SELAMAT HARI RAYA – MAAF ZAHIR & BATIN!
Assalamualaikum,

Bersempena hari baik ini saya, Abooain dari Alhusna Gallery & Abooain Network mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri. Saya memohon ribuan kemaafan kepada anda semua jika terdapat salah dan silap, jika saya terlupa membalas email, jika tidak sempat menjawab pertanyaan, terkasar bahasa, tersilap cakap dan sebagainya – Maaf, Zahir & Batin!
Saya percaya kebanyakkan anda sekarang ini mungkin telah pun mula meninggalkan tempat kerja masing-masing dan menuju ke kampung halaman untuk menyambut hari raya ini. Bagi yang telah berkeluarga mungkin anda ada giliran anda bagi tahun ini …. mungkin kampung anda atau mungkin kampung isteri anda, betul tak? Bagi yang mungkin tidak dapat cuti pada hati raya ini jangan bersedih, rakyat Malaysia memerlukan anda ketika hari raya ini.
Bagi yang pulang ke kampung untuk berhari raya, pandu elok-elok, ikut peraturan dan jangan laju – paling penting jangan lupa mulakan langkah anda dengan nama Allah s.w.t kerana kita manusia yang lemah tidak mampu menghalang sebarang sebarang kemudaratan melainkan Dia sahaja.
Di sini saya sertakan Kad Raya Istimewa untuk anda :

Selamat Hari Raya Idilfitri buat rakan-rakan, subscriber, kawan satu YM, kekawan IM seluruh Malaysia dan yang mengenali Abooain. Anda yang berdekatan dijemput ke di rumah saya di Nilam Puri….. yang jauh kalau sanggup datang pun tak pe!
Terima Kasih
Popularity: 31% [?]
No related posts.











.gif)



Salam AIdilfitri juga…
Semoga hari ini mendatangkan keceriaan..
zool’s last blog post..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H
Selamat Hari Raya, Zool.
Tak balik kampung ke?
Assalamu’alaikum & Selamat Hari Raya Abooain,
Raya ni berapa bijik rumah Abooain gi beraya? Sambil2 sebok promot produk baru, ye tak?
Shauqie’s last blog post..Jom Dapatkan $1.00 Sekarang Juga!!
Tak beraya pun, demam woooo ….