Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Umum

SOHO

Submitted by on 15/11/2008 – 10:27 am6 Comments

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya dah lama ingin menulis mengenai tajuk SOHO ni tetapi sentiasa saja bertangguh dan kalau tidak silap sahabat saya AfzaiAfandi pernah menulis post mengenai SOHO ini diblognya. Saya merasa terpanggil untuk menulis tajuk yang sama serta kelebihan memiliki PEJABAT KECIL ini pada masa kini.

Memang cita-cita untuk mewujudkan SOHO ini berputik ketika saya masih belajar lagi iaitu sebaik sahaja saya memiliki sendiri set PC pertama saya. Bermula dari situlah saya telah berusaha untuk memperlengkapkan bilik saya sebagai ala-ala SOHO walaupun tidak lengkap sepenuhnya. Ketika di tahun akhir saya telah jadikan satu bilik di dalam rumah sewa saya (rumah sewa tu ada 3 bilik) sebagai pejabat kecil yang dilengkapi dengan sebuah PC, Printer, External CD Writer dan sambungan Internet (dial-up). Perniagaan saya pada waktu itu ialah berbentuk perkhidmatan scan, print, design, men’copy’ CD dan yang bersangkutan dengan internet pula ialah perkhidmatan Telefon Internet (eVoiz) ke Malaysia untuk para pelajar yang ingin menelefon keluarga mereka di Malaysia. Jadi itu merupakan langkah pertama saya untuk membina SOHO di rumah sewa sewaktu belajar.

Ops, mungkin ada sesetengah anda yang tidak tahu apakah maksud S.O.H.O tu? Baiklah saya cuba jelaskan secara ringkas, – S.O.H.O adalah singkatan bagi Small Office Home Office. Pengusaha S.O.H.O adalah peniaga yang mempunyai perniagaan yang dijalankan melalui rumah atau ruangan pejabat yang berskala kecil. Ianya terdiri dari pelbagai bidang perniagaan yang tidak memerlukan banyak kakitangan, atau ‘One Man Action’. Kelebihan S.O.H.O ini ialah ‘Net Profit’ yang diperolehi ialah 100% dimiliki oleh pemilik S.O.H.O.

Apakah keperluan untuk menjalankan S.O.H.O? di bawah ialah secara ringkas.

Perkakasan :

  • Ruangan ofis di rumah atau pejabat yang kecil
  • Sekurang-kurangnya syarikat berdaftar sebanyak RM70 tahunan melalui SSM
  • Satu unit komputer / Laptop
  • Satu unit Printer + Scanner
  • Satu unit telefon & broadband
  • Satu unit mesin fax
  • Satu unit kabinet file atau perkakasan sepatutnya

Keperluan Digital :

  • Website perniagaan yang lengkap (www.yourdomain.com)
  • Email perniagaan yang professional (you@yourdomain.com) bagi setiap bahagian urusan. Contoh : admin, sales, support dsb.
  • CRM Management seperti autoresponder system, customer database

Keperluan Ilmiah :

  • Mengetahui perniagaan anda dengan mendalam
  • Mengetahui cara penjimatan kos dalam urusan logistik, business flow dan supplier
  • Ada ‘Unique Selling Proposition’ yang berlainan dengan pesaing
  • Marketing strategi yang berkesan

Keperluan lain :

  • Marketing budget secara online dan offline
  • Menyediakan tester, portfolio atau demo bagi produk dan servis anda
  • Business Tools – Kad perniagaan (bisnes kad), risalah perniagaan seperti flyer / brochure / Banting / Banner dsb – sama ada Onlne atau Offline.

Itu hanyalah sebagai guide aja bukannya perlu buat ke semuanya, semoga wujudnya SOHO di rumah kita akan memberikan lebih keselesaaan buat kita disamping urusan kerja yang dilakukan pun akan lebih lancar. Pastinya SOHO ini sudah tentu akan dapat mengurangkan kos dan masa anda. Bagaimana?

Anda tentu dapat memikirkannya…… :)

perniagaan internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 5% [?]

No related posts.

Facebook comments:

6 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge