Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Umum

WC GATHERING 2008 MEMANG BEST!

Submitted by on 05/08/2008 – 2:16 pm13 Comments

Assalamualaikum,

Kebanyakan blog dalam sehari dua ni mesti cerita tentang Gath WC 2008 kan? Saya pun cam tu gak la untuk post hari ini menceritakan tentang kehebatan perjumpaan kali pertama WC 2008 ini sememangnya best!!! Best disebabkan perjumpaan sebegini mampu untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama IM tanpa mengira sama ada Newbie, Intermediate atau Otai sekalipun…….. sama je.

Post saya ni mungkin yang paling lewat menceritakan tentang Gath WC ni sebab saya baru je sampai semalam jadi penat ‘drive’ masih belum hilang lagi …..

Saya bertolak ke Karak, Pahang pada 3 Ogos 2008 untuk menghadiri perjumpaan di Bukit Jalil Golf pada keesokan hari, saya dan Hisyam (partner Onebiz Network) bertolak dari Karak lebih kurang pukul 10.30 – padahal jarak bukanlah jauh sangat pun lebih kurang sejam je perjalanan ke KL tetapi memandangkan kami tidak mengetahui secara tepat lokasi Bukit Jalil Golf tersebut maka kami mengambil keputusan untuk bertolak awal bagi memberikan ruang kepada kami untuk me’round-round’ sambil mencari lokasi tersebut…… nasib baik Hisyam ‘ingat-ingat lupa’ jalan di KL tu, kalau tidak memang 2,3 jam la kat situ.

Kitaorang mencari terlebih dahulu loksi Bukit Jalil Golf bagi memudahakan kerja kita nanti dan sebaik sahaja lokasi tersebut diketahui kita orang menuju pula ke Stesyen LRT Sri Petaling kerana telah berjanji dengan Afzai Afandi dan Cikgu Maizul untuk menjemput mereka berdua di situ. Wah, memang best le jumpa dia orang n, biasa berjumpa di ‘alam ghoib’ je ……. dua orang member yang memang ‘friendly’! Kitaorang lepak di kedai mamak dulu sebelum ke tempat gath.

Kita orang tiba di Bukit Jalil Golf & Resort lebih kurang pukul 1.40 dan selepas solat kita terus ke Bilik Langkawi tempat perjumpaan diadakan dan memang dah ada IM yang menunggu. Ramai gak IM yang saya dapat saya kenali secara ‘live’ seperti TheReds biasa jumpa dalam WC je ….. Noorizam eBay, kali kedua berjumpa selepas Jom Bincang dan antara IM yang paling saya nak jumpa ialah Sifu Najib dari Monakas.com kerana produk beliau merupakan salah satu di antara 3 produk yang banyak membantu saya mendirikan Bisnes Online ini. Terima Kasih Saudara Najib di atas ‘sagu hati’ DVD Pakej Lengkap tersebut! Sifu Amirol juga merupakan salah seorang dari IM yang ingin saya jumpa dan hasrat tersebut tercapai apabila saya semeja dengan beliau, saya memang berpuas-hari kerana dapat bertemu beliau walaupun dalam masa yang singkat.

Peserta yang berdaftar diberikan beg WC, baju WC (nasib bagi baik warna hitam sebab yang putih dah beli – sekarang dapat le 2 helai) dan Sticker kereta terima kasih bebanyak, shuth. cenderahati yang memang menarik ……..

Majlis yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Founder WC, Shuth yang menceritakan serba-sedikit tentang asal penubuhan forum WangCyber kemudian disusuli dengan Forum yang bertajuk : Perniagaan Internet : Realiti atau Fantasi?. Ahli panel yang terdiri dari Sabri dari SaifulSham, Gobala Krishnan dan Yusri dari Jom Bincang dan dipengerusi oleh pakar motivasi Osman Affan yang semenangnya berapi-api mengutarakan beberapa soalan kepada ahli panel.

Kesimpulan yang boleh diambil dari forum tersebut : Perniagaan Internet memerlukan kepada satu minat yang mendalam+komitmen+berdisiplin+bijak merancang+berjimat! Yang pasti ianya bukan fantasi! Kenapa? Kerana dah banyak bukti contohnya ahli forum sendiri! Forum memang best!

Slot pengisian dari Dr. Irfan Khairi merupakan salah satu pengisian yang sememangnya dinanti-nantikan oleh saya dan ternyata penantian saya tersebut berbaloi walaupun Dr. beraksi tanpa ‘PA System‘ yang baik (kuat berceramah kot!) namun point yang dilontarkan oleh beliau mengenai tip untuk menjadi jutawan dan perkongsian ‘rahsia’ tersebut tersebut memang ‘power’ dan memberikan kesedaran kepada saya bahawa perlunya satu perancangan dan niche yang betul. (Terima kasih Dr. kerana telah memberikan idea kepada saya dan rakan-rakan IM yang lain walaupun masa agak singkat namun itu terlebih baik daripada masa panjang tetapi tidak ada sebarang point yang boleh diambil).

Ramai gak rakan-rakan IM yang dapat ditemui seperti Catzer / Surffadict (kekekeke, kecil molek tetapi lincah … sampai atas meja tuuuu!), Labanon – (terima kasih gu kerana mendapatkan tandatangan dari Mr.Gobala untuk buku beliau “The New Millionaires” semoga dapat mendapat manfaat dari buku tersebut), Mawardee, Din Beramboi, Alang (Alang, bila balik Wakaf Baghu nanti, mari la jalan rumah …), dan ramai lagi la yang saya lupa nama / id tetapi tetap ingat wajah-wajah hensem mereka!

Paling penting jutaan terima kasih kepada Shuth dan para ajk Gath WC 2008 kerana bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan gath ini berjalan lancar dan yang pastinya objektif gath untuk merapatkan tali silaturrahim sesama IM tercapai walaupun dalam masa yang agak singkat. Walaupun jauh di sudut hati saya belum puas kerana masih ramai lagi yang tidak sempat untuk saya tegur dan bertukar-tukar pengalaman kerana masa yang singkat namun 5 bintang untuk gath ini! (Penat tetapi best!)

Malangnya saya tak banyak gambar untuk dikongsikan kerana tak ada kamera dan kamera hp pun buat hal ….. ada dua je keping je yang menarik untuk dikongsikan yang lain semua gelap.

0803_150350.jpg 0803_160122.jpg

Gambar rakan semeja Labanon dan Mawardee, yang tidak ada dalam gambar ialah Cikgu Maizul, Hisyam, Amirol, Afzal Afandi dan sape lagi ye tak ingat ……

p.s – Jutaan terima kasih di atas cenderahati kao, AA – Fuh, kek terukir nama produk tuuuu! Sudah tentu dari NR Yummie

Untuk maklumat lanjut mengenai Gathering WC sila ke :

http://www.wangcyber.com/umum/wc-gath-successfull

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/7695-info-wc-gathering-18.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 7% [?]

No related posts.

Facebook comments:

13 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge