Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Umum

Pertandingan ‘Komen Terbaik’ Abooain.com

Submitted by admin on 01/03/2010 – 8:37 am47 Comments

Assalamualaikum,

Bersempena dengan ulangtahun saya pada awal Februari, ulangtahun blog ke-3 dan perpindahan blog ke abooain.com maka saya dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan Komen Terbaik Blog Abooain.com.

Syarat-syarat pertandingan :

  • Komen Terbanyak+Terbaik – (banyak tetapi ‘kosong’ tak dikira ye…)
  • Anda digalakkan buat satu POST BLOG mengenai pertandingan ini dan jangan lupa masukkan sekali link ke post ini
  • Komen tidak berunsurkan ‘SPAM’
  • Komen hendaklah melebihi 3 patah perkataan.
  • Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik. (Pendek pun takpe asalkan bernas).
  • Pemenang dikira berdasarkan jumlah komen dan mutu komen bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac 2010.
  • Komen untuk kali pertama akan dinilai terlebih dahulu bagi mengelak SPAM.
  • Syarat akan ditambah dari masa ke semasa jika perlu

Komen akan dikira melalui kualiti komen yang dibuat dan juga jumlah komen, jika anda komen banyak sekalipun tetapi ‘kosong’ atau tak bermutu maka ia akan tertolak. Oleh itu jika anda memberikan komen yang berkualiti+banyak maka anda akan diletakkan di dalam senarai ‘waiting list’ untuk ke garisan pemenang!

Masa Pertandingan?

Pertandingan akan diadakan selama sebulan iaitu bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2010 tepat jam 12 malam.

Anda boleh melihat ‘Komen Semasa’ dan ‘Top Commentators di sidebar blog ini.

Pengumuman Keputusan

Saya akan mengumumkan keputusan pada 1 April 2010 di blog ini.

Hadiah Pemenang

Hadiah Tempat Ke #1


DVD ResellRight Wholesaler

(Feb & Mac) bernilai RM300 – Produk-produk RR, MRR & PLR terkini + Hosting Percuma Setahun di KLserver.biz (Pakej Standard #2)

Hadiah Tempat Ke #2


DVD ResellRight Wholesaler

(Mac) bernilai RM150 – Produk-produk RR, MRR & PLR terkini + Hosting Percuma Setahun di KLserver.biz (Pakej Standard #1)

Hadiah Tempat Ke #3

Hadiah Misteri Dari Abooain.com (Download)

Bernilai RM70 – Produk-produk Graphics + Kupon Diskaun Hosting 50% di KLserver.biz (Pakej Standard atau Premium)

10 Hadiah Saguhati

10 Hadiah saguhati disediakan bagi 10 orang pengkomen terbaik terbaik berupa KUPON DISKAUN bagi hosting KLServer.biz

Hadiah-hadiah di dalam DVD merupakan produk-produk RR, MRR & PLR dari membership berbayar saya iaitu ResellRight Wholesaler yang belum lagi dilancarkan sehingga sekarang. Produk ini terdiri dari Ebook, Video, Report, Artikel, Template, Grafik dan bermacam-macam lagi. Produk-produk terkini untuk bulan Feb & Mac.

Penghantaran Hadiah :

Hadiah pemenang akan dihantar menggunakan Pos Ekspres / Pos Laju dalam tempoh seminggu selepas pengumuman pemenang dilakukan. Pihak kami akan menghubungi pemenang melalui email untuk mendapatkan maklumat mereka.

Saya sebelum ini pernah menganjurkan pertandingan Komen Terbaik di blog epustaka.com tetapi disebabkan pada waktu itu menghadapi masalah server yang teruk maka saya terpaksa membatalkannya saat-saat akhir. Malangnya post pengumuman tentang pembatalan tersebut tidak ada dan saya sendiri tidak perasan. Mungkin ia tercicir sewaktu proses perpindahan atau proses ‘restore’ dilakukan awal sebelum tarikh post makluman tersebut.

p.s – Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak KL Server Studio kerana sanggup menaja hadiah bagi Pertandingan Blog Abooain ini.

p.p.s -

Sesiapa yang review tentang pertandingan ini di blog masing-masing maka dia ada potensi untuk menjadi pemenang. Maknanya jika dia banyak komen pun tapi tak review di blog (jika ada blog) dia mungkin ditewaskan oleh orang yang me’review’kan pertandingan ini walaupun komen dia sikit.

Seseorang itu akan berada di rangking teratas jika sekiranya :

1- Komen Bermutu

2- Review pertandingan ini di blog & letak link post ini

3- Komen Terbanyak

4- Mememenuhi syarat-syarat lain

Juri-juri kami akan meneliti kriteria-kriteria di atas dan ‘Review’ ini merupakan salah satu tiket yang mampu melonjak seseorang itu ke rangking teratas.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 100% [?]

No related posts.

Facebook comments:

47 Comments »

  • sabriyunus says:

    salam ya syeikh…bagus ni…hamba selalu ikuti perkembangan blog yang profesional dan keratif ini,banyak ilmu yang telah hamba dapat dari blog ni…melalui e-book dll…apa lagi kali ni hamba nak ikut juga le pertandingan…lagipun selalu buka juga..
    sabriyunus´s last blog ..Kenapa perlu memilih mazhab? My ComLuv Profile

  • nizhama2 says:

    Saya tak pernah lagi join pertandingan berbentuk cam ni, tapi sebab abooain banyak memberi informasi tentang dunia IM, saya ingat nok join sekali lah. Rasanya mustahil -syibhu mustahil- untuk jadi pemenang sebab saya ni tak pandai komen2 ni, tapi kira memeriahkan suasana bulan Mac ni…
    nizhama2´s last blog ..Berita-berita Baik Awal Tahun My ComLuv Profile

  • benbaz says:

    Salam Abooain.
    Suatu yang baru bagi saya.Bagi komen pun boleh dapat hadiah. Mane nak carik! Komen jangan tak komen. Tapi kalau tak menang hadiah pun, kira dapat hadiah jugak! Hadiah ilmu dari blog ini….
    benbaz´s last blog ..open water training – Pulau Giam My ComLuv Profile

  • ijamidayu says:

    Satu peluang keemasan untuk merebut hadiah menarik dari Tuan Abooain. Mekasih atas jemputan tuan..

    Akan mencuba sebaek mungkin merebut HAdiah Tempat PERTAMA! :D Mari kita meriahkan lagik!!!

  • InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk meninggalkan komen yang bernas di blog Abooain.com. Banyak info tentang produk PLR dan MRR yang best2. Saya juga suka dengan plugin ComLuv yang bro pasang kat blog ni. Boleh diaplikasikan kat blog saya.

  • imprezaawie says:

    hi bro abooain…trima kasih saya ucapkn sebb menjemput saya join pertandingan ni…huhuhu…rase nye ni baru kali pertama dengar pertandingan camni…kita komen dapat hadiah…memang menarik bro…saya salut la sama bro…saya juga nak ucap ribuan trima kasih atas post2 yg bro bagi kat saya…mmg membantu la post2 bro tu…cume saya masih x berpeluang untuk memulakannya lagi…saya harap lepas ni bro boleh membantu saya yang sedang belajar…semoga berjaya bro…salam

  • meezwan says:

    pertandingan yang menarik..confirm ramai berlumba-lumba nak komen kat blog abooain ni..dah tukar domain yer..
    meezwan´s last blog ..Siapa Yang Ingin Belajar Photoshop? My ComLuv Profile

  • e1xtrim says:

    Salam. Blog abooain ni mmg byk membantu newbie IM mcm sy. Rugi kalu sape2 yg x amik ‘kesempatan’ atas kepemurahan abooain ni…hehehe.

    P/S: camna nak join pertandingan ni ye…mana nak komen….
    sy ni newbie, jgn marah aa… ;p

  • admin says:

    Salam semua,

    Selamat datang ke Abooain.com dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi menyertai pertandingan Komen ini. Tujuan utama pertandingan bagi mewar-warkan domain baru bagi blog saya ini.

