WORDPRESS 2.7 MEMANG CANGGIH!
Assalamualaikum,
WordPress telah mengeluarkan Versi 2.7 secara rasmi lebih kurang sebulan yang lalu setelah sekian lama mereka menwar-warkan kemunculannya dengan beberapa perubahan dan penambahan menarik. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk mencubanya sebaik sahaja versi 2.7 dikeluarkan dan selama lebih kurang 3 minggu saya mencubanya di salah satu blog saya – sebagai uji pandu le sebelum saya meng’upgrade’ blog epustaka ini. Manalah tahu kot-kot versi 2.7 ini seperti versi yang sebelumnya atau perubahan yang dilakukannya tidak ketara sangat.
Namun sebaik sahaja saya menggunakannya, perkara pertama yang keluar dari mulut saya ialah “wow, menarik!” – iaitu dari pelbagai sudut. Antara perkara yang saya bimbang jika menggunakan versi WP terkini ialah kalau-kalau plugin saya tidak support untuk versi terkini mereka kerana saya menggunakan lebih dari 15 plugin produktif. Namun ternyata sangkaan saya tersebut meleset malah saya mampu mengurangkan penggunaan plugin saya itu kerana WP versi ini telah menyediakan beberapa fungsi yang terdapat pada plugin tersebut.
Susunan Dashboardnya juga berlainan berbanding versi-versi sebelum ini dengan beberapa penambahan seperti QuickPress yang mana anda mampu untuk menulis post mini di paparan Dashboard tanpa perlu anda memasuki Write Post seperti kebiasaan – lebih cepat.
Penambahan yang paling menarik perhatian saya ialah fungsi Press This yang bertindak sebagai Bookmarklet – membolehkan anda menulis artikel blog anda melalui browser anda (saya menggunakan Mozilla) sahaja tanpa perlu memasuki blog anda seperti biasa. Klik Press This di bahagian Tools dan heret ke browser anda. Jika ingin menulis sebarang artikel anda hanya perlu klik Press This di browser anda kemudian masukkan maklumat id dan password admin seperti biasa, satu paparan untuk menulis post akan keluar – Cukup Mudah!
Lihat video :
WordPress Versi 2.7 telah mengurangkan penggunaan plugin saya sebelum ini kerana fungsi-fungsi plugin tersebut telah pun diambik-alih oleh WP 2.7 ini.
Jika anda ingin merasa sendiri keunikkan ini maka perlulah memiliki blog terlebih dahulu – jadi jika sekiranya anda masih tidak memiliki blog lagi maka saya syorkan anda mendapatkan www.PakejKitBlogger.com ini. Anda boleh memasangnya sendiri atau menggunakan servis pemasangan blog dari saya dengan kos yang rendah sahaja – harga promosi.
Popularity: 2% [?]
No related posts.












.gif)



memang betul tu ..kalau nak tau lanjut boleh try guna 2.7 ni.lebih bagus dan lebih bertenaga.
4mula7’s last blog post..21 Xtra Sharp 23 Intra Sharp 47 Akar Sharp 47 Pati Jus Akar Akar Kayu Herba
Assalamualaikum,
Saya dah terima buku panduan wordpress 2.7 dari SmartZul, cuma tak berkesempatan untuk upgrade lagi.
Selamat Menyambut Tahun Baru.
rusliesophian’s last blog post..How To Achieve Online Success
Yup, memang best guna versi 2.7 ni dan rasa-rasanya bagi saya merupakan versi terbaik setakat ini.
Boleh segera upgrade tu ……
Salam bro abooain..
terima kasih atas segala usaha bro..wp-2.7 memang bagus sekali.
walaupun kita tak kenal, dalam banyak2 IM,bro sangat jujur.
saya dah beli produk bro(template tu)..
ade mase kita leh jumpa insyaAllah..
teruskan menulis artikel2 yang baik dan along sentiasa mengikuti perkembangan blog bro..
take care..
beep..beep
Terima kasih Along, semoga perkongsian info di sini dapat membantu antara satu sama lain…. thanks!