Proses Selesai!
Assalamualaikum,

Hari ini rasa-rasanya proses pindah blog dari epustaka.com ke abooain.com dah selesai. Rasa sayang gak dengan domain epustaka.com kerana ia merupakan salah satu dari domain pertama yang saya beli ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dunia Perniagaan Internet ini. Namun domain abooain.com juga merupakan antara domain pertama yang saya beli tetapi di ‘reserve’ je tak buat apa-apa sekadar untuk ruangan support.
Jadi hari ni dah selesai dan mungkin kalau tak selesai pun hanya pilihan Theme je, ia mungkin masih berubah-ubah tetapi pilihan utama masih pada theme asal ini kerana fungsinya yang sesuai dengan kehendak saya. Saya mungkin akan ‘modified’ theme ini secara perlahan-lahan tertakluk pada masa.
Sempena pertukaran blog baru ni, saya akan menganjurkan satu pertandingan ‘Komen Terbaik’ yang akan saya beritahu nanti. Saya sebelum ini ada menganjurkan pertandingan ‘Komen Terbaik’ di blog epustaka.com tetapi saya batalkan kerana beberapa sebab. Rupa-rupanya post saya tentang pembatalan pertandingan tersebut ‘hilang’ saya pun tak tau tetapi kemungkin besar disebabkan proses perpindahan server pada waktu itu. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk merealisasikan misi ini.
Saya memohon maaf jika sepanjang pemindahan ini berlaku pelbagai masalah atau sebagainya….
Jumpa lagi….
Undergoing MyBlogLog Verification
Popularity: 2% [?]
No related posts.












.gif)



Cantik blog baru. Guna free template ke premium?
Terima kasih, buat masa sekarang ni guno yang lama lagi iaitu Premium cuma modified sikit, masih dalam proses nak tentukan theme.
Rammel, nape saya tak sampai ruangan JV untuk produk terbaru kao tu….. dah register pun