PERJUMPAAN IM KELANTAN KALI KE-3
Assalamualaikum,
Saya sepatutnya melaporkan perjumpaan ini pada hari Ahad, 29 November 2009 baru-baru ini tetapi disebabkan anak ke-2 saya dimaksudkan ke hospital kerana mengalami ITP (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura) iaitu kurang sel darah beku menyebabkan saya terpaksa ‘berumah’ di hospital. ITP adalah penyakit kekurangan platelet – Idiopatric bermaksud “tidak diketahui puncanya“, Thrombocytopenic bermaksud “darah yang tidak cukup yang memiliki sel darah merah (trombosit)” dan Purpura bermaksud “memiliki luka yang sukar pulih“. Penyakit ini jenis ini masih tidak diketahui puncanya. Bagi penghidap penyakit ini, se-sel darah merahnya berada dalam jumlah yang sikit. Jumlah sel darah merah (Platelets) adalah kecil yang mana ia berfungsi untuk membekukan darah di bahagian tempat luka. Jika sel-sel darah merah (Platelets) ini kurang, maka ia akan menyebabkan darah berterusan mengalir tanpa henti. Selain itu ia juga boleh mengakibatkan pendarahan dalam organ usus seseorang. Kebiasannya penghidap penyakit ini akan mengalami beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ITP. Tanda ITP boleh timbul secara tiba-tiba (akut) atau muncul secara perlahan (kronik). Antara tanda-tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit ini ialah:-
- Pendarahan pada hidung
- Pendarahan pada gigi
- Mengalami lebam di anggota badan
Anak saya mengalami tanda nombor 3 iaitu lebam-lebam diseluruh tubuh serta jarang-jarang tanda nombor 2- maklumat ringkas.
Saya memohon maaf kerana terpaksa menunda beberapa tempahan dan tidak membalas email, juga kepada rakan JV yang telah melancarkan produk mereka baru-baru jika saya tidak mengikut jadual promosi yang ditetapkan. Saya meminta maaf di atas kesulitan ini.
PERJUMPAAN IM KELANTAN 2009
Baiklah, perjumpaan IM Kelantan kali-3 ini telah dihadiri oleh lebih kurang 14 orang IM dari serata daerah termasuk dua orang ahli bersekutu, terima kasih buat mereka berdua kerana sudi menyertai kami dan berkongsi maklumat dan idea kaorang…. Perjumpaan telah diadakan di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan tahunan tidak rasmi semenjak tahun 2007 sehingga tahun ini yang merupakan perjumpaan kali ke-3 berjaya diadakan. Kehadiran para IM seperti Aktechpage.com, Azhar, Adly aka labanon, Alang, Abu Hanis, Nuruddeen, Zahfran, Kalamharta, Johari, Seran, Azam F2R dan Fazlihani The Writer serta beberapa rakan yang saya lupa nama mereka telah memeriahkan lagi sesuasana Gath ini. Namun terdapat beberapa rakan yang terlupa hendak dijemput ke perjumpaan ini dan ada yang tidak dapat hadir, semoga kita dapat berjumpa lagi nanti, Insya-Allah.
Alhamdulillah, perjumpaan kali ini telah mencetuskan beberapa idea dan perancangan bagi memantapkan lagi para IM Kelantan di Kelantan atau di Malaysia secara amnya, semoga ia berjaya mengeratkan perhubungan sesama IM Malaysia dari semua negeri dan sebarang perancangan atau program dapat dijalankan secara lebih tersusun dan terancang.
Di sini saya sertakan beberapa gambar ehsan dari IM Cikgu Zahran dan lebih banyak gambar lagi di WangCyber serta Majalah IM :








Dalam banyak2 gambar…gambar demo paling smart sekali…heheheheh
Muahaha, kawe belanjo demo lepas ni…..ngeh,ngeh,ngeh