    Anda semua boleh melihat Terma & Syarat di atas,

    @e1xtrim – Anda boleh komen mana-mana post yang terdapat di blog saya. Jika anda ada blog sendiri, anda perlu ‘review’ dan maklumkan pertandingan ini di blog anda dan jangan lupa letakkan link post ini ya….itu je

  • Azry Aziz says:

    Assalamualaikum.., Buat admin dan rakan yang menyertai pertandingan komen yang terbaik. Pertama kalinya tahniah di ucapkan pada admin atas perpindahan dari blog lama kepada abooain.com.
    ini just mukoddimah sebab 1st time nak bagi komen kat blog orang yang dah power.
    Sebenarnya sudah hampir 4 tahun saya sentiasa dapat e-mail dari tuan..bermacam2 jenis e-mail yang saya dapat dari tuan. Pada mulanya saya fikir orang ni tak letih2 taip email kat aku ni ya.
    siap ada nama dan bin aku sekali tu. secara jujur sebenarnya aku ni bukan org IT tapi ingin tau bila dah beli laptop dan pasang internet.
    Masa tahun 2008 dulu semua org kecuh tentang investment abfund, euro index, fical, swiss cash dan macam2 lagi tapi aku tengok mamat ni selamba jer hantar kat e-mail aku ..apa tau..? ebook berguna adakah anda tahu bagaimana untuk mencipta pendapatan melalui google adsense..pastu ebook JV lah..kau org nak tahu siapa yang selalu hantar kat aku e-mail macam tu..Zamry nanyan and the geng termasuk admin pertandingan ni..

    Apapun selepas beberapa tahun aku tetap tak ignore email-email dari dia org ni sebab aku rasa dia org ni cekal sebab tak jemu2 kirim e-mail kat aku…aku ni bukan apa kot2 ada geng abooin buat pening sekali nak sedekah e-book2 yang bagus..apa lagi download jerr laa..

    hehehe x sangka pulak ada juga yang offer untuk download e-book percuma…aku pun apa lagi dowmload laaa..terima kasih pada admin and the geng..

    Setelah beberapa tahun dapat e-mail dari ko org ni..lama2 aku mula faham..rupanya ko org ni nak cari traffic..aku blaja lagi dari ko org….rupanya ada lagi banyak rahsia yang ko org rahsiakan dari kami..tapi aku dah tahu..huhuuhuhhuh. pandai ko orang ni ya..

    Honestly to say..aku respect ko org ni sebab di samping cari makan ko org ada juga buat amal jariah…bagi e-book2 free untuk aku..heheh.

    DAN aku juga nak bagitau..ko org ni memang power dalam marketing sehingga wujudlah juga pertandingan yang diadakan oleh admin..ini juga adalah salah satu marketing yang ko baut ye saudara admin..

    TAPI..apapun rakan yang menyertai pertandingan ini dan sekiranya ada yang menyertai pertandingan ini..percayalah cakap saya kalau u all nak u all kena beli e-book yang di cadangkan oleh pihak admin..u tau kenapa..? sebab admin jenis macam ni punya perangai akan ajar u all sampai pandai produk yang dia keluarkan.. bukannaya jual e-book than org beli dapat duit cukup dah…TAk tu bukan dia and geng2 dia..So jangan takut untuk keluar sedikit duit kalau u memang berminat nak buat bis internet..JANGAN pakai redah jer buat bis ..kena tanya pakar tau….

    Ok ni aku pulak tak puas hati..nak tau apa dia..admin and the geng kalau buat kos atau menganjurkan apa2 program selalunya kat KL…Sedara…turunlah kuantan ni sekali gak..Apa???? ko ingat kat kuantan ni org bijak pandai semuanya ke??…Kami kat sini dahagakan ilmu bis internet yang genuine bukan spam..sebab tu aku dapat tahu dari geng2 ko org spamni salah di sisi undang2 internet marketer…
    Sorrylah sebab dulu aku selalu buat SPAM.

