Seminar Speed Adsense
Assalamualaiku,
Hari ini saya telah selamat sampai ke Kota Bharu setelah 4 hari berada di Pahang dan Selangor untuk Seminar Speed Adsense – 2 hari di Pahang dan 2 hari di Selangor.
Seminar Speed Adsense memang memberikan banyak maklumat, tip dan teknik tentang Google Adsense serta sistem SA. Saya secara peribadi melihat seminar yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini secara keseluruhannya berjalan lancar. Saya gembira dan amat teruja kerana dapat bertemu dan bersua muka dengan para IM yang selama ini hanya mengenali mereka secara Maya sahaja. Rasa macam satu keluarga dan sememangnya ia merupakan Komuniti Usahawan Internet Malaysia yang terbina atas satu maklamat dan tujuan. Di samping mendapat ilmu yang dibekalkan, seminar ini juga membuka satu lagi saluran untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama IM di Malaysia ini.
Mungkin ilmu dan maklumat yang diberikan asas sahaja namun banyak juga perkongsian pengalaman dan tip yang diberikan oleh para penceramah mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Saya tertarik dengan beberapa pendedahan seperti Meta Marketing, Facebook Ads, YSM (yang ni memang power la, memang dinanti-nantikan dan penyampaian yang baik dari Abu Hanis!), SEO oleh Fuad Latip (penyampaian beliau sememangnya powerful) dan sebagainya.
Insya-Allah, akan cuba praktikkan ilmu yang diperolehi ini nanti …….terima kasih tidak terhingga kepada ‘sahabat baik’ saya Joe dari carirahsia.com kerana menyumbangkan kamera dan photo-photo di bawah ini.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar bersama rakan-rakan di Seminar Adsense tersebut :
Popularity: 2% [?]
No related posts.

















.gif)



Sedap pulok kerepek putih hok demo bagi tu…bini kawe siap suruh kawe royak demo suruh kirim pulok..hahaha
Kalau ada peluang ingin juga menyertainya…insyaallah…..ARB Dagang
Meta marketing? Wah, menarik tu…Pasni bolehla Abooain jadi Pengajar untuk area pantai timur pulak, Insya’ Allah
buat di kota bharu lah pulop..sene skit nok g..
@ Afzai : Kalu nok boleh jah kawe kirim, kawe pun tok tau beli mano sebab ore tino kawe beli….muahahaha!
@ Abdul Rashid Basar : Yup, Insya-Allah ada rezeki boleh sertainya….
@ KomenEbook :Hehehe, saya pun tak rujuk lagi nota-nota yang ditulis, belum mempraktikkan lagi coz banyak projek tertangguh ni….
@ MyDailyBlog.Info : Hok tu keno tanyo Syed tu, hehehe tapi tok tau la kalu buat di KB gak kebiasaan sambutan tidak menggalakkan namun boleh je try….
Saya amat tertarik dengan penerangan anda di atas.
Tahniah !
http://kkmofdaftar.blogspot.com