PERJUMPAAN IM KELANTAN KALI KE-3
Assalamualaikum,
Hari ini sekali IM Kelantan berjaya menganjurkan perjumpaan kali ke-3 sesama ahli yang berjaya diadakan di KB Mall. Perjumpaan kali ini bermula pada pukul 11.00 pagi yang dihadiri oleh beberapa IM seperti Syed Ikhwan, Labanon, RinggitHit, Kasyidi, Pheyz, WanCyber, Abu Hanis dan saya sendiri.
Saya yang keluar dari rumah lebih kurang pukul 10.00 mendapat panggilan dari Labanon yang mengatakan beliau dapat menghadiri perjumpaan tersebut, kerana pada asalnya beliau tidak dapat hadir kerana ada urusan di kampung beliau. Saya meneruskan perjalanan ke Perpustakaan Az-Zahra’ terlebih dahulu untuk menyelesaikan tugas saya di sana dan saya juga berjanji dengan WanCyber untuk pergi bersama-sama beliau dan beliau memang dan sedia menunggu di Pustaka Az-Zahra’ (pada waktu tu beliau sedang meng’update’ blog bola beliau – maklumlah musim EURO). Lebih kurang pukul 11.00 kitorang bergerak ke KB Mall – Noodle Station dan apabila kami sampai 3 orang IM dah ada kat situ iaitu Labanon, Kasyidi dan Abu Hanis – 3 orang IM yang sememangnya bersemangat waja dan mempunyai keazaman yang tinggi….
Tidak lama kemudian Faisal aka Pheyz pun tiba dan diikuti kemudian Syed Ikhwan bersama isteri dan akhir sekali ialah Saudara Azam aka RinggitHit.
Perbualan kami seperti biasa bermula dengan sesi taaruf dengan Abu Hanis dan Faisal kerana saya belum pernah bertemu secara berdepan sebelum ini – kenal di alam maya je! Perbualan kami selepas itu berkisar tentang dunia ebiz dan perkongsian ilmu dari Otai seperti Labanon, Syed dan RinggitHit. Banyak gak idea yang dicetuskan dalam pertemuan ini tetapi memerlukan perancangan dan persiapan rapi serta memerlukan kepada kerjasama yang padu dari para IM sekalian.
Pertemuan berakhir pada pukul 3.15 petang dan kami kemungkinan perjumpaan seterusnya diadakan pada penghujung tahun ini, Insya-Allah. Terima Kasih kepada RinggitHit kerana belanja kitaorang……
Popularity: 3% [?]
No related posts.














.gif)



Salam,
Seronok dapat jumpa ramai sifu-sifu IM.
InsyaAllah, perjumpaan akan datang kita buat di Pulau pulak. Boleh santai bersama dengan rakan2 IM & keluarga masing2
P/S: dah kali ketiga berjumpa dengan Sifu Abooain
Kasyidi’s last blog post..Perjumpaan IM Kelate
IM Perak baru jer sekali buat perjumpaan. Tak boleh jadi ni..dengki2
Afzai Afandi’s last blog post..Temubual Percuma yang Mendedahkan Rahsia 10k
Rasanya IM Kelantan paling ramai kat WC. Cergas betul korang buat perjumpaan ye aku pun dengki jugak macam AA
Maizul’s last blog post..Keluar Dari Perlumbaan Kehidupan.
Wakaka, takpe dengki yang dibenarkan tu!
Kaorang tahu tak, kalau semua IM Malaysia dapat berjumpa laaaaaaaaaaaaagi la best! Buat gath seMalaysia atau se WC, fuh mesti gempak nyer!
ermmm..nak jugak join group ni….bila-bila nak jumpa bagitau ler yeaaa
kita’s last blog post..GomoMan Animasi 3D Malaysia
Insya-Allah Kita, kitaorang biasa akan maklumkan di WC tentang Gath ni.
Perjumpaan selepas ini kemungkinan akhir tahun kot tetapi terpulang pada persepakatan IM Kelate.