    Tuan admin…cadangan saya..kalau tuan dapat anjurkan satu kos kat kuantan ni ngan harga yang berpatutan …Contoh tajuk kos ni..( Menjana pendapatan melalui internet semaksimum yang boleh melaui Yahoo, Google dan PPC. Ni contih jer tuan…Saya yakin tuan ada ayat yang lebih baik..tapi maksud saya di sini..jana duit free dalam internet kalau nak tahu kenalah jojn kursus dan bayar, dan kenalah beli e-book yang penting atau programe yang penting…misalnya e-book affiliate ker..ikut tuanlah macam mana..sebab kerbau demo ikut demolah nok buat ghuano..

    Setakat ni dulu komen saya…sebab tak daya nak menaip..esok2 saya masuk lagi..nak menaip lagi ni..gatal tangan ni..Bukan nak apapun….dapar hostinf free jadi doh..hehehe

    ok jumpa lagi ya gemg2 semua..Assalamualikum

  • admin says:

    @ Azry Aziz – Wah, panjangnyeee, letih nak baca…. :D

    Cadangan bro tentang Kursus, Seminar atau sebagainya di Kuantan tu akan dipertimbangkan, Insya-Allah. Sebenarnya pernah IM buat seminar di Kuantan 3 tahun dulu tetapi dikatakan tidak mendapat sambutan, mungkin pada waktu tu orang ramai masih tidak mengetahui tentang eBiz ni. Masalah ini juga berlaku gak di Kelantan, sambutan memang kureng kalau ada seminar atau kursus..

    Satu cadangan yang baik dari anda…..

  • redfar says:

    Salam, wah menarik ni.. sebelum ni ade gak IM lain wat gak.. hehe.. komen2 utk tarik trafik.. huhu.. komen jgn xkomen.. rasenye belum meletakkan jejak disini.. hehe..

    macam mane kalau saya komen gune emel lain? sebab saya komen gune emel gmail, n saudara abooin hntr emel slalu ke yahoo mail sy?
    ada bg kesan effect ke kalau macam tu?
    redfar´s last blog ..Pembongkaran Rahsia Besar-besaran Usahawan Internet Malaysia!!! My ComLuv Profile

  • ezord says:

    Salam buat bro abooain and others..

    Cabaran dah start la ni kan…huu..selamat berkomen. Saya nak try jugak sertai pertandingan ni la..
    Saya suka product2 PLR ni..hehe banyak manfaat yang kita boleh dapat.

  • lanchini says:

    Salam Abooain,

    Ni first time melawat blog ni, banyak info yang saya terlepas rupanya..

    Nak tanya sikit la, boleh komen kat post2 yang lepas jugak ke? Atau mesti komen untuk post2 selepas 1 hb Mac sahaja? InsyaAllah saya pun berhajat gak nak menyertainya..
    lanchini´s last blog ..Sumber INSPIRASI Lanchini My ComLuv Profile

  • nuwa says:

    Wah..peluang keemasan utk dpt hosting free.. apa lagi..mari kita pakat bertanding ramai2.. :-)

  • alkisah says:

    wah..ada pertandingan lah..boleh join ni dan ajak kawan ramai-ramai..

  • admin says:

    Terima kasih buat semua rakan-rakan,

    Anda boleh komen di mana-mana post yang anda berkenan, kiraan dibuat untuk komen yang dilakukan pada 1 Mac sehingga 31 Mac – jadi anda boleh komen di mana-mana post.

    @redfar – boleh guna mana-mana email tak de masalah…. :D

    PALING PENTING >> Bagi sesiapa yang ada blog, sila REVIEW tentang pertandingan ini di blog anda dan jangan lupa masukkan LINK POST INI ke dalam post anda.

    Ini adalah satu ADVANTAGE bagi para pengkomen……….

  • 1 lg pertandingan yg beshh utk Mac 2010 ini
    ini 1 peluang keemasan utk blogger part time seperti aku ni…
    Lepas ni, kena lah selalu lepak2 kt blog ni utk memberi komen yg bernas lagi jitu, heheheheh…
    aktechpage.com´s last blog ..U-Print.com.my: Online Printing Malaysia My ComLuv Profile

  • Azry Aziz says:

    Assalamualaikum..
    Apa khabar semua hari ni..? aku dah cakap aku akan masuk untuk komen lagi hari ni….
    Ko org nak tau apa citer aku hari ni..?
    heheheh deng deng aku dapat e-mail lagi dari admin..ambik kupon discount ni than beli product…hehehekan aku dah kata Admin ni memang bijak berniaga..tul tak..?
    Tapi kot mana pun nampaknya nanti aku kena beli lah juga..tapi aku nak tunggu hujung bulan kot2 aku dapat hadiah tu tak payah beli dah heheheheh..

    Apapun aku nak bgitau kat sini..ko org perasan tak merketing admin buat..? Hahah tulah dia cara pakar pemasaran internet buat..
    Bagi Offer ..tapi bukan free..discount jer heheh.. Banyak kita semua kena menuntut ngan admin ni…Geng2 semua..kalau nak menuntut ngan admin senang jer…aku dah tau cara dia..tak payah bawa pulut kuning, ayam hitam putih, atau kambing dara..TAPI..

    Hanya beli e-book yang di cadangkan..ikut arahan guru2 ni than kita all termasuk aku laaa juga akan ada achivement..
    Aku ni dah lama nak join kursus2 yang di buat oleh admin and the geng tapi tak sempat untuk turun ke KL..kalau buat kat kuantan ni InsyaAllah muka aku akan ada kat depan dan beberapa org geng lagi aku akan ajak..

    Tuan director..cadangan saya..kalau berminat nak buat kursus di kuantan..saya akan cuba iklankn untuk org kuantan ni..kita kerjasama boleh..so kalau dapat sertakan syarat2 penyertaan dan yuran penyertaan ..dan undang dia or any related doc yang melibatkan undang2..pls bgtau kat aku ni..aku boleh dapatkan ramai ahli yang nak join..
    Yang aku perlukan assist aku ..jer..takut terlari dari landasan yang sebenar..apapun kalau admin and the geng setuju kalau x setuju..aku blaja perlahan2 jerlahhh sendiri..kuwa kuwa kuwa..

    oklah tu just cadangan ..keputusan di tangan tuan admin..

    Assalamualaikum see again..bye all

  • mancai says:

    salam, menarik pertandingan ni… nak join sama jugak lah… tq2
    mancai´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010 My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    Salam …

    bila diwujudkan pertandingan sebegini, apa yang bestnya..blog penganjur akan menjadi meriah :)

    harap2 kemeriahan ini akan berterusan untuk bulan2 berikutnya disamping kita mencuba nasib untuk memenangi setiap hadiah yang ditawarkan bagi setiap pemenang.

    P.S. Menarik hadioh tu gu. Tak dapat nombor tiga, nombor satu pun jadilah..heheheeh
    Afzai Afandi´s last blog ..Rempit Ebay My ComLuv Profile

  • Azry Aziz says:

    Assalamualaikum tuan admin..ni saya nak tanya 2 soalan..
    Pertama: http://clicks.aweber.com
    Kedua: Getrespond

    Kedua2 benda alah ni selalu digunakan oleh pakar2 macam ko arang semua..citerlah sikit kat kami semua..adakah kat sinipun boleh buat duit..
    Dan apakah kegunaan dan serta kepentingannya dalam internet marketing..sebenarnya ramai org tak tahu dan ingin tahu…

    Nampaknya Tuan admin boleh start buat e-book..tentang benda2 macam ni hehehe tapi jangan jual kat aku ya..kat aku free dah laa,..anggap sedekah..

