Form Builder – Fungsi Terkini Getresponse
Salam,
Rasanya dah lama saya tidak update blog, kali ini saya ingin menulis mengenai Getresponse iaitu salah satu dari penyedia Autoresponder yang tidak asing lagi. Beberapa minggu yang lalu saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang tester untuk fungsi tambahan yang baru diperkenalkan oleh Getresponse iaitu Web Form. Getresponse telah menyediakan fungsi ‘pembina borang optin’ ini dan saya rasa fungsi tersebut memang berguna dan membantu, malah telah lama saya mengharapkan pihak Getresponse menyediakan fungsi ‘Web Form’ seperti Aweber.
Getresponse sepatutnya memperkenalkan fungsi Web Form ini sejak dulu lagi, nampaknya Getresponse agak ketinggalan berbanding dengan pesaing rapatnya, Aweber. Aweber telah lama menyediakan fungsi seperti ini dan ia memang memudahkan kerja-kerja mengumpul list.
Semoga dengan fungsi terbaru ini akan mampu menaik taraf kualiti dan kedudukan Getresponse sebagai penyedia autoresponder berbayar yang hebat.
Getresponse merupakan salah satu penyedia sistem autoresponder berbayar yang menjadi pilihan ramai di samping pesaing utamanya iaitu Aweber yang juga merupakan penyedia sistem autoresponder tersohor dan menjadi pilihan utama rata-rata IM dari seluruh dunia
Getresponse >> www.abooain.com/getresponse
Aweber >> www.abooain.com/awebercom
Popularity: 12% [?]
No related posts.














.gif)



Facebook comments: