Sistem Borang Memudahkan Pelanggan
Assalamualaikum
Kita semua mengetahui betapa pentingnya borang order di dalam Perniagaan Internet. Saya umpamakan borang order seperti sebuah kaunter atau casher jika ia sebuah kedai atau mini market. Jika sesebuah kedai itu tidak mempunyai kaunter pembayaran atau casher maka ia sudah tentu menyusahkan pembeli atau membantutkan keinginan pembeli untuk membeli produk di kedai anda. Begitu juga dengan Perniagaan Internet jika sesebuah website jualan itu tidak mempunyai sistem borang sama ada borang hubungi atau borang tempahan maka ia sudah tentu akan menyusahkan para pembeli anda. Saya pinjam kata-kata saudara Amirol :
..umpamakan sebagai sebuah bangunan 10 tingkat yang tidak ada kemudahan lif buat penggunanya
Nah, sudah tentu situasi tersebut menyusahkan pengguna yang terpaksa memanjat tangga sehingga ke tingkat 10, kalau ada lifkan senang! Anda tentu bersetuju bahawa keadaan ini sudah tentu amat melecehkan dan menyusahkan jika anda merupakan salah seorang pengguna bangunan tersebut!
Maka konsepnya juga sama dengan Sistem Borang pada website jualan anda. Jika anda tidak mengadakan sistem borang ini pada ministe anda maka para pelanggan tentu akan menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan anda ATAU pun jika sekiranya anda menyediakan ruangan order yang terlalu cerewet atau menyusahkan. Contohnya anda menyediakan ruangan order tetapi anda tidak menyediakan Borang Order dan anda hanya meletakkan arahan agar pembeli menghantar maklumat peribadi dan pembelian menggunakan email anda!
Saya percaya akan timbul di hati anda rasa malas untuk melakukan hal tersebut. Jika anda mempunyai sistem borang order sudah tentu hal ini lebih memudahkan atau mampu menjinakkan hati pelanggan anda. Mereka hanya perlu isi maklumat peribadi, masukkan bukti pembayaran dan klik butang ‘submit’ – selesai! Lebih mudah berbanding dengan yang lama….
Bagaimana pula jika laman web jualan beliau dilengkapi sistem borang tempahan yang cukup mudah untuk digunakan? Anda tidak perlu lagi membuka akaun email untuk mengirimkan bukti pembayaran tetapi sebaliknya anda boleh terus mengisikan maklumat yang beliau mahukan dengan begitu mudah!
Inilah kelebihan menggunakan sistem borang order di laman web terutama sekali jika anda merupakan usahawan internet. Anda perlu faham bahawa, lebih mudah pengguna untuk berurusan dengan anda, maka lebih tinggi potensi untuk mereka menjadi pelanggan anda. Sekarang ini kalau kita lihat sistem menerima order semakin canggih dan advance contohnya seperti JV Manager 1, JV Manager 2 Fantasos dan Delavo. Ketiga-tiga sistem ini bukan sekadar sistem order sahaja malah merangkumi segenap aspek pengurusan Perniagaan Internet dan ia sememangnya memudahkan kerja anda. Saya amat berpuas-hati dengan ketiga-tiga sistem di atas setelah mencuba JVM 1 buat pertama kali pada 2007, JVM 2 pada 2008 dan pada tahun 2009 Delavo sehinggalah sekarang dan ternyata semuanya best.
Namun ia tidak menafikan kepentingan Sistem Order yang biasa ini kerana ketiga-tiga sistem di atas mungkin agak unik dan cerewet jika pertama kali digunakan. Saya lebih syorkan anda menggunakan sistem order biasa terlebih dahulu sebelum sistem yang lebih canggih!
Popularity: 13% [?]
No related posts.












.gif)



memang betul,kalau anda ada borang dalam website,20% kerja dah selesai..saya cuba juga dan mmg bagus gak….pasal macam kita offline pun,mesti ada borang dan borang tu mesti atas kertas,sama dengan website,borang online=borang kertas…..teruskan usaha anda abooain!!!
.-= Hafizi´s last blog ..JANA WANG LUMAYAN DENGAN SMS……. =-.
Betul tu..masa saya mula-mula kenal IM ni pun terkial-kial nak cari macam mana orang nak order, ada confirmation pembelian dan lain-lain..(masa tu xtahu namanya sistem borang
! ) Script2 ni amat penting untuk perniagaan online.Tak kira kita menjual ebook atau baranf fizikal..Bahkan yang memerlukan perkhidmatan design pun perlukan sistem borang ni..Good job for this produk sir..dengan PLR pulak tu..seronok bila ada produk PLR ni..boleh jadi bonus untuk program affiliate kita dll
.-= ezord´s last blog ..Wedding Race =-.
sistem borang jugak membantu saya dalam perniagaan online..rasanya kalau dulu saya suruh customer hantarkan email tetapi dengan sistem borang ianya amat mudah untuk mengesan jualan…
Salah satu perkara penting yang perlu ada untuk sebuah web jualan. Tanpa sistem borang,maka sudah tentu akan merencatkan marketing perniagaan kita
banyak sumber boleh dapatkan sistem borang ni… Saudara kita dah sediakan di sini, jadi siapa yang masih belum ada, mesti dapatkan…
kalau tak memang susahlah nak setup minisite.. eheh