    Ehh ko org nak tau tak.. harini Zamry Nanyan hantar lagi kat aku tentan JV bis…aku dah cakap dalam komen aku yang dalam sessi satu lagi….tot tot buka email kali ni ada lagi dia offer aku dah cakap geng2 admin ni pakar internet marketing..ni baru aku sorang org lain tak tahu apa yang di offer oleh geng2 admin ni..\

    so tak hairan laaaa kalau admin bgitau income dia 150,000.00/yearly
    tapi aku rasa monthly kot..kuwa kuwa kuwa..

    k see u all again
    bye n Salammmm

  • aktechpage.com says:

    Kalo tulis review pasal pertandingan ini di blog masing2, ada bonus ke??? :)

  • admin says:

    @ Azri – Tentang Autoresponder Aweber & Getresponse tu dah ada ebook panduan yang dikeluarkan oleh para IM sebelum ini. Percuma pun ada berbayar pun ada….

    @Aktechpage – Sesiapa yang review tentang pertandingan ini di blog masing-masing maka dia ada potensi untuk menjadi pemenang. Maknanya jika dia banyak komen pun tapi tak review di blog (jika ada blog) dia mungkin ditewaskan oleh orang yang me’review’kan pertandingan ini.

    Seseorang itu akan berada di rangking teratas jika sekiranya :

    1- Komen Bermutu
    2- Komen Terbanyak
    3- Mereview pertandingan ini di blog & letak link post ini.
    4- Mememenuhi syarat-syarat lain

    Juri-juri kami akan meneliti kriteria-kriteria di atas dan ‘Review’ ini merupakan salah satu tiket yang mampu melonjak seseorang itu ke rangking teratas.

  • akuchey says:

    wahh bagus la bro..baru first masuk blog bro dh ada contest lak tu..komen yang bernas ni penting kan untuk tumpang dapat trafik di blog orang….lepas ni boleh tumpang amik trafik sikit la di blog bro…
    akuchey´s last blog ..Panduan Adsense For Domain My ComLuv Profile

  • Mhnizam says:

    Pertandingan macam ni akan menarik orang ke blog kita…tahniah abooain kerana mengadakan pertandingan hebat beserta hadiah hebat ini

  • ezord says:

    Salam bro abooain..saya dah buat post di blog saya :-)
    ezord´s last blog ..Pertandingan Komen Blog Abooain.com My ComLuv Profile

  • Mr Khan says:

    Sedar tak sedar, pertandingan ni merupakan salah satu cara dalam menjana traffic blog seseorang.Apa yang amat diharapkan adalah “istiqamah” setiap pengomen (termasuk saya) di website abooain ni.Bukan time contest jerk komen. :D
    Mr Khan´s last blog ..Tips to Prevent Your Child From Being Kidnapped My ComLuv Profile

  • [...] Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan ini dan juga melihat hadiah-hadiah menarik yang di tawarkan, anda boleh lah ke laman blog abooain.com ==>  Pertandingan Komen Terbaik Abooain.com. [...]

  • ezord says:

    betul2 mr khan..cara buat pertandingan ni memang boleh jadi salah satu platform untuk kita menjana traffic selain produk percuma atau email marketing..bila kita dah tinggal jejak..pasti kita akan ingat tempat tu kan..itu lah rasional nya.
    ezord´s last blog ..Punca Gusi Berdarah :-( My ComLuv Profile

  • sam says:

    Pertandingan yg menarik.. dan mencabar daya ketahanan mental dan fizikal untuk terus menulis..

  • Hafizi says:

    susah juga kalau tiada ilmu nak komen….sayapun baru setahun jagung…harap boleh belajar dari mr abooain….
    Hafizi´s last blog .. My ComLuv Profile

  • farahaznil says:

    yeay!saya mmg nak join…..huhuhuhuhuh..sam2 kita menggamatkan contest ini..yuhuuuu

  • Bola Bulat says:

    salam tuan admin.. meriah nampak contest kali ni.. semoga blog n biz tuan admin tambah maju :)

    dah masuk sini saya nak mencelah sikit.. sekarang ni alhamdulillah boleh dikatakan saban hari orang kita (rakyat 1 malaysia) buka blog baru..

