 02/01/2009 – 10:08 amOne Comment

Assalamualaikum,

2009

Apa khabar semua? Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun 2009, semoga tahun-tahun yang berlalu memberikan kita pengajaran dan pedoman manakala tahun mendatang sebagai satu peluang untuk kita.

Sebagaimana biasa apabila masuk tahun baru maka kalimah azam dan perancangan pasti tidak akan lepas dari bicara kita sama ada sebagai bualan di kedai kopi, rumah, pejabat atau secara online iaitu di blog masing-masing.

Saya sendiri camtu gak, pasti mempunyai azam dan perancangan. Azam masih seperti tahun-tahun lepas cuma perlu diperbaiki dan diperkemaskan agar ia menjadi semakin baik dan mantop! Begitu juga perancangan bagi tahun 2008, alhamdulillah boleh dikatakan 90% berjalan lancar dan mencapai target………. perancangan mencapai target sama ada dari sudut pelaksanaan projek atau income!

Oleh itu bagi perancangan tahun 2009 nanti, terdapat beberapa rangka yang telah pun saya buat untuk Alhusna Gallery / Abooain Network. Di antara perancangan bagi 2009 nanti ialah :

  1. PLR Series – Produk pertama saya. Siri PLR yang merupakan produk yang saya berikan keizinan untuk anda berbuat apa sahaja dengannya melainkan beri FREE je! Insya-Allah, tarikh jangkaan pelancaran ialah pada bulan Januari ini tetapi tertakluk kepada keadaan. Bagi Siri PLR ini, saya akan terbitkan mungkin setiap bulan satu siri ebook PLR dalam Bahasa Melayu mengikut tajuk yang bersesuaian (tetapi sudah tentu berkaitan dengan pembinaan Perniagaan Online). Saya akan menghadkan jumlah jualan bagi mengelak persaingan yang terlalu padat ( walaupun pasaran kita agak luas) mungkin 50 / 70 orang sahaja. Saya akan sediakan semua perkakasan yang diperlukan sama ada minisite, banner, surat jualan, action script dan sebagainya termasuk file asal dalam format PSD dan Word. Anda boleh mengubah-suai semuanya mengikut kehendak anda sama ada dari sudut graphics tool atau ebook itu sendiri. Saya akan membenarkan anda mengubah-suai ebook tersebut dan memberikan keizinan untuk anda mengaku bahawa ebook tersebut adalah miliki anda! Bagi yang tidak tahu, inilah yang dikatakan Private Label Right! Insya-Allah, saya akan mengeluarkan laporan percuma mengenai PLR ini tidak lama lagi (tinggal 70% lagi). Harga bagi produk PLR original kebanyakkan mencecah sehingga ratusan USD di pasaran antarabangsa TETAPI saya tidak sanggup meletakkannya begitu mahal – Insya-Allah harga mampu milik! Ini bagi memenuhi berapa permintaan Newbie yang terlalu ingin menjana pendapatan melalaui Internet tetapi tidak tahu cara dan bagaimana. PLR Series ini mungkin titik permulaan buat anda! – Tinggal 50% lagi!!!
  2. Laman KeahlianMy Resell Right Depot merupakan salah satu website saya yang tertua (kekekeke) yang sebelum ini menjadi tempat letak bagi produk utama saya iaitu Web Tools II. Saya akan lancarkan laman keahlian yang menyediakan pelbagai produk MRR/PLR, Grafik, artikel, ebook dan sebagainya dengan kadar harga yang rendah (jika dibandingkan membelinya secara berasingan). MRRD Membership Site ini menyediakan produk-produk MRR/RR/PLR/Personal dengan kadar bayaran tetap iaitu secara bulanan atau tahunan. Anda akan dibekalkan sebanyak 2 atau 3 produk terkini – maksud saya produk grafik terbaru bagi setiap bulan sama ada ada MRR/PLR yang tertakluk kepada jenis keahlian anda. Memang menjimatkan kalau hendak dibandingkan jika anda membelinya dari saya secara berasingan yang kebiasaan harganya adalah sekitar RM19 ke atas bagi satu-satu produk. – Baru 30%!
  3. Newbies Solution Center – Mempunyai beberapa bahagian yang terdiri dari blog, ebook, dan buku – percuma pun ada berbayar pun ada. Masih dalam proses pembikinan tetapi beberapa bahagian telah pun siap. Bagi projek ini saya bergabung tenaga dengan AlFadhil Joe Ggasi dari Universiti Al-Madinah Antarabangsa – rakan karib ni wooo! NSC adalah One Stop Center bagi Newbie yang ingin mengetahui tentang dunia Perniagaan Online dan kami akan berusaha untuk menggunakan konsep ‘How To’ agar lebih mudah anda mendirikan perniagaan Online sendiri nanti.

Baiklah, itu je dulu buat masa sekarang. Banyak-banyak rancangkan takut tak tercapai lak ……. harapan saya agar semua perancangan di atas adalah tergolong dalam perancangan dan cita-cita bukan angan-angan kosong. Ok, jumpa lagi di lain waktu ……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 1% [?]

No related posts.

Facebook comments:

One Comment »

  • khalifah says:

    SYUKRAN Sangat2.. info photoshop yg sgt membantu org yg tak tahu..
    apa pun ilmu penting.. (^_^)
    PENDAPATAN SAMPINGAN MENUJU KE KARIER PROFESIONAL

    dr.khalifah
    BAKAL MENDAHULUI ANDA

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge