Selamat Datang Ke Blog Alhusna Gallery
Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,
Alhamdulillah puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang dan keupayaan oleh-Nya untuk membina blog Alhusna Gallery ini. Hasrat Alhusna Gallery untuk memiliki blog sendiri sering terpaksa ditangguhkan penerbitannya disebabkan beberapa masalah teknikal tambahan pula dengan masa yang agak terbatas.Tujuan utama blog ini dibina ialah untuk memudahkan saya berinteraksi dengan para pelanggan Alhusna Gallery dan juga dengan kawan-kawan se’online’ yang lain. Di samping itu, kita juga boleh saling berkongsi pendapat, bertukar-tukar maklumat, menyebar ilmu pengetahuan serta saya sendiri juga akan dapat memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai produk-produk Alhusna Gallery atau produk-produk dari kawan-kawan online yang lain, Insya-Allah. Alhusna Gallery mempunyai pelanggannya yang tersendiri yang mungkin inginkan maklumat atau berkongsi masalah terutama mengenai produk-produk Alhusna Gallery lebih-lebih lagi mengenai “CD JAWI TRANSLATER“.
Oleh itu saya merasakan blog Alhusna Gallery ini merupakan satu peluang untuk mengeratkan lagi di antara Alhusna dengan para pelanggannya. Semoga dengan kemunculan blog ini akan menjadi satu rujukan buat anda semua, di samping saya juga mengharapkan agar anda dapat memberikan idea-idea bernas dan komentar yang membina bagi meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Al-Husna Gallery.
Bersama-sama kita berdoa agar semuanya akan mendapat hasil atau manfaat di sebalik kemunculan blog ini walaupun sedikit, dan Insya-Allah saya akan menawarkan beberapa “Cenderahati atau Bonus” bagi pelawat-pelawat blog ini sebagai “buah tangan” dari Alhusna Gallery. Coming Soon
- Insya-Allah.
Terima Kasih
Abooain
Popularity: 3% [?]
No related posts.











.gif)



Salam, blog yang bermaklumat.
Tahniah! Semoga menjadi sumber rujukan yang berguna di masa akan datang. Jangan lupa yer, kita tukar2kan link blog nanti.
Terima lynn kerana bagi sokongan ye……boleh je bertukar link …