    cuma kesedaran utk memiliki atau mempunyai domain dotcom sendiri agak kurang.. ye lah tentunya majoriti sukakan benda free.. kalau buka blog dengan blogspot tak payah pikir banyak benda.. sama ada space atau bandwitdh.. orang buat bisnes besar-besar n maju pun pakai blog blogspot je..

    saya rasa mungkin diorang tidak didedahkan dengan kelebihan kalau ada domain dotcom sendiri, sebab itu mereka yang sudah establish pun masih kekal dengan blogspot.. atau pun kemungkinan sebab malas untuk melayani masalah teknikal kalau beli hosting sendiri.. kena belajar cpanel la, nak buat database dan sebagainya.

    namun, dengan adanya platfom seperti blog tuan admin ini sedikit sebanyak memberikan maklumat tentang betapa pentingnya kalau kita memiliki sekurang-kurang 1 jenama dotcom kita sendiri.. setidak-tidaknya dotcom bernamakan nama kita sebagaimana blog ini nama samarannya abooain.com..

    salam..
    Bola Bulat´s last blog ..Selangor gagal lebar penguasaan My ComLuv Profile

  • Assalamualaikum saudara… Ada pertandingan rupanya… menarik sekali hadiahnya… Saya memang tak terlepas post di blog ni, cuma lambat subscribe… sebab tu baru perasan tentang pertandingan ni…

    Posts saudara memang berkualiti dan patut dicontohi… Beginilah saudara abooain membina kredebiliti… =)

    InsyaAllah saya akan menyertainya.. =)

  • Afzai Afandi says:

    Tinggal beberapa hari jer lagi maka berakhirlah pertandingan ni. Harap komen2 kita pun tak berakhir kat pertandingan jer :)

  • Saya masih berfikir untuk buat blog post tentang ini… Tapi masih belum menemui masa dan idea…

    Teringin sangat nak join pertandingan ini…

    Baguslah syeikh… pertandingan macam ni memang dapat tingkatkan traffic ke blog dan meningkatkan komen2 bermanfaat… malah penulis blog akan berusaha menyampaikan artikel yang terbaik…

  • Hafizi says:

    Semoga dengan adanya pertandigna nie,dapatlah kita berkenal-kenalan….pertandingan ni sebagai satu intro kepada hubungan jangka panjang dan hubungan dalam perniagaan….Di harap admin buat lagi pertandingan sebegini di masa hadapan….

  • betul tu.. banyak yang saya mula kenal di sini…
    Malah ia menggalakkan kita semua membaca dengan
    berkesan… menarik…

  • farahaznil says:

    haha..buat contest salah satu cara dpt mengenal blogger lain selain dpt meningkatkan traffic..tanpa sedar…kita berinteraksi satu sama lain wlupun xknl di dunia realiti
    farahaznil´s last blog ..IsuHangat tentang Farahaznil dan Review ! My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    tahun ini akan diraikan ulangtahun ketiga blog saya.insyaallah seperti tahun terdahulu.akan adakan contest,cuma cara contestnya belum difikirkan lagi.selamat brcontest

  • admin says:

    Hehehe, dah lama tak join contest yang demo anjur….molek2

  • KL Server says:

    Salam tuan admin.. humm meriah nampaknya pertandingan ini.. syabas dan tahniah.

    Dengan ini diumumkan KL Server bersetuju menambah hadiah saguhati sehingga 20 pemenang.. agak-agak semua dapat tak? :)

    bro afzai, kalau nak buat contest bolehlah contact KL Server untuk tajaan sebahagian hadiah.
    KL Server´s last blog ..Web Hosting with Free Life Time Domain Promotion My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    KL Server…takder masalah. akan dihubungi nanti dan sangat2 mengalukan :)
    Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    ummu, nasib baik ingat akan prasyarat pertandingan.. :)
    Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu My ComLuv Profile

  • donny says:

    Tahniah kepada pemenang dan selamat berblog Ek. Abooin.
    donny´s last blog ..“From life without limbs, to life without limits..” My ComLuv Profile

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled